Tuesday, October 14, 2014

'Kolam' seni keraian masyarakat India

Tak lama lagi Deepavali kan...seminggu lebih jer lagi kan...Deepavali atau nama lain adalah Pesta Cahaya, perayaan masyarakat India...macam yang menarik yang di paparkan oleh kaum India iaitu Kolam. Kolam merupakan salah satu benda wajib yang harus ada apabila tibanya Deepavali....pelbagai corak dan warna digunakan bagi menghasilkan kolam yang cantik..ada yang mengggunakan beras dan ada jugak menggunakan pasir yang diwarnakan...aku sendiri dulu pernah terlibat dalam menghasilkan Kolam ni...seronok...kat mana2 shopping complex pun sekarang dihiasi kolam especially di ruang legar....satu daya tarikan jugak untuk pengunjung mengunjungi shopping complex kan....



Salah satu hasil seni tradisi masyarakat India adalah "Kolam". "Kolam" merujuk kepada karya seni hiasan dilukis di atas lantai, menggunakan warna-warna ceria di hadapan dewa-dewa di bilik Puja atau di hadapan rumah semasa perayaan Deepavali.

Kebiasaannya tepung beras yang dicampurkan dengan serbuk warna digunakan untuk membuat lukisan-lukisan di atas tanah yang lembab sebelum ia ditaburi dengan air.

Ia adalah tradisi lama budaya keluarga India yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi. Selalunya ia dilukis oleh kaum wanita sesebuah keluarga untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu dan juga Lakshmi, dewi kemakmuran ke rumah mereka. Anak gadis kebiasaannya akan mempelajari seni ini daripada ibu, nenek atau makcik mereka.

Meletakkan "Kolam" di hadapan rumah menjadi amalan penting di kawasan pedalaman dan kampung. Tetapi malangnya amalan ini tidak banyak dipraktikkan di bandar-bandar metropolitan, khususnya mereka yang tinggal di kediaman bertingkat, seperti flat atau pangsapuri.

Sumber

12 comments:

  1. cantik..:)

    akak hadiah dah sampai...cantik..terima kasih..:)

    klik iklan akak..:)

    ReplyDelete
  2. Orang yg buat ni memang mempunyai tahap kesabaran yg tinggi....sebab kena teliti utk dptkan hasil yg cantik..... :)

    ReplyDelete
  3. Suka tgk design kolam yg pelbagai bentik dam warna warni. Mmg kreatif sape yg buat kolam ni.

    ReplyDelete
  4. Orang yg buat ni memang mempunyai tahap kesabaran yg tinggi....sebab kena teliti utk dptkan hasil yg cantik..... :)

    ReplyDelete
  5. Kalau tak salah bundalah...kat Alamanda minggu lepas dah ada dah lukisan 'kolam' ni...

    ReplyDelete
  6. Salam, haaa aku suka tgk Kolam ni, sbb cantik dan colorful, aku rasa aku xgigih nak buat susun2 beras camni..sekali aku terjelepuk kang naye je..berterabur semua, hahah :p

    ReplyDelete
  7. kagum dengan dorang yang buat kolam ni..lagi lagi yang besar tu..memang jenuh dan sabar nak siapkan tu

    ReplyDelete
  8. Cantiknyaaa ;)

    P/s: hadiah dah dapat. Thanks kak ;)

    ReplyDelete
  9. akak please bgtau saya ape motif corak2 yg ade dalam kolam india ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...x pasti apa motif corak2 yg ada...maybe boleh tanya org india kot..but for sure ianya ada kaitan dengan perayaan diorang..maybe ada kaitan dengan kemenangan, muafakat atau kegembiraan...

      Delete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah