Kadang2 kita x sangka yang kita bertujuan mengajar anak kan...tp ada langkah yg kita harus tau especially pantang larang dalam memberi hukuman seandainya anak kita buat salah....
1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”
2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."
3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."
4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan."
5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.
Sharing is caring....
terima kasih untuk tips...
ReplyDeletehukumlah dengan cara yang berhemah dan berkesan
ReplyDeletegreat piece of sharing kak, setakat ni hukum dengan suara yang tinggi sikit jer...tu pun dah cembeng...errrr...garang ek Mummy???
ReplyDeleteIn shaa Allah...
ReplyDeleteye kak..
ReplyDeleteadab sebagai ibu bapa pun kena jaga..
cuba juga tahan kemarahan.
btw kat rumah mmg ada rotan..utk mengingatkan je..
Great sharing ;)
ReplyDeletemenghukum tu perlu tapi biarlah bijaksana...^_^
ReplyDeletetips yg berguna...supaya tak terlajak marah
ReplyDeleteMemukul biar bersebab dan x melebihi batas2 yg islam anjurkan.
ReplyDeletenice sharing, anak adalah tanggunhjawab kita, bukan lawan...
ReplyDeleteNice Sharing SA
ReplyDeleteHuhu.. Terima kasih mnginagtkan..
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteThanks ingatkan ....
ReplyDeleteselalu gak berada dalam keadaan num 2 & 4...
ReplyDeleteYA ampun...sian si anak...
tapi apakan daya mama eh penat gak keje...
hope lepas nie leh control mana yg patut...
tq 4 sharing sis
Assalamualaikum kak, nice sharing. thanks, peringatan untuk sheila .. in shaa Allah, semoga tabah hati ni dalam usaha mendidik anakanda Adam membesar jadi anak yang soleh. Amin Ya Rabbal Alamin...
ReplyDeleteperkongsian yg bgus kak
ReplyDelete