Wednesday, August 6, 2014

Keep Boycott...Pray For Gaza...


Assalamualaikum. ...
Tak salah nak boycott...tp boycott cara berhemah..bukan main ikut orang je kan....yang penting apa yg kita boycott tu jgn dilabelkan sbg haram...kita boycott untuk selamatkan saudara mara kita di Palestine yang sedang bertarung nyawa...buat apa kita support mereka lg kan....
Kat bawah ni antara brg yg di boycott





Setiap kebaikkan walau kecil akan melahirkan kebaikkan yang lain....
Marilah kita terus berdoa...agar saudara mara kita disana tidak terus dizalimi
Meh baca pesanan ni..

Nasihat yang baik tentang kempen boikot terutama boikot McD:-
Kempen boikot tanpa ilmu jawabnya maksiat dan kezaliman.
Saudara kita bukan sekadar di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki kerja part-time di McD
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Jihad akan jadi jahat, ibadah akan jadi maksiat apabila dilakukan dengan melanggar syara'.
TITIK.
[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya]
Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.
7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.
Inilah pendirian saya. TITIK.
Wallahua'lam.

-Mohd Masri bin Mohd Ramli-
Dari fb Ustz Mohd Masri bin Mohd Ramli, UIA.
**

Kempen boikot, McD terutamanya, dilihat semakin melampaui batas sehingga ada pemboikot yang sengaja masuk ke kedai lalu memaki dan meludah pekerja McD. Kempen yang pada mulanya dianggap ibadah dan jihad akhirnya menjadi medan penambah dosa apabila disertai caci maki dan tindakan yang mendatangkan kesakitan serta menjatuhkan maruah orang lain yang 'dilihat' tidak memboikot. Itulah masalah apabila kita buat kebaikan, kita rasa kita jauh lebih baik dari orang yangbkita lihat 'tak buat apa-apa'. Dalam kesibukan berusaha memboikot produk yang ada kaitan dengan negara haram yahudi di Palestin, ramai pula yang terlupa memboikot 'sikap dan gaya hidup' yahudi dari dalam diri masing-masing.

17 comments:

  1. Salam kak..betul tu, boikot memang hak kita, tapi kadang-kadang rasa macam ada yang boikot terlalu ekstrim..Wanie rasa itu tak perlu..

    ReplyDelete
  2. jom i dah follow your blog n G+... jom follow me back... :)

    ReplyDelete
  3. sebelum boikot fahami dulu erti boikot yang sbtulnya

    ReplyDelete
  4. boikot jangan tak jelas sebab...yang penting hati kita kena betul-betul boikot...jgn seprauh jalan je kan kak..In shaa Allah!

    ReplyDelete
  5. dulu orang dah boikot, tapi saya buat tak heran je
    lambat datang kesedaran tu
    sekarang, slow-slow la
    walaupun tak semua kita mampu boikot
    tapi usaha kita yang sedikit ni harap dapat membantu saudara islam kita di sana

    ReplyDelete
  6. setuju dengan pesanan Ustaz Mohd Masri...setiap perkara ada had nya...

    ReplyDelete
  7. Betul tu SA ... boikot biarlah secara berhemah ... x pasal2 kita pula yang dpt dosa ...

    ReplyDelete
  8. Jangan main ikut sahaja apa yang orang buat bila kita sebenarnya tidak memahami apa-apa...

    ReplyDelete
  9. sturbuck memang dah disahkan oleh pihak Jakim haram kan SA.

    ReplyDelete
  10. nice entry kak. ada je yang tak faham makna boikot. yg penting bukan ikut pada emosi

    ReplyDelete
  11. boikot jgn ikut perasaan..huhu

    ReplyDelete
  12. gempar dah sekarang rakyat malaysia bersatu padu nak boycott..
    Jom sama2 kita boycott!!

    ReplyDelete
  13. Nak boikot takper boikot la tapi jangan la buat orang lain camtu ..kesian diaorg ..apa kata orang lain buat camtu kat ahli keluarga kita ..TERASA TAK ?? Lya pon tak paham ngan cara pemikiran orang kita ..Pelik betul kan ??

    ReplyDelete
  14. Boikot dengan cara berhemah ..Kita kan orang ISLAM ..ISLAM itu tak mengajar kita menindas dan melakukan kezaliman ..

    ReplyDelete
  15. suami ari tuh nk beli maggi sy xbg

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......