Thursday, October 16, 2014

Usia 26 tahun, wajah seperti 70 tahun



Seorang wanita dari Vietnam berusia 26 tahun tidak menyangka ubat yang diambilnya untuk mengatasi masalah ruam, akhirnya membuatkannya kelihatan 30 tahun lebih tua.

Masalah yang dialami wanita tersebut,  Nguyen Thi Phuong, bermula pada tahun 2008 apabila dia mengalami masalah ruam di muka akibat pengambilan makanan laut. Kerana itu, Nguyen mendapatkan rawatan dan diberi ubat dermatitis.

Namun selepas mengambil ubat tersebut selama seminggu, mukanya bengkak dan gatal-gatal, seterusnya berkedut seperti wanita tua.

Tiga hospital di Bandar Raya Ho Chi Minh City telah menawarkan Phuong perundingan dengan pakar-pakar selepas sebuah akhbar menerbitkan gambar dan ceritanya.

Biarpun kulit Phuong seperti wanita yang sudah berusia, tetapi rambut dan postur badannya masih seperti wanita muda.

Suami Phuong, Nguyen Thanh Tuyên memberitahu isterinya seorang wanita yang sangat cantik ketika mereka berkahwin.

Biarpun bingung dengan keadaan yang menimpa Phuong, Thanh mengakui masih mencintai isterinya itu.

SUMBER

ini yang menakutkan ni....sekarang kan dah macam2 ada kat dunia ni...ubat nak kuat...ubat nak montok...ubat nak cantik....menakutkan kalau tersalah makan ubat jadi macam ni....pengajaran bagi kita semua ni.....biar la x cantik...macam kes ni lain kan....dia mengalami gatal2 dan ambil ubat kan....agaknya salah ubat kot...x pun dia alergi ubat maka jadi macam tu....untung laki x lari...kalau kat negara kita...sure dah lari dah laki kan...

26 comments:

  1. Kesian kat dia.. Moga dia tabah dalam menghadapi dugaan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik suami dia x tinggalkan dia kan...

      Delete
  2. Ya Allah...serius baca entry ni rasa seram...lg pun dia pi jumpa doktor nak dptkan ubat atasi masalah dia sensitif dgn makanan laut kan jadi ruam...so ubat yg doktor bg tu tak sesuai dgn dia...ya Allah kesiannya...harap pakar2 tu dpt atasi masalah dia...dia sgt cantik...nsb suami dia betul2 cintakan dia...syukur

    ReplyDelete
  3. Kesiannya kat dia. Tak pasal-pasal dia yang kena tanggung.

    ReplyDelete
  4. kesian sangat...menjadi mangsa ubat tak pasal2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik dia tabah....just takut selalunya org mcm ni stress boleh bunuh diri

      Delete
  5. mula2 ingat entry ni nk bgtahu jd nmpk tua sbb mekap..rupe2nye mmg betul2 wajah dia jd tua...kesian...mintak dijauhkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaumekap mmg x heran sgt...ni slh mkn ubat ni..

      Delete
  6. Alahaiiii kesiannye die..x memasal jer..adeh..

    ReplyDelete
  7. Kesiannya kat dia..gara2 ubat dia jadi macam tu....

    ReplyDelete
  8. Kesiannya dia...tak pepasal je jadi camtu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......