Wednesday, October 22, 2014

Well Said!!!

Nak komen banyak2 aku x tau dah cakap apa...kang komen panjang lebar orang chop aku ustazah keyboard kan...elok aku share je la apa yang pada aku betul pada artikel kat bawah ni....pada aku lebih pada kekeliruan umat islam dan jugak provok dari mereka2 yang menganjurkan program ni....korang baca yang aku share dari FB....

Cuba tengok...ramai yang menyokong program ni adalah anak2 gadis kita...comel2 tapi sayangnya....




Umat Islam keliru tentang membenarkan pegang anjing dgn tangan yg kering adalah dalam beberapa keadaan seperti darurat dan memburu. Bukan pegang dan bela secara sengaja.

Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.

"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.

Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.

"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:

1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.

Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.

Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.

Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?

Allahua'lam

Sumber FB...


16 comments:

  1. Salam, yup betul tu kak...'halus' betul cara mereka nak buat kita ni jadi liberal lah kononnya, boleh pegang dan bela anjing..aduhai..T_T, haha ko ade bace tak ustaz kazim elias punya komen psl kempen ni, dia perli haa lepas ni jangan pulak ada yg anjurkan 'i want to touch a pig' untuk membuktikan babi tak kotor sebab diternak dalam aircond dan telah ditingkatkan kawalan keselamatan. haha so funny :p

    ReplyDelete
  2. Baru baca pasal ni tadi kat news... hmmmm payah la kan, sebab dah tau "taboo" nya anjing pada masyarakat kita, and program macam ni lebih kepada provokasi, bukan untuk kesedaran. Ala...kami kat sini pun berlambak2 anjing belaan dorang bawak jenjalan, and tak pernah la I nak pegang2 belai even those are my friends, dorang pun tau respek. BAgi saya la kan, kalau boleh elak dari pegang, elak la... rajin ke nak menyamak sentiasa? Walaupun rumah my mother in law ada anjing (tinggal kat luar, untuk jaga rumah) pun tak pernah masuk dalam rumah, takder nak manja2 belai hahaha.

    ReplyDelete
  3. betul. saya pun bukan anti anjing. tapi xdelah sampai nak menyentuhnya.

    terbaik entry akak ni... ummi saya kata, orang takut anjing, bukan orang geli anjing macam bab* tu...

    so, bila ada kempen macam ni, diorang eager juga nak menyentuhnya...

    banyak lagi yang boleh disentuh, sentuh kepala anak yatim dapat pahala, sentuh alQuran and baca dapat pahala berganda-ganda, sentuh suami or isteri dapat pahala.. sentuh anjing dapat apa ye...

    ReplyDelete
  4. Mmg penuh newsfeed dgn citer ni aje slps program ini dibuat. Smg kita sama2 ambik pgjrn dan tauladan.

    ReplyDelete
  5. fobia tengok anjing, rela ikut jalan jauh kalu tersempak dengan anjing

    ReplyDelete
  6. lamanyaaaa tak jenguk akak kat sini T.T hahaha akak pun tak jenguk CT. kikiki.. okay setuju dengan apa yang akak share. Islam itu mudah tapi bukan untuk diambil ringan. hukum ruksah samak jatuh pada ketika owh terpegang secara tak sengaja and bukan gatai saja saja nak pegang. ada sebab kenapa islam melarang. haaai ini semua fitnah agama menjelang akhir zaman. semoga kita tergolong dalam golongan yang punya kesedaran.

    ReplyDelete
  7. masa tengok gambar ni macam geli pon ada....ermmm

    ReplyDelete
  8. entahlah tapi bagi kalau tersentuh tu nak buat macam mana tapi kalau dah suka2 pegang2 susahlah nak cakap

    ReplyDelete
  9. memang sepatutnya tak perlu turut serta kempen macam ni..boleh fikir kot kan.

    ReplyDelete
  10. Tujuan asal program ini mungkin berniat baik, tapi at the end lebih mendatangkan keburukan / fitnah dari kebaikan. Sepatutnya di selidik sebaik-baiknya sebelum membuat program sebegini sebab banyak khilaf / pendapat tentang sentuh anjing. Lebih elok buat program 'I want to touch Al Quran everyday and night'...takdak khilaf langsung kan? Dapat pahala pulak tu!

    Salam kenal dik!

    ReplyDelete
  11. Bila hukum hakam tak dititikberatkan..
    Anjing kategori najis Muqhollazah, klau najis terkena badan anggota badan secara sengaja tu yg salah melainkan darurat.

    ReplyDelete
  12. kna mandi air tanahlah gamaknya mereka ni..huhu

    ReplyDelete
  13. Ermmm..nampaknya kempen ni memang mengelirukan umat islam.
    Astaghfirullah.. :(

    ReplyDelete
  14. Za tengok anjing dari jauh pun dah takut..huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......