Tuesday, August 12, 2014
Good Read....
Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.
Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah. Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka. Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon. Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing. Ustaz Rahim tersenyum lagi.
Wahai anakku..
Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan. Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi. Gembirakah org sekeliling kita bersama diri kita? Musahabah diri.. =)
Sharing is loving....
Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah
nice sharing.. singgah petang di sini
ReplyDeletegood sharing, macam lauk kenduri, kalau nak cepat, letak lauk dekat rakan semeja sebelah kiri sebelah kanan dulu :)
ReplyDeleteNice sharing :)
ReplyDeletenice one, tu la orang skang suka berebut untuk diri sendiri macam tiada hari esok, walhal kalau kita tak dapat, tapi orang sebelah dapat pun dah kira ok kan.
ReplyDeleteNice sharing akak..=D
ReplyDeletevery nice sharing...jenguk blog pesona ya..http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/2014/08/segmen-mengenali-wajah-blogger-malaysia.html
ReplyDeletex habis lagi baca dah boleh agak.. thanks sharing kak..mmg betul2 buat sy terfikir :)
ReplyDeletegood sharing..
ReplyDeleteayat makan dalam.. tp bermakna..
ReplyDeleteMasyaAllah, takutnyaaaaaaaaaa....
ReplyDeleteNice sharing..sama2 kita muhasabah diri
ReplyDeleteye.betul tu :)
ReplyDeletebyk pgajaran dr cerita nih
ReplyDelete