Sunday, November 30, 2014

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!


Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana

Top Komentator November 2014


Hi korang...dh end November dah...esok dh December..
As usual aku nak annouce top komentator November 2014
3 tempat utama diatas adalah pemenang...

1. Siti zawiah
2. Azhafizah
3. Normi Nieza

Tahniah buat mereka bertiga..kepada yang tak berjaya cuba  lagi untuk December..
Mana tau ada follower baru nak  berentap plak kan..
So buat mereka bertiga diatas..tunggu hadiah sampai...mcm aku janjikan..Siti Zawiah akan
Dapat sling bag yg aku dah up awal November dulu...

Moh Blaja Copek...


Credit to aayampenyek.blogspot.com

Hi korang..kat atas tu ada senarai perkataan2 dan jugak Makna sesebuah perkataan Ikut ayat yang biasa org NS tuturkan...Ini sebagai panduan kalau ada antara korang yg tiba2 tersesat kat NS dan kurang faham dengan pertuturan org NS..boleh je rujuk ayat2 diatas...
Tu semua ayat biasa yg kami org NS gunakan dalam perbualan harian...

Selamat Mencuba...



Erra Fazira Belanja Remy Ishak Char Kuew Teow....


Gambar sumber FB ROTIKAYA

Cool...sangat2 cool....sempoi je Erra dan Remy Ishak kan....nampak mesra jer kan...seandainya ada apa2 antara mereka pun apa salahnya,..dua2 bujang kan...sama cantik sama padan...ohoi...nampak x apa yang aku nampak?
focus mata korang kat cili jeruk tu...mang aiii....maunya buasair jap lagi ni kang....banyak giler kot..ke marah si penjual tu?hahahaha....apapun....aku memang minat diorang berdua ni....
semua lakonan diorang memang best...especially Remy Ishak tu...
ehem!!!!

Selamat berhari minggu korang....aku dating berdua ngan Dania kat Mid Valley ni....

Saturday, November 29, 2014

" GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

Assalamualaikum...




Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..


Friday, November 28, 2014

Contest Raja Komen "Food Blogger Malaysia"

Aku rasa ni kali ke 2 aku menang Contest Raja Komen di blog " Food Blogger Malaysia" ni walau hanya tempat ke 3...kali pertama dulu pun tempat ke 3 jugak tp x ingat plak bila...bertungkus lumus nak menang sampai kelam kabut jadinya komen aku kat blog beliau....macam caca marba je...semua gara2 nak mengejar si JMR...giler laju dia komen..sekejapan je dah beratus2...hahaha....apapun sebuah persaingan yang sengit dan sihat...semua nak bergelar juara kan....adat bertanding ada menang ada kalah..apapun kami seronok...bila menang lagi seronok...

Sebenarnya aku x alert pun pasak berita ni...tp ntah macam mana ternampak notification kat FB...aku kadang2 je bukak FB kan...so terjah la blog www.hazmanfadzil.com bila tengok keputusan...eh...betul la...siap ada 2 pemenang untuk tempat ke 3....alhamdulillah rezeki....terima kasih buat Food Blogger Malaysia kita....korang x kenal? nak kenal? nak follow?sila terjah link tu eh...


berita dari FB 

Pengumuman di blog

Nak bertanding lagi ke Suriaamanda????....eh..harus la...semangat nak berlawn balas komen ni...mana tau akan datang bulan depan boleh dapat tempat pertama...korang kalau rajin nak join pun bleh je...

Korang kena bertabah la bila masuk blog Food Blogger Malaysia ni...nama pun food blogger kan...masuk2 jer terhidang depan mata makanan lazat...perut kenyang jadi lapar...yang diet pun boleh gigil woo (aku la tu)...semua menggoda kalbu...dari menu biasa2 di pasar malam sampai la menu di hotel terkemuka...kalau di tadah air liur yang hari2 terliur ni maunya bertong2 dah....memang bikin panas je masuk blog dia...panas hati tak tenteram sebab banyak sangat makanan...lap peluh kat dahi weh....x percaya???korang terjah la http://hazmanfadzil.com..disana korang tau jawapannya...

Tekak Mat Salleh...

Pagi tadi sarapan melayu...mee goreng telur mata, mama plak makan cekodok pisang...mama masih mengamalkan diet kan...x mo amik makanan berat sgt...tengahari plak bila tanya nak makan apa....jawabnya x kisah la....mula2 nak order bihun goreng...tp bila dapat tau mama makan mushroom soup dgn garlic bread...terus tukar nak makan spaghetti bolognese...amboiii....tapau makan kat pantry opis mama...


Sedap sgt la tu...


Kalau dh senyum confirm sedap


Pilihan Dania...


Garlic bread


Mushroom soup mama...


Alhamdulillah syukur nikmat dapat makan dengan anak dara ari ni...seronok tgok dia makan habis...dia mmg sgt2 pemakan...hahaha....confirm habis...
Mana nyer mushroom soup pun dia habiskan..
Hari ni baru rasa mcm complete mum...dpt tgok anak makan depan mata...dapat treat dia nak beli apa pun...
Sebelum ni mmg jumpa weekend je kan...so x  byk sgt aktiviti yang kami buat....
Rasanya nak hantar Dania balik lambat sikit la..
Agak2 atuk ngan uwan meroyan x?


Dania In The House!!


Assalamualaikum
Hi auntie...hi uncle...hari ni Dania ikut mama pi opis...lepas tu nanti nak jalan2 KL
nak tgok wayang..
Pagi ni sampai je kat opis aku dia ternampak gambar dia masa kecik..terus suruh amik gambar...hihi..
Seronok betul dia hari ni....mama sampai jatuh nk pi jemput dia semalam..bengkak lutut..
Punya la semangat mama nak bawak dia jalan...

Nantikan update seterusnya nanti..

Sebab Rezeki Susah Nak Masuk...


Assalammualaikum...
Hi korang..perkongsian Jumaat...sekejap je November  meninggalkan kita kan...dah sampai minggu last dah bulan ni..next nanti December pulak...December yang penuh cabaran...
Kat atas tu quotes antara sebab2 rezeki susah nak masuk..
Perkongsian untuk diri sendiri dan untuk semua..kadang2 rezeki payah nak masuk ssebab perkara2 yang kita terlepas pandang dan x pernah terlintas di fikiran...maybe sebab kita leka..jom ambil iktibar untuk kebaikkan bersama...
Sharing is caring..

Thursday, November 27, 2014

Boolatnyerrr..........

Qhaira!!! Knp kamu bulat sgt ni dik...seminggu lebih je mama x jumpa kamu...
8.2kg dik....aduhaiiii...baru 8 bulan kot....
Rasa nak gomol2 kamu la....tunggu mama balik malam nanti ye....


Sehabis comel la ni eh....


Hey pergi mn la ni kan.....

Dah masuk 8 bulan ni mcm2 dia pandai...atuk di panggilnya Abah...pas tu nk buat kerja semua sekali harung...duk dlm walker bukan main laju lg jalannya....
Amboi amboi....semua nk buat sekali harung ye.....time tu nk duduk...time tu nk merangkak time tu jugak nak berdiri...sabar je la....


UPSR 4A 1B

Intan sebelah kiri...


Dah besar anak buah mama ni....tahniah buat kakak Intan sebab berjaya dapat 4A1B dalam UPSR baru2 ni..alhamdulillah x sesia usaha kakak Intan...
Allah kabulkan doa kakak..doa Umi danAbah...
Jangan putus asa lepas ni usaha gigih lagi...moga Dania pun ikut jejak kakak...
Siapa Intan ni?
Anak buah kesayangan aku Anak sepupu...dulu sebelum ada Dania dia la aku usung 
Ke hulu ke hilir...dan pernah mak aku jaga kejap 
Lahir je Dania..baru Umi dan Abah dia hantar kat org lain..tp Intan dan Dania sangat rapat....

Rare Sungguh....

gambar sumber FB

Anak dara sapa la yang rajin ke dapur tolong ibu dia ni kan...bagus ni..boleh buat menantu..
pandai menumbuk...utamakan ciri2 keselamatan...
hehehee...
Nak gelak pun ada...tp fikir balik budak ni bijak sebenarnya...

betul tak?


KAN......

Maksud Perkataan KAN dalam Kamus Dewan Bahasa Online = Jika mengenai apitan memper- kan, apitan ini menerima golongan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja.

Contohnya, memperisterikan, mempersendakan, memperdengarkan, memperbandingkan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-kan ini bersifat transitif, iaitu diikuti oleh objek. 

Manakala, akhiran -kan pula ialah akhiran yang membentuk kata kerja. Semua golongan kata utama, iaiatu kata nama, kata kerja, kata adjektif , dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. 


Contoh- Contoh ayat yang menggunakan perkataan KAN..






APEKAH........KANNNNN?

ekekekekekeke.........

Moga keputusan UPSR BM S(J)K di Kg Penajis ada peningkatan...


Wednesday, November 26, 2014

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Giveaway By NDE

CLICK BANNER UNTUK JOIN

Giveaway yang dianjurkan oleh Ndedzafirah ini menawarkan hadiah-ii menarik menanti anda. Kami mencari seramai 4 orang pemenang sahaja. Pemilihan pemenang berdasarkan Top referral dan Random.org. Jadi, mari ramai-ii memeriahkan Giveaway by NDE ini. { senarai hadiah }


Power Of Treatment L'oreal Paris Di Scott Garden

Wanita dan kecantikkan memang x dapat dipisahkan, kecantikkan yang merangkumi tubuh badan, muka dan juga rambut. Jumaat lepas aku berpeluang untuk merasai pengalaman Hair Spa Treatment oleh Loreal Malaysia. Haaa..selalunya orang pergi spa untuk rawatan badan kan...kali ni aku di jemput untuk buat rawatan rambut ala2 spa...untuk rambut okeh...macam tau2 je aku baru lepas gunting rambut kan...bagai pucuk dicita ulam mendatang atau bagai orang mengantuk disorong bantal...memang aku excited nak merasai pengalaman tersebut...special thanks to Ciklilyputih iaitu rakan blogger yang sudi jemput aku ke Power Of Treatment Loreal Paris di Scott Garden.

Kami para blogger jemputan diberi rawatan rambut menggunakan product terbaru Loreal Paris iaitu New Keratin Smooth 72H



Set Penjagaan Rambut New Keratin Smooth 72H


Set Penjagaan Wajah, based make up, masker and etc...bukan setakat rambut je dapat rawatan tetapi muka juga dititik beratkan pada masa tu...maknanya kami dapat pakej la...rawatan rambut dan muka sekaligus....wow..sangat2 bertuah tau....


Set Penjagaan Wajah make up remover


Barangan Make up Loreal Paris


set up location dah macam kat rumah dah...memang sesuai dengan tema merelaxkan diri bagaikan puteri di rumah sendiri...eh...sesuka hati aku je bagi tema sendiri kan..tp memang kami di minta untuk buat macam rumah sendiri dan rasa selesa sepanjang sessi treatment..


Sebelum memulakan treatment dan ketika menunggu giliran kami dihidangkan dengan makanan yang sedap...macam2 ada...sapa lapar boleh makan...sambil chit chat dengan kawan2 baru...



sementara tu kami dikehendaki mengisi borang khas untuk kami tahu apa rawatan yang sepatutnya kami mahukan untuk sessi rawatan ini...


Sesi pengenalan oleh salah seorang orang kuat Loreal Ee Von


Slide presentation Sebelum memulakan sesi rawatan


Kami turut diberikan Bathrobe dan lepas tu di layan bagaikan puteri....rasa nak nyanyi lagu Bagaikan Puteri plak...hihihi....


See...2 orang dayang memanjakan puteri....ahaks....


Chart untuk membantu korang memilih product rambut Ikut masalah rambut korang
Aku yakin korang pasti menghadapi masalah atau confius macam mana nak beli rangkaian shampoo yg sesuai dengan rambut korang....Loreal ada jawapannya...so lepas ni x perlu confius lg ye..chart ni ada untuk membantu


Eh...x abih lagi ke...


Sessi perbincangan dengan Connie mengenai solution untuk masalah2 yg di hadapi berkenaan rambut especially masalah rambut berbuah dan ada juga kami berbincang tentang masalah lain...perbincangan yg agak santai dan selesa..suka Connie sbb dia peramah sgt2...thumbs up....


Makkkk!!!! Ni muka aku tgh pakai mask...best...pakai untuk 10 minit...kan aku ckp td..mmg ini la masa untuk manja2kan diri....best!!!


Rakan baru...dan Ciklilyputih...

Lebih kurang 1/2 jam lepas cuci rambut dan blow....korang tgok gambar bawah ni...ini lah hasilnya....


Tadaaa.....rambut aku selepas mendapat rawatan....best...kepala pun ringan..segar


Kami pulang petang tu dengan senyuman.....hihihi...goodies bag ada set product penjagaan rambut terbaru...


Special thanks to Loreal Paris...
I had a blast!!!
Terus terasa bagai diri begitu berharga...bukan senang weh nak dapat rawatan spa macam ni selalu...sebab tu bila dapat peluang ni aku x lepaskan...


3 jam yang sangat2 bermakna ....i'm happy...everyone happy...such a great experience....

We love Loreal Paris....


Review Product : Hidup Sihat Dengan Teh Balung...

Hi Korang....

Pernah rasa Teh dari Utara Borneo Malaysia? Bukan Cameron aje ada Teh eh...di Tawau juga ada..haaa...korang x tau kan...ke ada yang dah tau dah...maklum la aku x khatam lagi explore Sabah kan so aku kurang tahu tentang wujudnya Teh ni sehingga la aku di hubungi oleh pihak Balung Natural Herbal Sdn Bhd untuk buat review product ni...jom sama2 kita tengok apa keistimewaan Teh Balung ini...

Teh herbal dari syarikat Balung Natural Herbal Sdn Bhd. Bermula dengan sebuah ladang di sabah yang di kendalikan oleh keluarga sejak tahun 1979 dan kini diperluaskan lagi oleh cucu-cucunya. Balung adalah salah satu tempat di sabah iaitu di kawasan utara Daerah Tawau. Kesemua tanaman dan pokok herba kami hidup subur di kawasan tanah gunung berapi Utara Borneo, Malaysia. Kami mengawal proses dari peringkat ladang ke peringkat pembungkusan bagi memastikan mutu pengeluaran produk kami berkualiti. Kami berjaya menghasilkan 100 % tulen , semula jadi, organik bebas daripada bahan tambahan , pengawet dan pewarna.

Terdapat tiga Teh Herbal yang telah dihasilkan oleh syarikat Balung seperti Teh Gaharu, Teh Misai Kucing dan Teh Serai yang pastinya anda tahu ia mengandungi khasiat dan manfaatnya tersendiri.

Jom kita kenali product Teh keluaran Balung Herbal Natural Sdn Bhd


Ini photoshoot product sebaik sahaja sampai ke tangan aku


didatangkan dengan packaging yang menarik dengan penggunaan warna yang attractive


Balung Agarwood Tea atau Teh Gaharu ( Aquilaria malaccensis ).  Teh ini sangat jarang dihasilkan atau dikenali sebagai produk premium, dibuat dari daun pokok gaharu yang terkenal .dengan kandungan senyawa baik yang dimiliki daungaharu kerana didalamnya terdapat Genkwanin glikosida. Merupakan sebatian semula jadi yang kita kenal mempunyai banyak manfaat bagi lelaki dan terutama sekali wanita kerana mempunyai elemen anti-penuaan yang paling menakjubkanserta penjagaan KULIT yang baik. Selain menjadi penawar toksin didalam tubuh atau dalam istilah perubatan disebutdetoksifikasi teh gaharu juga dapat meningkatkan kadar metabolisme. Halus, rasa manis membuat teh gaharu sesuai untuk menghirup selepas makan malam atau jamuan istimewa . Dan kerana ia bebas kafein , teh gaharu tidak akan membuat anda terjaga pada waktu malam. 

ANTI- PENUAAN
•Penjagaan Kulit
•Kadar metabolisme meningkat
• Kafein bebas
•Detoksifikasi
• teh herba 100 % tulen dan organik
• Ditanam menggunakan kaedah pertanian mampan 
• alternatif eksotik untuk teh herba tradisional 
• julap ringan dengan tiada kesan sampingan


Balung Java Tea atau Misai Kucing ( Orthosiphon stamineus ) Tumbuhan Java tea terkenal dengan bunga halus mereka, putih dan biru yang kelihatan seperti misai kucing . Khasiatnya telah diketahui dan digunakan berabad lamanya sehingga sekarang. Daunnya yang mengandungi lebih nutrien yang dapat meningkatkan kesihatan. Terbukti sebagai diuretik, Misai Kucing dapat membantu mengeluarkan air berlebihan, mengurangkan kembung dan pembendungan air dalam badan melalui air kencing seperti kesembapan sebelum atau semasa haid dan sangat berkesan membendung masalah berat badan. Misai Kucing sangat mengagumkan kerana terdapat kandungan saponin dan tanin pada daun itu yang boleh mengubati keputihan pada wanita.


 KEHILANGAN BERAT
•Mengubati Keputihan
•batu karang dan gout
• diuretik ringan yang membantu buah pinggang dan jangkitan saluran kencing 
• teh herba 100 % tulen dan organik 
• Kafein bebas 
• Juga dikenali sebagai teh buah pinggang, Fleurs de barbiflore dan remujung.



Balung Lemongrass Tea atau Teh Serai ( Cymbopogon citratus ) Mulakan hari anda dengan secawan teh serai menyegarkandan anda akan memulakan hari dengan senyuman. Malah, anda boleh juga menamatkan hari andan dengan secawan lagi, kerana ia bebas kafein .Teh serai juga memberi kesan positif kepada yang ingin mengurangkan berat badan, dapat mengawal pembinaan selulit di badan dan juga mampu melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan. Kebanyakkan Spa-spa ekslusif menggunakan serai bagi tujuanmenenangkan. Kehebatan serai terserlah apabila digunakan juga secara meluas untuk merawat jerawat dan bintik-bintik hitam di muka kerana mempunyai elemen anti-bakteria yang baik dan membasuh segala kotoran pada kulit anda.

  SANTAI
•Merawat jerawat dan bintik hitam
• Pengurangan berat badan 
• Mencegah selulit
• Terkenal dengan rasa sitrus pemanasan yang 
• Boleh membantu penghadaman 
• tindakan diuretik ringan membantu mengusir toksin.
• teh herba 100 % tulen dan organik
• Boleh diminum panas atau sejuk 
• Kafein bebas 

Laman Sosial  Balung Natural Herbal

Jom mulakan program hidup sihat anda hari ini dengan membeli produk Balung sekarang! Sila hubungi kami di talian:

013-3335546 untuk membeli Teh Balung. 

Anda juga boleh hubungi hotline kami 03-6211 2613/013-3335546 (WhatsApp) untuk pertanyaan lebih lanjut .


Hidup Sihat Dengan Teh Balung dibawakan khas oleh Suriaamanda dan Balung Natural Herbal Sdn Bhd

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah