Friday, October 31, 2014

Feminine Hygiene Menanti Pemenang...


Hi korang...
Aku baru je balik dari Bangsar kejap ni tadi....mencari product utk top komentator yg aku nak announce esok. ..ada sedikit ralat di hati....FH yg aku nak bagi tu xde stok maka aku gantikan dengan FH yg 80ml ni...ok kan? 
Maka disebabkan itu aku akan bagi ketiga2 botol ni kepada 3 pemenang tu...sorang dpt satu botol...so kita tgok la sapa 3 org yg bertuah ye....x sangka betul product Sophie ni laris dan banyak permintaan...aku pun x explore brg2 penjagaan diri..nanti la aku beli sikit2 dan buat review...mana tau if korang nak beli plak kan....Sophie Paris ni bukan takat handbag ngan purse je....ada baju...ada Lipstick dan mekap segala la...harga pun reasonable dan mekap2 pun cantik....nanti aku buat review eh....next Tuesday aku pi explore lg...sib baik dekat je ngan opis.....
Eh aku x up lg katalog terbaru kan....email x dpt lg ni sbb dlm website tu boleh donlod gambar2...nanti la aku up entry eh...

Aku Seorang Shoes Collector

Assalamualaikum. ..
Hi korang...wah ari ni last day keja kan...esok cuti...selamat bercuti korang...ari ni aku nk citer pasal Kasut...aku mmg seorang collector especially kasut, wallet dan handbag tapi xde la giler sampai beli tiap2 bulan...tgok pada keadaan dan poket jugak...tiap2 bulan beli masak la...x makan anak aku nanti...hihihi.....dah jadi lumrah kehidupan kan bila wanita dan kasut tak boleh dipisahkan


Heheh...sebenarnya ada banyak...tp dh bawak balik rumah  sewa dan kat Seremban..


Susun elok2 sket....dari kiri kaler hijau lumut tu Kickers, yg hitam pink tu Charles & Keith, beige and  colour tu Marie Claire dan yg terbaru Lewre


Ini pakai untuk majlis2 rasmi with office wear...pakai dgn baju kurung pun cantik


Ini pun sama gak...wedges guna kat opis....

Bos aku siap tanya...u ni nak jual kasut ke apa...hohoho....dia lelaki apa yg dia tau kan...
Dah nama pun perempuan...adat la tu kan.....eleh...jeles..
Actually kasut2 ni bukan la  beli sendiri...ada gak yang org tersayang belikan....hihihi....

Tak semua kasut sesuai untuk wanita...betul x? If dulu aku suka sgt pakai high heels yg 3-5 inch...aku rasa comfort dan confident nak berjalan...selain tu leh feeling2 model skit...phuiii...haha...berangan....adalah amat penting untuk membeli kasut yang sesuai dengan bentuk kaki dan badan..jangan x tau eh kasut memberi impak formal / kasual kepada si pemakai...kasut pun ada jenis2 jugak...jom tgok..


Bentuk kasut ABC

A ~ formal, untuk bentuk kaki yang kecil di bahagian jari kaki ( bentuk badan kurus)

B ~ formal untuk kaki yang lebar dibahagian jari kaki ( tubuh badan kebanyakkan )

C ~ santai, tidak formal dan tidak sesuai di bawa temuduga atau ke tempat kerja

so...faham dah bentuk kasut ABC? Macam aku more too bentuk A...bukan perasan kurus eh...tp bentuk kaki mmg mcm tu..size pun size 5...huhu....

Korang ada yg hobi mcm aku?


Thursday, October 30, 2014

Peluang Terakhir Top Komentator October 2014



Hi korang....peluang terakhir hari ni ngan esok untuk rebut gelaran top komentator kat blog aku ni....tempat pertama untuk bulan ni akan menerima sebotol Feminine Wash Sophie...
2 pemenang lg aku lom decide nak bg apa....so meh cepat2 komen....kita tgok sapa yg terpilih bulan ni....kang ada lg aku dpt private message ckp asyik org yg sama je menang...eh nak buat cane sbb diorang rajin...x kan aku x bg hadiah plak kan....
Esok hari terakhir...Sabtu aku umum pemenang ye.....
Mana yg baru follow aku tu meh la jadi top komentator....every month ada...tp untuk 3 pemenang utama je ye....hadiah x sama every month....
So...jangan lepaskan peluang keemasan ini.......

Kanggaroo Gedik Dari Ostolia


Gedik plak aku tgok kanggaroo ni posing aih....dh selamat aku tampal kat CPU...malas nak bawak balik dulu...
Special thanks to Jiza yg baru balik dari Ostolia...amboih...bukan main...coti2 obersea je erk...ye la org bujang...xde commitment boleh la bercuti jauh2 kan.....sapa lg kawan2 aku nk pi obersea...jgn lupa ole2..hahaha....

**Masih migrain...masih bekerja...kejap lg rehat aku nak tido...
Harap2 ari ni boleh balik awal kul 5.30
X bleh nk mc sbb 2 org xde ni....so kena back up....ermmmm.....

Kisah hantu paling popular di dunia

Dari semalam duk tepek kisah seram kat sini ha....bukan nyer aku ni berani mana pun..aku ni paling penakut punya umat kan....hahaha...tp sejak rajin tgok website maxis aku banyak la jumpa kisah2 yang diorang paparkan dalam mylaunchpad tuh...so rasanya elok kongsi ngan korang jugak....ke korang pun sama penakut macam aku?

Meh tgok...


Boleh dikatakan setiap negara di dunia, dan setiap kaum dan kepercayaan punya kisah hantu atau seram yang tersendiri.

Mari kita lihat 4 kisah hantu paling popular di dunia.


1. Bloody Mary

Tidak dapat diketahui dari manakah asal usul kisah ini, namun ramai yang percaya Bloody Mary berasal dari kisah benar seorang ahli sihir yang mati dibunuh di hadapan cermin. Lagenda Bloody Mary menyebut sesiapa yang menyebut perkataan Bloody Mary sebanyak tiga kali di hadapan cermin akan mati dalam keadaan yang mengerikan.


2. Penumpang wanita misteri

Bukan sahaja di negara kita, malahan di negara Barat juga popular dengan kisah penumpang misteri ini. Dikatakan mereka yang memandu bersendirian lewat malam di jalan yang sunyi, akan terserempak dengan wanita cantik yang kemudiannya minta ditumpangkan. Namun apabila tiba di tempat di mana wanita itu minta diturunkan, dia ghaib, meninggalkan si pemandu terpinga-pinga sendirian.


3. Zombie

Dahulunya merupakan 'urban legend' masyarakat Barat, tetapi kini sudah menular ke nusantara. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.



4. Hantu di bawah katil

Kisah yang menjadi bahan penceritaan dari zaman ke zaman; tentang bagaimana seseorang terjaga daripada tidur, terasa ada sesuatu di bawah katil lalu memberanikan diri menjenguk untuk melihat. Dan apa yang dilihat adalah...anda boleh teka sendiri.


Kredit gambar: mostly ghost, cdllife, goldfish 


Pada aku la kan...citer hantu paling seram dalam hidup aku adalah citer jepun JU-ON yang first2 tuh...itu memang seram giler...first time tgok citer tu dulu aku sampai takut tidur atas katil...tido atas tilam je kat lantai...sorry la...bab ni aku memang mengaku AKU PENAKUT....hehehehe

Buntu Masalah Badan Berbau....

gambar sumber google

Sebelum kita kupas topic ni aku nak inform la...entry ni xde kena mengena untuk mengutuk sesapa di sekeliling aku kan dan yang penting bukan berpunca dari aku eh...ini masalah kat tempat kerja...hakikat memang benar ini yang terjadi dan aku agak x berapa selesa kat opis...tapi aku x de la nak malukan orang tu...jadi better aku cerita secara random sahaja...bukan sebab apa...sebab kesian sebenarnya dengan wanita2 yang mempunyai masalah badan berbau ni....kadang2 orang akan cakap belakang...kadang2 terang2 dia di kutuk...aku pun sebenarnya xde la nak obviously nak pi direct tanya sebab aku nak jaga air muka dia....memang dia berbadan besar dan memang mempunyai masalah bau badan sampai orang x berani nak tegur...

meh kita baca artikel kat bawah yang aku share dari google...

Masalah bau badan sering menghantui sesiapa sahaja tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Ia terjadi apabila kita memerah kudrat untuk akitivit fizikal seperti bersenam atau melakukan perkara yang menyebabkan stress seperti bekerja . Menurut kajian, kaum Adam akan mengalami masalah bau badan berbanding wanita kerana lelaki berpeluh 80% lebih banyak daripada perempuan.

Masalah bau badan bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa, tapi ia juga mengganggu keselesaan orang lain dan membuatkan kita kurang berkeyakinan untuk berhadapan atau berinteraksi dengan orang ramai. Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan dan mengurangkan punca bau badan ini.

Antara Cara Hilangkan Punca Bau Badan adalah:

1) Sabun Antiseptik Mengurangkan Bau Pada Badan

Hendaklah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menyegarkan dan menghilangkan bau badan setelah melakukan pelbagai aktivit harian. Dinasihatkan menggunakan sabun antiseptic untuk menghilangkan bau badan yang melekat pada badan kita dan dapat mengurangkan bakteria pada tubuh badan.

Anda juga hendaklah mandi dengan teratur dan ‘tertib’. Seeloknya biarkan peluh kering dahulu agar peluh tidak bercampur dengan air ketika mandi kerana ia boleh menjadi punca kepada pertumbuhan bakteria yang menjadi punca bau badan

2) Pentingnya Memakai Deodorant

Deodorant dipercayai dapat menghalang bau badan kerana Ia menangkis ketiak kita daripada peluh apabila kita melakukan sebrang aktiviti. Peluh adalah satu punca utama mengakibatkan tubuh badan kita menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

3) Jaga Pemakanan Anda

Bau badan secara langsung dikaitkan dengan bahan buangan pencernaan badan anda. Apa yang anda makan akan mempunyai kesan yang besar kepada bagaimana anda bau. Badan anda akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika anda makan makanan yang tidak berkualiti dan yang tidak sihat kerana ia akan merencatkan sisitem penghadaman anda

Cuba kurangkan makanan segera, makanan goreng, dan apa-apa makanan yang diproses lain yang mengandungi banyak bahan kimia. Lebihkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan. Elakkan guna minyak yang berlebihan, sebaliknya guna teknik masak seperti kukus yang tidak mengandungi minyak.

*Elakkan daripada menggunakan bawang dengan kuantiti yang banyak di dalam bahan masakan kerana bawang boleh mencetuskan bau yang kuat yang boleh mengakibatkan bau pada badan kita.

4) Memakai Pakaian Yang Sesuai

Anda hendaklah bijak memilih pakaian yang sesuai dengan anda untuk mengelakkan bau badan. Elakkan daripada memakai pakaian fabric atau menyerap peluh kerana ia akan mengakibatkan peluh yang melekat pada badan itu menjadi bau yang kurang menyenangkan.

Anda juga hendaklah menyimpan pakaian anda di tempat yang mempunyai aliran udara supaya ia bau busuk sekitar anda atau cuaca lembap melekat pada pakaian anda.Anda juga tidak digalakkan memakai baju yang sama, sebaliknya kerapkanlah menggilirkan dan membasuh baju anda

5) Berhenti Merokok!

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan atau membazirkan duit si perokok, malahan jua ia adalah antara punca masalah bau badan. Tembakau di dalam rokok juga akan menghasilkan peluh yang menghasilkan peluh yang berbau.

Bahkan jika anda berhenti merokok, bau itu akan melekat di badan dalam waktu berminggu-minggu.

6) Berjumpa dengan Doktor Pakar

Jika anda mempunyai masalah bau badan yang berkekalan walaupun sudah melakukan pelbagai cara untuk mnghilangkannnya, dinasihatkan supaya anda segera berjumpa dengan pakar bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia mungkin disebabkan perubahan pada hormon, diabetes, radang tersembunyi atau lain-lain lagi.

Penampilan kita hendaklah sentiasa dijaga supaya kita dapat mengekalkan aura positif di dalam diri kita. Penampilan yang menarik dan kebersihan juga penting supaya kita mudah berkomunkasi dengan orang luar, sekaligus memudahkan orang dekat dengan kita. Ambillah langkah-langkah yang sewajarnya supaya dapat mengatasi masalah bau badan ini.

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertangungjawab terhadap proses berpeluh yang mana ia bersambug terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium, atau elektrolit.

Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organic yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bacteria, ketiak atau kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya di tukar ke dalam bentuk sisa buangan ataupun toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluan penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranyan system pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengaggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetic dah kelenjar yang sangat aktif.

SUMBER GOOGLE...

So kaedahnya memang banyak cara nak atasi masalah berbau...paling utama kena jaga pemakanan....sistem pencernaan pun masalah utama rupanya sampai menyumbang...paling penting wanita kena la jaga kebersihan...bukan wanita je...lelaki pun sama kan...kadang2 ada jugak lelaki menghadapi masalah macam ni....ikutkan aku hairan jugak...yang empunya badan tu x notice ke badan dia berbau kan...ke dia memang sedar dan x peduli...bahaya weh..sebab kita bekerja...berhubung dengan ramai orang ...kalau x jaga kebersihan dan badan berbau confirm ramai yang x selesa....cuma aku x tau la nak inform si polan tu macam mana sebab memang dah tahap teruk dah masalah yang dia hadapi...ikutkan kesian....tapi dia kena la buat sesuatu kan....korang boleh bagi pendapat x macam mana aku nak bantu dia dalam menangani masalah bau badan ni...bukan xde orang yang tegur..ada...tapi tetap x membantu malah tetap sama keadaannya....macam mana erk....bantu la aku korang.....buntu ni........

Wednesday, October 29, 2014

WW~Pesanan Buat Lelaki.....


Rabu tanpa Kata kata....
Macam best plak pesanan yang aku jumpa masa browsing kat FB ...x tau la sapa yg create...
Apa pandangan kamu wahai wanita?

Jom komen...kita tgok ada betul ke x kata2 diatas....

Cheating Day....

Hari ni bawak bekal...tp bukan la bawak byk...just utk alas perut je...mlm td aku masak tom yam campur...x susah pun sebab main lebur je...bahan semua ada...kalau dapat letak cendawan pun best...so mlm td mkn tom yam je...no nasi...

Pagi td sempat buat telur dadar...masak nasik 1 pot...then bawak sesenduk lebih skit je...jadi la utk tghari...jgn x mkn kan....




Alhamdulillah kenyang....itupun x abih nasi...entah la tekak aku ni...
Srjak diet nasi ni mmg bila tgok nasi rasa mcm x bernafsu....
Bukan banyak pun nasi tu...dah biasa kot ..cuma aku lom pi timbang je ni....
Ntah berapa ntah berat aku...malas nk pi timbang...
Cuma ada la yg tegur...ckp aku kurus dan aku notice baju2 keja aku dh longgar dan besar...
Seluar pun dh longgar ni....aisey.....rasa macam pakai baju pinjam plak dh ni....
Misi berjaya?
Belum sepenuhnya kot......selagi x timbang kan?

Alhamdulillah....


5 tempat paling menyeramkan di Dunia...


Terdapat banyak tempat di dunia ini dengan sejarah gelap. Kebenaran setiap cerita tidak dapat dipasti, tetapi kita percayai bahawa apa yang kita dengar adalah kemungkinan kisah benar.

Kami telah memilih beberapa tempat yang paling menyeramkan di dunia yang sering diperkatakan. Beranikah anda melawat tempat - tempat yang seram ini?

The Screaming Tunnel, Warner Road Canada


Tempat ini mengisahkan bahawa seorang gadis muda yang diperkosa di dalam terowong dan badannya dibakar mati. Sejak itu, terowong ini dipercayai dihantui oleh roh gadis itu. Menurut mereka yang menentap berhampiran, jeritan gadis muda dari terowong ini sering didengar dan fenomena ini dipercayai menjadi asal nama terowong tersebut. 

Wilson Hall, Ohio University


Lagenda tempatan menceritakan bahawa seorang gadis bunuh diri sebaik sahaja menulis tentang syaitan dan perkara ghaib di dinding dalam biliknya dengan darah sendiri. Bangunan ini mempunyai lima kubur yang membentuk pentagram yang mengelilingi kampus menandakan simbol syaitan

Bandar Hantu Fengdu, China


Tempat ini digelar sebagai bandar hantu kerana ia dikatakan menjadi persimpangan antara bumi dan dunia ghaib. Fengdu dihiasi dengan patung aneh yang mengambarkan pelbagai aksi penyeksaan syaitan. 

Difahamkan, pengunjung yang melawat dengan bersikap baik akan dihargai baik sebaliknya jika bersikap jahat, mereka akan dihargai dengan kejahatan yang mengerikan.


Muzium Tuol Sleng Genocide, Kemboja


Pada zaman pemerintahan orang putih, tempat ini dijadikan sebagai penjara untuk menyeksa dan membunuh mangsa tahanan. Penduduk dibunuh degan kejam, manakala wanita dirogol dan diseksa hingga mati. Sebanyak 14.000 warga Kemboja yang dibunuh dalam bangunan ini. Tetapi kini, lokasi ini dijadikan muzium untuk mengenang peristiwa itu. Pelbagai perkara aneh akan berlaku di tempat ini pada waktiu malam. 

Hutan Aokigahara, Jepun


Warga Jepun sering menjadikan hutan ini sebagai tempat bunuh diri. Sejak tahun 1950-an, lebih dari 500 kes bunuh diri direkod di Aokigahara. Mayat-mayat dikatakan boleh berpindah sendiri secara misteri dan yang paling menyeramkan ialah, lokasi ini sering dijadikan sebagai tempat pelancongan. Berani pergi? 

Kredit Foto: Nadicosmic/zamrispoon


Demam Nak Tumbuh Gigi

Terkejut aku masa balik kerja Sabtu lepas....sampai2 je Abah amik...tnya Dania mana baby x ikut..selalu ikut kan...Abah cakap baby demam....alahai....kesiannya....sedih plak dengar...aku bukan boleh kalau baby demam ke sakit perut ke....menusuk ketangkai hati sakitnya tu....biar orang demam sakit jangan baby yang sakit...diorang bukan tau ngadu ke...bg tau apa yang sakit ke...kang diorang duk nangis...merengek....tp salute ngan Qhaira....demam pun aktif...pas tu xde nak merengek ke nak nangis ke...sebijik macam Dania...baikkkk....je dia....

demam pun tetap nak manja ngan atuk....
bertampal dahi ngan cool fever...tgok lidah dia tu...ke tepi je macam cuba menolak sesuatu...
bungkus ngan tuala basah...jngan guna ais ye...guna air paip tu je....guna ais x elok...
alolo...sian betul....tp dia rileks je kan...

Baru 7 bulan nak tumbuh gigi dah....cepat betul...kerja lain belum buat lagi tu....bila dah bungkus ngan kain basah tu surut kejap la panas...pas tu panas semula....masuk ubat bontot....surut balik panas...last2 pergi jugak klinik...doktor cakap demam biasa je...badan sejuk tp kepala dia panas tau....itu yang kesian sangat tu...pas tu...muntah...hilang 300gram berat badan dia....nampak susut skit....tp tu la...demam2 pun...selera makan tu ada je....

Yang kelakar atuk siap buat tangkal x nak bagi baby muntah2...korang nak tau guna apa?
guna tali kasut kaler hitam yang dah digunakan....haaa....ko mampu?orang kalung rantai emas kat leher cucu...atuk kalung tali kasut kat leher Qhaira..hahahah....tp kebetulan kot...sejak pakai tali kasut tu memang x muntah2 dah...sampai la semalam....terus tanggalkan...

Atuk cakap petua orang dulu2....x tau la kat mana betul nya.....korang pernah dengar?

Any comment?

Tuesday, October 28, 2014

Kudapan Lepas Lunch...


Hi korang...
Lunch mkn apa td? Aku mkn mushroom soup ngan garlic bread...alhamdulillah kenyang...
Pastu td ada beli buah tembikai susu...ada yg bg aku french fries ni ha....mkn sambilbuat keja la ni....lately perut x leh kosong sgt..... 



Macam mana migrain aku?
Dah ok skit...but masih sengal2 la....mls nk mkn panadol...aku buat bodoh je....
X nak layan sgt2...kang layan kang aku yg stress...

Macam mana kerja kat tempat baru????

Makin bz....makin mencabar...makin berlambak keja....

Hari2 la aku balik lambat ni......




Replacement Leave

Assalamualaikum. ..
Macam yg korang tau semalam aku amik Replacement Leave kan..kitorang dpt 1 hari cuti ganti untuk Awal Muharam so aku gunakan semalam sebab dah letih dan kebetulan aku dilanda migrain yang teruk dari petang Ahad...kebetulan plak Qhaira pun demam...korang tau la baby kalau demam macam mana kan...mmg perlukan perhatian...kesian tgok dia demam...

Yang ni update semalam...pg tu aku kena jadi baby sitter kejap..Abah ngan mak pi pasar...sib baik si kembar lena tido...Qhaira dh bangun aku pindahkan ke ruang tamu...tp korang nak tau apa keja dia?

Tadaaaa....dia kacau kakak Adel....


Jangan..nanti kakak marah kang....


Lagi larang lagi dia buat...

Last2 kakak Adel pun bangun....

The best part is....

Mama lepak kat sofa sebab sakit kepala....tiba2 terbau something...Adel cakap..bau apa ni mama?

Erk....Qhaira berak???? 

Alaaaaaa.....knp Qhaira berak....mama dh lama x cuci baby berak....adoi la....nak x nak terpaksa la aku cuci...uish...lama kot x buat...nak x nak kena la cuci...x kan nak biarkan dia dengan berak kan....

Teruk Qhaira tau dera mama....dah la mama tengah migrain....

Hari ni aku dh start keja dh...dan dh start bz....minggu ni mmg hectic...

Sabar yo la....


Monday, October 27, 2014

Petua Menghilangkan Migrain


1. Merendam Tangan dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.



Aku cuti hari ni..terpaksa ambil replacement leave sebab diserang Migrain yg teruk dari semalam...penat sangat pindah opis kot...pinggang pun tgh sakit lg ni...
Rasa nk pecah kepala dh ni ...esok la aku catch dengan korang lg...ok?

Sunday, October 26, 2014

Hidu Kentut Baik Untuk Kesihatan?


Satu penyelidikkan unik telah dijalankan oleh Universiti Exerter di England bagi mengkaji kesan pendedahan hidrogen sulfida. Kimia tanpa warna tersebut boleh terhasil dari badan manusia dalam bentuk gas seusai tubuh memproses makanan.

Jurnal perubatan Chemistry Communications ada menyebut bahawa gas hidrogen sulfida sebenarnya kunci utama untuk mencegah kerosakan mitokondria lantas merawat pelbagai penyakit.

"Gas hidrogen sulfida dikenali secara meluas sebagai bau yang kurang menyenangkan, datang dari telur tembelang mahupun gas yang keluar kerana perut kembung.

“Ia terhasil secara semula jadi dalam tubuh badan dan sebenarnya mempunyai implikasi besar dalam penjagaan kesihatan malah menjadi elemen penting dalam kajian perubatan pelbagai penyakit masa depan," jelas Dr. Mark Wood.

Meski hidrogen sulfida berbahaya dalam dos yang besar, menghirup dalam jumlah kecil mempunyai signifikan untuk mengurangkan risiko kanser, strok, serangan jantung, artritis, dan demensia. Perlakuan tersebut sekaligus dapat memelihara mitokondria.

Menurut professor di Universiti Exeter, Dr. Matt Whiteman menjelaskan bahawa para penyelidik kini sedang giat untuk mereplika gas semulajadi itu kerana kelebihan yang ditawarnya.

Jadi mungkin selepas ini jika seseorang melepaskan 'gas beracun' di sekeliling kamu, jangan pula terus melenting ya?

SUMBER

Dah kenapa bau kentut plak baik untuk kesihatan....bau kentut sendiri x per la kan...tiba bau kentut orang lain confirm pengsannnn....aduhai....mengarut betul diorang ni menyelidik....x tau la sejauh mana kebenaran tentang artikel di atas...baca boleh...percaya tu macam....susah la nak percaya...

Awet muda luar biasa


awet-muda-luar-biasa

Sesiapa pun pasti tidak percaya melihat wajah wanita ini. Apasra Hongsakula lahir pada tahun 1947 di Bangkok Thailand, namanya mula menjadi perhatian umum selepas memenangi Ratu Cantik Miss Universe pada tahun 1965 ketika berusia 18 tahun, dan merupakan jelitawan pertama dari Thailand yang memenangi gelaran itu.

Apa yang menarik, selepas 50 tahun, wajah Apasra langsung tidak menunjukkan perubahan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan dia nampak semakin cantik dan tentunya, langsung tidak menggambarkan usianya kini iaitu 67 tahun.

Ada yang mendakwa, bagi mengekalkan kemudaan wajah, dia melakukan pelbagai rawatan anti-penuaan berjumlah 2.5 juta Baht (RM 253,289).

Bagaimanapun, ia dinafikan pengurus Apasra dan memberitahu wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja diluruskan dan mungkin itu menjadi penyebab ratu cantik itu kelihatan muda.

SUMBER

Al Fatihah...

Sekali lagi dalam masa terdekat kami kehilangan kawan sekerja....Abang Azli yang accident last week telah pun kembali ke rahmatullah petang semalam...mungkin itu yang terbaik untuk arwah dan moga allah mencucuri rahmat buat nya..semoga arwah ditempatkan di dalam golongan yg terpilih...sedih...memang sedih...tp kami redha...semua kuasa Allah...Abg Azli pergi pada Maal Hijrah dalam keadaan masih  koma....Alfatihah buatvkeluarga Abg Azli..

Innalilahiwainnailaihirajiun. ....

DariNya kita datang...kepadaNya kita kembali..

Saturday, October 25, 2014

Misi Terakhir....Macam Nak Patah Pinggang....

Akhirnya settle jugak punggah barang dari opis lama ke opis baru...seawal kul 9 am aku dh sampai opis...laaaa semua laluan tutup...terpaksa ikut laluan lai...naik level 11 aku sensorang je...yg lain2 x sampai lg...cisss bedebah sungguh....
Agak2 kul 10 mcm tu baru diorg sampai...pi opis lama bg settle punggah semua brg termasuk PC... 


Bila la nak abih susun ni....adoila....


Ni yg kat pantry...


Tempat duduk aku sebelum ni


Bilik bos dh kosong...


Pas tu aku terus unpack segala file...sorang2 tau xde yg tolong

V


V


V


V


Akhirnya jd mcm ni...

V


V


Sakit pinggang...penat...


Dh x ghuper orang dh....x peduli sekeliling....


Tipu....nak tido tp leh amik gambar...haga....

Dah settle semua file2 dept aku..tinggal barang2 lain je....letih oi aku sensirang buat....rasa nak patah segala tulang temulang....esok aku x dtg dh...part aku dah settle so aku terus balik Seremban petang ni...

Ngam2 kul 3.30pm aku cabut....x larat...siyes rasa nak tido je ni.....
Dapat tilam ngan bantal sedap ni kan....


TMJ sah suami Cik Puan Khaleeda..

Sama cantik sama padan bagai pinang di belah dua..Selamat Pengantin Baru buat TMJ dan Cik Puan Khaleeda...

tmj-sah-suami-cik-puan-khaleeda

JOHOR BAHRU, (MLP) - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat melangsungkan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Cik Puan Khaleeda Bustamam di Istana Bukit Serene hari ini.


Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dilihat berangkat memasuki pekarangan istana tepat pukul 10 pagi dan keluar sekitar pukul 12 tengah hari selepas sah bergelar suami isteri.

Pasangan yang mengenakan busana pengantin berwarna putih itu sempat mengukir senyuman dan melambaikan tangan ke arah wartawan serta jurugambar yang menanti di luar istana.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berangkat ke istiadat tersebut bersama-sama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar.

Tetamu-tetamu kenamaan lain seperti Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan barisan Exco kerajaan negeri dilihat mula memasuki pekarangan istana kira-kira pukul 8 pagi.

Istiadat pernikahan mempelai dilaksanakan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin. Pasangan bahagia tersebut dijangka melangsungkan majlis persandingan di Istana Besar Johor pada 8 November ini.


Friday, October 24, 2014

Segmen Bloglist October Irrayyan.com



Sertai segmen bloglist bersama irrayyan.com

 fb.me/irrayyandotcom    google.com/+irrayyandotcom twitter.com/irrayyan    instagr.am/rayyankataTuan rumah SA xde twitter ye...Jom join jom...sila klik banner untuk join...


Salam Maal Hijrah Dari Suriaamanda...


Salam Maal Hijrah....
Moga allah mengampunkan dosa2 kita yang lalu dan kurniakan taufik dan hidayahNya
pada tahun2 yang mendatang...
INSYAALLAH....
Semoga dengan hadirnya tahun baru ini kita dapat menambah amalan dan diberkati olehNya...
Amin...





Jejak Kasih 24.10.2014


Jumpa kembali dengan 3 ekor kesayangan yg mama dia dh tinggalkan 2  bulan lebih....
Ambik dan letak semula kat workstation baru. .Kesian kena tinggal eh....
Korang jgn ingat aku mcm budak2...ni ted yg dania titipkan untuk aku jaga kecuali si panda tu hadiah dari ex boss dulu....
Kira jejak kasih la hari ni.....rindu kan ted ni...oh rindu kat Dania....

Hoihhh....letih ni tau....ada yg ckp x pe esok cuti....xde maknanya...esok aku kerja....ni nak unpack berpuluh2 kotak ni rasa nak patah pinggang....
Sabar je la kan....buat je keja....

Hey bunga aku dh kembang mekar tau...nanti aku snap gambar....

Workstation Baru....

Pulang semula ke block 4...hihihi...apa kejanya la kan asyik pindah randah..lucky masa aku pindah dept ni x bwk semua barang sebab temporary je kan..kalau aku angkut semua barang aku hari tu sure nyesal x sudah..huhu..so..balik semula ke level 11 tp workstation yang lain....Isnin ni start keja dari level 11...


Workstation baru...


Ni tempat baru aku...

Hari ni akan tambah hectic la dunia aku...semalam balik kerja pun dh lambat. 
Penat pun x hilang lg.. ari ni dh start move skit2 barang dept ni...sure balik lambat jugak   
Bertabah la kan...tp semua mmg kena settle by this 3 days...bab unpack tu yg x larat tu...
Sorry la korang...ari ni x dpt nk up entry mcm selalu...mlm td dh penat so x sempat nk buat auto publish entry mcm selalu....




Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah