dapat gambar ni dari kawan semalam...dia pungut di ladang getah...
Pernah makan cendawan busut??x pernah? ohoiiii...sedap gilos u olls....seriusly memang sedap dan bukan senang nak dapat...bukan la atas busut je ada...tapi cendawn ni tumbuh bila hujan je...petir dan guruh berdentum memang dia akan tumbuh....mana aku tau? dah orang tua2 cakap cenggitu...aku citer la kat korang....tipu diorang maka tipu la aku kan.....cendawan busutnya memang boleh dimakan dan tidak beracun ok...tumbuh liar di kawasan ladang kelapa sawit atau bukit2 kecik dan jugak kebun2 getah....kalau nak tau cendawan busut tengah tumbuh dengan banyak lepas hujan sure ada banyak kelkatu....haaa....time tu tunggu apa lagi...pergi la cari cepat...
Cendawan busut ni sedap masak apa?biasa mak aku buat masak lemak cili api...pedas2 campur plak serai....huiii...sedap x terkata...cendawan ni lagi sedap dari cendawan tiram malah lagi sedap berganda dari ayam tau....kalau buat sup pun sodap...especially makan tang kelopak yang belum kembang tuh...ada gak buat goreng dengan sos tiram la...eh...buat rendang pun ada tau....sebab dia bukan jenis cendawaan yang lembik...dia jenis pejal2 dan kenyal2 bila makan....so tahan lama....
Berikut merupakan info yang aku dapat dari google dan wikipedia...
Nama: Lyophyllaceae
Nama saintifik: Termitomyces sp
Spesis yang terdapat di Malaysia: Termitomyces heimii Natarajan, Termitomyces albuminosa.
Saiz: Pileus (Kepala/ Tudung)1.5-7 cm diameter menegikut spesis.
Lokasi: Ladang kelapa sawit, kebun getah, kebun, kawasan hutan yang tidak tercemar dengan racun serangga. Boleh didapati seluruh Malaysia.
Cara Pembiakan: Obligat simbiosis dengan anai-anai (Macrotermes spesis Odototermes spesis).
Fakta
1. Tumbuh di atas busut anai-anai
2. Tumbuh secara koloni
3. Antioksida yang baik dan kandungan lemak yang rendah kolesterol yang tinggi.
4. Tahap racun (sekiranya ada) pada manusia. Setakat ini tiada kes keracunan. Perlu dimask sebelum makan
Harga Pasaran: RM20 sekilogram...haaa...amik ko...mahal ok sebab susah jumpa ni...
Salah Faham:
Struktur morfologi dan warna yang hampir sama iaitu putih spesis yang beracun seperti Macrolepiota spesies, Lepiota Spesies dan Amanita spesies.
Cara untuk mengelakkan salah faham. Pastikan bahawa di bawah cendawan tersebut terdapat busut cendawan dan akar cendawan busut panjang dan sampai ke dalam sarang anai-anai tersebut.
Haaa....clear kan....kalau salah pungut jer yang dapat jenis yang beracun...nak kena kenal pasti habitat dan rupa paras bentuk cendawan busut ni....tapi aku x tau kat tempat korang cendawan ni dipanggil apa...yang pasti cendawan busut adalah juadah yang istimewa.....i'm now craving cendawan busut....mana nak cari ni......
tak pernah pulak mkn cendawan ni..tgk pon tak pernah.
ReplyDeleteSedap tau..
DeleteSedapnya cendawan ni, teringat kt kg selalu kutip nih..
ReplyDeleteHaah...kat kg akak byk..tp x musim
Deleteuishh sodap eh kak.. buek masak lomak cili api lak tu.. perghh bertamboh nasi pon tak perasan do..huhu.. time ujan potir nie elok cari nie..huhu
ReplyDeleteHaaa sodap kan...kek kg kito byk ni kan?
Deleteya allah kak sedapnyaaaa..lama tak jumpa cendawan ni..kalo kelate panggil 'kulat pusu'..hhehee..masak sup simple pon dah cukup sedap..dok bandar ni jangan harapla nak dapat..
ReplyDeleteHaaa tu la...dia kat kampung2 je byk ni zee
Deleteya allah sedapnye... terbaek toqq suker giler niee
ReplyDeleteSedap kan cik lily...just pyh nk dpt je ni ...
DeleteAmboi mahalnya harga. Cndawan ni bermusim kan.. Time2 hujan ni..rajin2 g ladang..kadang tu memutih je tumbuh..
ReplyDeleteSy syok time cabot je. Nak makan takot bisa..tp kadang xthn telan jgk..ubat kan ado.
Bisa? Knp agaknya ye....akak so far suka je cendawan ni...sedap...
Deletesuka betul makan cendawan busut ni.. tapi susah nak dpt skrg..
Deletekat kebun pun takde..
kat pasar2 pun takde org jual..
jadi sakit2 badan gitu..tp kadang mkn jgk tak boleh tahan tengok.. tumis air..buat pedas2..sedap oo
DeleteBlom pernah mkn lg ni. Very rare. Kt mana boleh dpt stok ni?
ReplyDeleteuik tgk mcm sedap je..lagi2 lau masak lomak eh
ReplyDeletehehe
Kalau dari gambar, macam tak pernah tengok.
ReplyDeleteTak pernah lagi tengok cendawan ni
ReplyDeletefirst time taw pasal cendawan busut ni..tak pernah tengok.. T_T
ReplyDeleteFirst time dengar nama cendawan ni ;)
ReplyDeletesdap tu kak..:)
ReplyDelete