Wednesday, August 27, 2014

Astro Mohon Maaf

Pelangan Astro yang dihargai,

Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.

Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.

Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.

Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.



Suriaamanda : yeayyyy boleh tgok HBO...

13 comments:

  1. TQ bagi info...boleh tgk sampai lebam bijik mata..Mendeka!!

    ReplyDelete
  2. ooo patut la ade satu hari tuh ramai yg bising psl astro..

    xtau sbb umah xde astro..hehe

    ReplyDelete
  3. Good job astro
    Tp sue x de astro..

    ReplyDelete
  4. So tengoklah tv dr siang ke mlm ... hehe tambah2 cuti hari merdeka lg :)

    ReplyDelete
  5. Sakanla siapa yg langgan astro..

    ReplyDelete
  6. Patutlah haritu.. hehe

    ReplyDelete
  7. Oooo..saya tak perasan pun ada gangguan masa tu..sebab tak tgk TV..masih dijalanraya masa tu

    ReplyDelete
  8. tak apalah. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku kat staff sana. tapi memang channel yang direcord x boleh play eh

    ReplyDelete
  9. yessssss..suker suker sukerrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  10. tengok TV sampai lebamlah jawabnya ni banyak siaran boleh tengok :)

    ReplyDelete
  11. astro nih kne upgrade sistem diorg..still xpuas hati

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......