Terdapat banyak tempat di dunia ini dengan sejarah gelap. Kebenaran setiap cerita tidak dapat dipasti, tetapi kita percayai bahawa apa yang kita dengar adalah kemungkinan kisah benar.
Kami telah memilih beberapa tempat yang paling menyeramkan di dunia yang sering diperkatakan. Beranikah anda melawat tempat - tempat yang seram ini?
The Screaming Tunnel, Warner Road Canada
Tempat ini mengisahkan bahawa seorang gadis muda yang diperkosa di dalam terowong dan badannya dibakar mati. Sejak itu, terowong ini dipercayai dihantui oleh roh gadis itu. Menurut mereka yang menentap berhampiran, jeritan gadis muda dari terowong ini sering didengar dan fenomena ini dipercayai menjadi asal nama terowong tersebut.
Wilson Hall, Ohio University
Lagenda tempatan menceritakan bahawa seorang gadis bunuh diri sebaik sahaja menulis tentang syaitan dan perkara ghaib di dinding dalam biliknya dengan darah sendiri. Bangunan ini mempunyai lima kubur yang membentuk pentagram yang mengelilingi kampus menandakan simbol syaitan
Bandar Hantu Fengdu, China
Tempat ini digelar sebagai bandar hantu kerana ia dikatakan menjadi persimpangan antara bumi dan dunia ghaib. Fengdu dihiasi dengan patung aneh yang mengambarkan pelbagai aksi penyeksaan syaitan.
Difahamkan, pengunjung yang melawat dengan bersikap baik akan dihargai baik sebaliknya jika bersikap jahat, mereka akan dihargai dengan kejahatan yang mengerikan.
Muzium Tuol Sleng Genocide, Kemboja
Pada zaman pemerintahan orang putih, tempat ini dijadikan sebagai penjara untuk menyeksa dan membunuh mangsa tahanan. Penduduk dibunuh degan kejam, manakala wanita dirogol dan diseksa hingga mati. Sebanyak 14.000 warga Kemboja yang dibunuh dalam bangunan ini. Tetapi kini, lokasi ini dijadikan muzium untuk mengenang peristiwa itu. Pelbagai perkara aneh akan berlaku di tempat ini pada waktiu malam.
Hutan Aokigahara, Jepun
Warga Jepun sering menjadikan hutan ini sebagai tempat bunuh diri. Sejak tahun 1950-an, lebih dari 500 kes bunuh diri direkod di Aokigahara. Mayat-mayat dikatakan boleh berpindah sendiri secara misteri dan yang paling menyeramkan ialah, lokasi ini sering dijadikan sebagai tempat pelancongan. Berani pergi?
Kredit Foto: Nadicosmic/zamrispoon
tgk iklan seram pun tak ini kan pulak jejak ke tempat seram mcm nie...
ReplyDeletehahaha...xde la makna akak nak jejak sini Idzwa...
Deletekalo ada patung2 tu memang seram...
ReplyDeletebetul tu...nak2 yang kat Bali tu kan...hehehe...seram
Deleteade jugak port untuk bunuh diri dkt Jepun ye ish3
ReplyDeleteRasanya la kot kan...
DeleteTak akn jejak kaki kat tmpt seram cenggini..takut oh..
ReplyDeletesama la kita...
Deletetempat seram mesti ada kisah orang mati kan.. apapun menarik teringin jugak nak melawat
ReplyDeleteamboi suria berani betul nak pi...
DeleteHah??baru keluar dari blog blogger lain..pasal hantu jugak
ReplyDeleteoh yer ke....
Deletehuwaa..seram..
ReplyDeletehehehehehe
Deletetakde la takut sangat...tapi tak sanggup nak g jugak :P
ReplyDeletebetul ke Sally x takut...
Deletemmg tak pergi la tempat2 mcm nie..:)
ReplyDeletetapi yang kat Cambodia tu akak rasa nak pi...hehehe
DeleteSerammmmm T_T
ReplyDeletememng la seram kalau bab hantu kan...
Deletesy ni penakut tau
ReplyDeletesama la kita kak oiii....
Deleteserrreeemmm weii nak gi melancong tempat cam ni..SA nak gi tak?
ReplyDeletekalau yang kat Cambodia tu memang nak pi...nak feel kekejaman tentera masa tu...
DeleteMereka yang taksub dengan tempat yang menyeramkan pasti suka. ;)
ReplyDeletesetuju....sangat2 setuju...
Deletekat malaysia x tau la plak...kalau ada mmg xde la nak pi...rumah hanu pun akak x berani masuk...
ReplyDeleteLorrr..tempat bunuh diri pun boleh jadi tnpt pelancongan.
ReplyDeleteSeriau..
Idok ler temannn
ReplyDeletealamak entry seram lagi.. CT scroll down sajalah hahaha
ReplyDeleteKalau dah nama bandar hantu tu memang seram lah..lagi satu muzium memang menyeramkan
ReplyDelete