Thursday, August 21, 2014

5 Cara Menghukum Anak Yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

Kadang2 kita x sangka yang kita bertujuan mengajar anak kan...tp ada langkah yg kita harus tau especially pantang larang dalam memberi hukuman seandainya anak kita buat salah....

1. Memukul wajah

Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan."

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.


Sharing is caring....

17 comments:

  1. hukumlah dengan cara yang berhemah dan berkesan

    ReplyDelete
  2. great piece of sharing kak, setakat ni hukum dengan suara yang tinggi sikit jer...tu pun dah cembeng...errrr...garang ek Mummy???

    ReplyDelete
  3. ye kak..
    adab sebagai ibu bapa pun kena jaga..
    cuba juga tahan kemarahan.
    btw kat rumah mmg ada rotan..utk mengingatkan je..

    ReplyDelete
  4. Great sharing ;)

    ReplyDelete
  5. menghukum tu perlu tapi biarlah bijaksana...^_^

    ReplyDelete
  6. tips yg berguna...supaya tak terlajak marah

    ReplyDelete
  7. Memukul biar bersebab dan x melebihi batas2 yg islam anjurkan.

    ReplyDelete
  8. nice sharing, anak adalah tanggunhjawab kita, bukan lawan...

    ReplyDelete
  9. Huhu.. Terima kasih mnginagtkan..

    ReplyDelete
  10. selalu gak berada dalam keadaan num 2 & 4...


    YA ampun...sian si anak...

    tapi apakan daya mama eh penat gak keje...

    hope lepas nie leh control mana yg patut...

    tq 4 sharing sis

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak, nice sharing. thanks, peringatan untuk sheila .. in shaa Allah, semoga tabah hati ni dalam usaha mendidik anakanda Adam membesar jadi anak yang soleh. Amin Ya Rabbal Alamin...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......