Tuesday, November 25, 2014

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo Ecurve, Mutiara Damansara

Buat julung2 kalinya Ahad lepas aku berpeluang bersama2 beberapa orang blogger untuk sessi Food Review di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo, Ecurve Damansara..first time makan kat sini.Ini pengalaman pertama kali makan steamboat BBQ kat dalam mall sebelum ni makan kat tempat lain di mana tempat lebih terbuka...Cawangan di Ecurve Mall ni merupakan cawangan kedua yang berkonsepkan buffet.

Rupanya 100 orang blogger telah pun buat food review dan mencuba sendiri Pak John Steambot & Yong Tao Foo ni tau...sekarang giliran aku dan rakan blogger yang lain plak...tima kasih buat rakan blogger Halim Brothers dan Mek Onie yang invite aku untuk merasai pengalaman dan buat food review...

Jom tgok gambar

Pak John Steambot & Yong Tao Foo menyediakan lebih daripada 100 jenis makanan berkualiti tinggi dari kategori sayur sayuran, daging, ayam dan makanan laut...beberapa sup steamboat untuk anda pilih turut disediakan seperti Beef Cone Soup, Miso Soup, Chicken Soup, Curry Soup dan 2 pilihan sup istimewa iaitu Tomyam Soup dan Prawn Soup


Masuk2 je aku nampak ni..wahhhh...teruja ni...


Pelbagai jenis dried mee


Sayur Sayuran segar


Ayam dan daging yang telah di marinate


Siput buluh...


Apa lagi tunggu...jom makannnnn.....kita serangggggg....


Homemade Pak John Steamboat Signature sauce turut disediakan dan korang boleh pilih 
Ikut citarasa korang..sedap giler sos2 dia...ada Thai sauce, Belacan Sauce, Sweet Sauce, Thai Green Chilli,  Soya sauce serta Garlic Sauce..Pihak Pak John turut memperkenalkan sos terbaru dan korang mesti cuba iaitu Pineapple Sauce..pilihan aku adalah Belacan sauce dan Garlic Chili Sauce...tekak melayu kan...hihihi...


Semua bahan2 yg kami ambil...amboi...dah macam2 Kategori ada...seafood..ayam daging..sayur...dh mcm rancangan masakan plak...menunggu untuk di masak...terdapat 4 jenis premium item yang wajib korang cuba..memang pihak Pak John x letak di bahagian display untuk menjaga kualiti product tersebut..tapi memang sangat2 recommended iaitu 
1. Abalone slices
2. New Zealand Lamb Slices
3. Australia Beef Slices
4. Smoke Duck Breast


Tambah lg....pilih2...jangan x habis ye...


Leka plak minah ni amik ayam kan....buffet all you can eat kan....makan selagi termampu...


Bersama adik blogger Hannah..suka tgok lesung pipit dia....sorry guys..not available anymore...


Pak John  Steamboat sangat2 sesuai untuk family gatheting...ramai jugak family yang datang makan kat sini


Nampak x senarai premium Item tu...korang kena order kat kaunter tu ye...


Ada More than 20 choices of flavours Dim Sum..pun kena order kat kaunter


Teppanyaki, burger dan Roti Canai


Say No To Food Waste!! Setiap 100gram makanan yang x habis akan dikenakan bayaran RM10


Dah kenyang??? Ehhhh....ada lagi tau....pelbagai flavours ice cream potong...yummy....eh korang jangan lupa ye...ada jugak pencuci mulut...dessert sedap seperti Kaya Ball, Waffle, buah buahan dan banyak lagi....rugi kalau x cuba


Lepas makan boleh minum coffee....


Selain dari menikmati steamboat BBQ korang semua akan dihiburkan dengan muzik muzik Akustik  oleh kumpulan Voxsape dari jam 6 petang sehingga 10 malam..pelbagai genre lagu didendangkan secara akustik...sedap2 suara dan lagunya...


Jangan lepaskan peluang saksikan persembahan mereka....setiap hujung minggu aje tau...hari biasa xde...

Di Pak John Steamboat juga turut disediakan VIP room sekiranya korang perlukan privacy  untuk special occasion...lunch or dinner untuk office atau korang datang dalam kumpulan yang ramai..section khas untuk sambutan birthday pun turut disediakan...best kan?The best part untuk bilik2 ini tak dikenakan bayaran..." first come first serve basis" so korang kena tempah awal ye...




VIP room 2


VIP room 1

Set Buffet " All You Can Eat" di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo pada setiap Isnin -Khamis adalah RM36++ dan pada Sabtu -Ahad adalah RM39++
Anda boleh makan seberapa banyak yang anda mampu dengan harga yang sangat2 berbaloi..kanak kanak yang mengikut ketinggian yang ditetapkan eat free...

This is not kidding ye... Pak John Steamboat &Yong Tao Foo memang sepatutnya menjadi pilihan penggemar steamboat kerana ianya berkonsepkan citarasa cina yang Halal
Aku dah cuba dan sangat2 berpuas hati...insyaallah aku akan datang lagi dan bawa family makan kat sini...

Kalau korang nak terjah...

Waktu operasi10.00 pagi - 11.00 malam

Alamat

Ecurve Mutiara Damansara
Lot LG -13A & LG -15
Lower Ground Floor, Ecurve
No 2A Jalan PJU 7/ 3
Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor

Tel
03-7733 3913
018-3863139
018-389 3139

Website
www.pakjohn.com


Selamat Mencuba U Olls.....


Special thanks to

Halim Brothers
Mek Onie
Pak John Steamboat




15 comments:

  1. mcm tau2 jer mggu ni ngh nk mkn buffet steamboat nih....

    ReplyDelete
  2. hari tu ju pun ada jemputan dari Halim ke Pak John di Wangsa Maju for review juga...tp terpaksa tolak sebab ada job lain huh...best yerrrrrrr SA yum yum

    ReplyDelete
  3. salams SA,

    meriahnyyaaaaaa......best best:)

    ReplyDelete
  4. Menarik nnt boleh try sbb dkt dgn umah..

    ReplyDelete
  5. macam2 ada..tak pernah lagi makan steamboat..

    ReplyDelete
  6. bestnya tengok macam-macam makanan
    lama tak makan siput buluh tu

    ReplyDelete
  7. Wow..bestnya makan-makan.
    A lot of choices xtau mana satu nak telan ni.
    Siput buluh memang saya suka masak masam manis.
    Erghhh..air tu boleh main tekan mana suka.
    Awesome kalau ada 1 kat rumah ni.

    ReplyDelete
  8. nyummmmm yummy! menarik dan nampak sedap kak! :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......