Thursday, October 30, 2014

Buntu Masalah Badan Berbau....

gambar sumber google

Sebelum kita kupas topic ni aku nak inform la...entry ni xde kena mengena untuk mengutuk sesapa di sekeliling aku kan dan yang penting bukan berpunca dari aku eh...ini masalah kat tempat kerja...hakikat memang benar ini yang terjadi dan aku agak x berapa selesa kat opis...tapi aku x de la nak malukan orang tu...jadi better aku cerita secara random sahaja...bukan sebab apa...sebab kesian sebenarnya dengan wanita2 yang mempunyai masalah badan berbau ni....kadang2 orang akan cakap belakang...kadang2 terang2 dia di kutuk...aku pun sebenarnya xde la nak obviously nak pi direct tanya sebab aku nak jaga air muka dia....memang dia berbadan besar dan memang mempunyai masalah bau badan sampai orang x berani nak tegur...

meh kita baca artikel kat bawah yang aku share dari google...

Masalah bau badan sering menghantui sesiapa sahaja tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Ia terjadi apabila kita memerah kudrat untuk akitivit fizikal seperti bersenam atau melakukan perkara yang menyebabkan stress seperti bekerja . Menurut kajian, kaum Adam akan mengalami masalah bau badan berbanding wanita kerana lelaki berpeluh 80% lebih banyak daripada perempuan.

Masalah bau badan bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa, tapi ia juga mengganggu keselesaan orang lain dan membuatkan kita kurang berkeyakinan untuk berhadapan atau berinteraksi dengan orang ramai. Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan dan mengurangkan punca bau badan ini.

Antara Cara Hilangkan Punca Bau Badan adalah:

1) Sabun Antiseptik Mengurangkan Bau Pada Badan

Hendaklah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menyegarkan dan menghilangkan bau badan setelah melakukan pelbagai aktivit harian. Dinasihatkan menggunakan sabun antiseptic untuk menghilangkan bau badan yang melekat pada badan kita dan dapat mengurangkan bakteria pada tubuh badan.

Anda juga hendaklah mandi dengan teratur dan ‘tertib’. Seeloknya biarkan peluh kering dahulu agar peluh tidak bercampur dengan air ketika mandi kerana ia boleh menjadi punca kepada pertumbuhan bakteria yang menjadi punca bau badan

2) Pentingnya Memakai Deodorant

Deodorant dipercayai dapat menghalang bau badan kerana Ia menangkis ketiak kita daripada peluh apabila kita melakukan sebrang aktiviti. Peluh adalah satu punca utama mengakibatkan tubuh badan kita menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

3) Jaga Pemakanan Anda

Bau badan secara langsung dikaitkan dengan bahan buangan pencernaan badan anda. Apa yang anda makan akan mempunyai kesan yang besar kepada bagaimana anda bau. Badan anda akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika anda makan makanan yang tidak berkualiti dan yang tidak sihat kerana ia akan merencatkan sisitem penghadaman anda

Cuba kurangkan makanan segera, makanan goreng, dan apa-apa makanan yang diproses lain yang mengandungi banyak bahan kimia. Lebihkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan. Elakkan guna minyak yang berlebihan, sebaliknya guna teknik masak seperti kukus yang tidak mengandungi minyak.

*Elakkan daripada menggunakan bawang dengan kuantiti yang banyak di dalam bahan masakan kerana bawang boleh mencetuskan bau yang kuat yang boleh mengakibatkan bau pada badan kita.

4) Memakai Pakaian Yang Sesuai

Anda hendaklah bijak memilih pakaian yang sesuai dengan anda untuk mengelakkan bau badan. Elakkan daripada memakai pakaian fabric atau menyerap peluh kerana ia akan mengakibatkan peluh yang melekat pada badan itu menjadi bau yang kurang menyenangkan.

Anda juga hendaklah menyimpan pakaian anda di tempat yang mempunyai aliran udara supaya ia bau busuk sekitar anda atau cuaca lembap melekat pada pakaian anda.Anda juga tidak digalakkan memakai baju yang sama, sebaliknya kerapkanlah menggilirkan dan membasuh baju anda

5) Berhenti Merokok!

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan atau membazirkan duit si perokok, malahan jua ia adalah antara punca masalah bau badan. Tembakau di dalam rokok juga akan menghasilkan peluh yang menghasilkan peluh yang berbau.

Bahkan jika anda berhenti merokok, bau itu akan melekat di badan dalam waktu berminggu-minggu.

6) Berjumpa dengan Doktor Pakar

Jika anda mempunyai masalah bau badan yang berkekalan walaupun sudah melakukan pelbagai cara untuk mnghilangkannnya, dinasihatkan supaya anda segera berjumpa dengan pakar bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia mungkin disebabkan perubahan pada hormon, diabetes, radang tersembunyi atau lain-lain lagi.

Penampilan kita hendaklah sentiasa dijaga supaya kita dapat mengekalkan aura positif di dalam diri kita. Penampilan yang menarik dan kebersihan juga penting supaya kita mudah berkomunkasi dengan orang luar, sekaligus memudahkan orang dekat dengan kita. Ambillah langkah-langkah yang sewajarnya supaya dapat mengatasi masalah bau badan ini.

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertangungjawab terhadap proses berpeluh yang mana ia bersambug terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium, atau elektrolit.

Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organic yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bacteria, ketiak atau kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya di tukar ke dalam bentuk sisa buangan ataupun toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluan penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranyan system pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengaggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetic dah kelenjar yang sangat aktif.

SUMBER GOOGLE...

So kaedahnya memang banyak cara nak atasi masalah berbau...paling utama kena jaga pemakanan....sistem pencernaan pun masalah utama rupanya sampai menyumbang...paling penting wanita kena la jaga kebersihan...bukan wanita je...lelaki pun sama kan...kadang2 ada jugak lelaki menghadapi masalah macam ni....ikutkan aku hairan jugak...yang empunya badan tu x notice ke badan dia berbau kan...ke dia memang sedar dan x peduli...bahaya weh..sebab kita bekerja...berhubung dengan ramai orang ...kalau x jaga kebersihan dan badan berbau confirm ramai yang x selesa....cuma aku x tau la nak inform si polan tu macam mana sebab memang dah tahap teruk dah masalah yang dia hadapi...ikutkan kesian....tapi dia kena la buat sesuatu kan....korang boleh bagi pendapat x macam mana aku nak bantu dia dalam menangani masalah bau badan ni...bukan xde orang yang tegur..ada...tapi tetap x membantu malah tetap sama keadaannya....macam mana erk....bantu la aku korang.....buntu ni........

17 comments:

  1. Mandi dgn limau purut boleh hilangkan bau badan juga SA...

    ReplyDelete
  2. Setuju SA... kadang-kadang pelik dgn orang yg badan berbau ni... dorg xperasan ke badan dorg berbau? kadang-kadang geram nk bgtau je.... tp kang ada yg malu plak... huhu

    ReplyDelete
  3. Slow talk dgn dia dan berikan hadiah deodorant atau apa shj yg dirasakan mbantu. Kdg2 ada org pykt peluh berlebihan, yg tu kene jumpa dr la ye.

    ReplyDelete
  4. tak boleh kalau dlm komuter bersebalahan ngan mamat bangla...adoyaiiiii....boleh pengsan...hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam, haha lawak gambar tu, pasrah gila pempuan tu..isk3 sadis~ tu lah aku mmg standby deodorant dlm beg aku, sbb aku balik keje naik bas, so takdelah terganggu org sekelilng kan~ haha

    ReplyDelete
  6. tq for sharing...
    klo duk dekat org bdan berbau..mmg blh sakit kepala jugak..
    maybe dia x perasan bau badan dia..kt nk ckp pon serba salah kan..

    ReplyDelete
  7. Alamak..janganlah bagi ketiak tu kat muka orang.
    Yang kuat makan bawang macam Bangla lagilah kuat baunye.

    ReplyDelete
  8. Selalunya org yg bdn berbau nih die tak sedar pun bau tuh dr die...kite kne mainkan peranan la....tp tuhlah nk tgur takut sntap lak

    ReplyDelete
  9. Nice sharing sis.. Jagalah badan kita ni, jangan sampai berbau.. hehe

    ReplyDelete
  10. Dia jenis mudah terima teguran tak..?
    Face to face dengan dia, cakap masalah bau badan dia..
    Kalau susah, buat secara tersirat, hadiahkan deodorant atau artikel/petua kepada dia secara sembunyi2..
    Kalau takde apa-apa perubahan, sound direct jelah tapi janganlah depan orang ramai.. nanti jatuh pulak airmuka dia..

    ReplyDelete
  11. badan berbau ni akan mengganggu konsentrasi orang lain juga kan..so kenalah atasi dengan pelbagai cara.. sekarang pun dah macam macam produk ada.

    ReplyDelete
  12. Memang boleh buat kacau jugak bau badan ni. Dulu masa kecik mak ayah IM selalu suruh gosok badan dengan asam jawa supaya badan tak bebau.

    ReplyDelete
  13. pakai deodorant paling praktical.. and please la jangan sembur perfume time tngh peloh ooohmai memang 'harum' yang tramat sngt

    ReplyDelete
  14. kalau cara tradisional tak boleh boleh guna cara moden pulak..yang penting hilang bau tu

    ReplyDelete
  15. Kena sental kaw kaw hehehe .nice sharibg SA

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah