Friday, December 12, 2014

4 sebab kenapa Emma Watson digemari


Gambar sumber google


Emma Charlotte Duerre Watson atau lebih dikenali dengan nama Emma Watson adalah anak kepada pengacara Chris dan Jacqueline. Berperanan sebagai Hermione Granger di film Harry Potter selama 10 tahun, Emma telah menunjukkan kelebihan dan kemajuannya dalam bidang lakonan.

Bukan hanya diminati sekadar pelakon, Emma  turut digemari rama  terutama wanita dari seluruh dunia kerana keistimewaan tersendirinya.

Mari kita lihat 4 sebab kenapa Emma Watson digemari.

Rupa yang cantik

Siapa tidak suka akan wajah Emma ini? Dengan kulit yang licin, Emma sentiasa tampil dengan wajah yang ayu dan cantik. Paras rupa Emma memang lain daripada lain! Setiap wanita memang idamkan paras rupa seperti Emma Watson! Gorgeous and sexy!

Bijak dan berani

Bukan hanya paras rupa yang cantik, tetapi Emma Watson merupakan seorang yang bijak dan berani. Graduan Oxford ini telah menunjukkan kebijaksaan dalam beberapa pidato dan yang paling hangat ialah, ucapan yang diberikan oleh Emma baru-baru ini berhubung Woman Empowerment memang mengagumkan semua orang! Dengan umur yang masih muda, Emma memang bijak menyuarakan pandangannya.

Peramah

Walaupun Emma Watson merupakan selebriti yang popular kerana bakat, Emma tetap bersikap peramah. Kalau anda perasan, dalam semua program dan majlis yang dihadiri, Emma tidak pernah bersikap berlagak ataupun sombong.

Gaya fesyen yang menarik

Emma Watson sentiasa kelihatan menakjubkan! Dia sering menampilkan dirinya dengan gaya fesyen yang menarik dan berani mencuba sesuatu yang  baru dan funky.

SUMBER


14 comments:

  1. Fuh...kecik2 dah ramai peminat. Bagus la dia ni cantik dan x sombong..

    ReplyDelete
  2. suka dia dalam harry potter ! memang cantik

    ReplyDelete
  3. tak baca habis tajuk entri akk.. hihi.. ingatkan emma maembong tadi.. bila tengok gambar baru perasan.. omputih rupenya.. hihi

    ReplyDelete
  4. oang cantik memang la ramai peminat dan orang suka ..hu3..tapi kaalu sebagai pelakon sudah tentu orang akan minat sebab komitmen dia seabagi pelakon yang bagus

    ReplyDelete
  5. Cantik.. ;)
    Lembut je air muka dia..

    ReplyDelete
  6. Dulu-dulu comel sekarang ni memang cantik bangat si Emma ni. Kagum!

    ReplyDelete
  7. Salam, aku mmg suka muka dia, comel tp nampak garang dan educated..haha

    ReplyDelete
  8. owh yang berlakon filem harry potter rupanya

    ReplyDelete
  9. cantik,bijak, menarik. Ada pakej lengkap memang digemari lah kan..

    ReplyDelete
  10. suka jugak dekat Emma Watson..dalam Harry Potter.. ^_^

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah