Thursday, November 6, 2014

Tidak berniat seksa dan bunuh perogol anak



INDIA, (MLP) – Seorang bapa mengaku telah menjemput lelaki yang dikatakan telah merogol anak perempuannya ke rumah, menyajikan makan malam sebelum membunuhnya dengan menggunakan penyepit panas.

Walaubagaimanapun, suspek berusia 36 tahun itu dalam pengakuannya semalam menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk membunuh namun hanya mahu mengertak dan memberi mangsa sedikit ‘pengajaran’.

“Kali pertama saya lecurkan kemaluannya, dia menjerit. Kali kedua, dia mengeletar. Apabila saya buat kali ketiga, dia tidak bergerak langsung tidak bernafas lagi. Sememangnya saya tidak berniat membunuhnya,” jelas suspek kepada pihak polis.

Menurut suspek, mangsa merupakan pembekal ubat-ubatan yang tinggal di bangunan yang sama dengan keluarganya. Lelaki tersebut telah merogol gadis berusia 14 tahun itu semasa dia keseorangan di rumah. Dia turut mengugut untuk mengapa-apakan gadis malang itu jika memberitahu keluarganya.

Perasaan bapa tersebut bukan kepalang apabila mengetahui kejadian itu. Dia bertambah berang seketika mengetahui cahaya matanya telah mengandung.

Suspek kemudiannya mahu menghubungi pembekal ubat itu bagi mendapat kepastian bahawa dia telah memperkosa anaknya tetapi telah ‘mengubah’ soalan, sebaliknya menjemput datang ke rumah untuk makan malam.

Mangsa ditemui dalam keadaan mulut dan kaki diikat di atas katil. Terdapat kesan lecur pada bahagian kemaluan dan perutnya.

SUMBER

Seram plak aku tgok gambar tu...haaa...dengan tangan dan darah megalir...cukup seram....korang jangan lupa email kat aku kisah seram korang eh...aku akan up entry kisah korang tu dan xde ubah...based on true story korang....aku masih tunggu penyertaan ni tau...sapa peserta pertama....segmen ni akan berterusan sampai bila2...ok x ?

12 comments:

  1. Aduh ngeri la tgk gmbr yg ada darah..

    Wah ada segmen citer seram bersama SA ye. Best best...

    ReplyDelete
  2. alamak.. mama bab seram memang tak boleh, penakut ni tau kak..

    ReplyDelete
  3. aduh sakitnya....
    "benda" tu nyawa wooo....

    ReplyDelete
  4. Nasib zumal tak tengok malam tadi ^_^

    ReplyDelete
  5. Ngerinyaaaaaaa T_T

    ReplyDelete
  6. Dah buat onar dengan anak dia, memang la bapak marah.
    Fobia tengok darah banyak-banyak

    ReplyDelete
  7. Salam, perghhhh terbayang betapa sakitnya....patutlah boleh mati kot?? hmm..ngeri!

    ReplyDelete
  8. Bila seorang ayah dah geram kan..niat utk seksa bertukar maut pulak kan...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah