Sunday, August 31, 2014

Top Komentator August 2014

Top Comentator

Azhafizah Md Nor (77)

Normi Nieza (65)

suhailah hamid (62)


Alhamdulillah....untuk ke sekian kalinya aku umumkan top komentator untuk August 2014

Jatuh kepada 3 yang teratas tuh....tahniah buat 2 komentator baru iaitu Normi Nieza dan Suhailah Hamid...terima kasih sebab setia mengunjungi blog aku yang x seberapa ni...sila hantarkan alamat korang kat aku, untuk Azhafizah...akak dah ada alamat awak dah....

Suriaamanda@yahoo.com ( letak tajuk Top Komentator August 2014)

Tahniah buat semua juga......kita nantikan siapakah Top Komentator seterusnya untuk September 2014

Disini Lahirnya Sebuah Cinta...


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 57
Buat semua Follower Suriaamanda dan Rakyat Malaysia khususnya...

Disini Lahirnya Sebuah Cinta.....


Friday, August 29, 2014

Sakitnya Kena Buang Kerja...




Aku pernah rasa macam mana susahnya bila terpaksa di buang kerja....dengan anak masa tu kecik...aku plak ibu tunggal..pedih..perit hanya allah yang tau...hingga aku ambil keputusan nekad berhijrah ke KL...berkorban masa dan tenaga berulang di permulaan...berkorban perasaan tinggalkan anak...berhijrah terus ke KL....
Semoga semua 6000 pekerja yang terlubat tabah dan cepat2 dapat kerja....amin....

Buat Yang Bergelar Suami....

Untuk suami yang curang, bakal curang dan yang ingin nk curang baca dan hayati pesanan ini

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.


Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.

Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.

Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?

Suami : Tapi ustaz..

Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapatnya..


Sharing Is Caring....

Transform Yg.....Apekah!!!

Credit foto:FB

Nak pecah perut gelak tgok transformasi ni.....
Paling x menahan last sekali transform to Yuna....terbaik betul la....ni pun viral jugak ni dan dh tersebar meluas kat FB kalau x salah...
Semua pakat gelak bila aku tunjuk gambar ni...Kalau la bleh jadi mcm ni...for sure ramai yang nak makeover kan...

Perkongsian Jumaat

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
 ....
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
....
3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
....
4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...
*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...

Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang
Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.
Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)
ã…¤ ã…¤

Selfie Dalam Jammed?

Assalamualaikum


Hi korang...
Sekarang ni ramai betul nak popular...macam awek ni...dah kenapa dia duk selfie dlm jammed...macam2 hal dan ada je nak jadi viral...sebelum ni photoshoot pre wedding separuh bogel...xde la aku nak masukkan gambar x senonoh tu dlm blog aku semata2 nak dapatkan traffic tinggi...tp dua2 pengantin tu hanya di denda RM400...hurm....yang Kiki plak aku x Ingat kena denda apa dan dengarnya kena buat kerja2 amal ke apa ntah..
Macam2....

Thursday, August 28, 2014

Mesin Melipat Kain Doraemon!!!


Alangkah bestnya andai Doraemon tu betul2 wujud....
Boleh jugak request mesin melipat kain....xde mesin dapat robot pun ok kan...aku bab lipat kain ni mmg pemalas giler..

Sebab tu aku gantung je semua baju2 aku...agak2 free baru aku lipat...

Ada sapa2 amik upah Lipat kain x?

Bengong...Ingat ramai la yg amik upah lipat kain?

Ko lipat sendiri sudah.....

Ni kang x lipat buat semak mata je...ntah bila la nak rajin....

Doraemonnnn

10 Syarat Hamas Hentikan Peperangan....

Gencatan senjata dah bermula kan? Tapi adakah selamanya? Apakah ini helah Israel sebab kehabisan peluru...maybe tgh order dari US...keep on berdoa untuk saudara2 kita peeps...

Jom tengok syarat2 Hamas untuk hentikan peperangan...

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.





Semoga Allah melindungi semuanya....

Amin...

Penjelasan Tentang Hukum Tafakkur Dan Berkabung...

Hukum Tafakkur Dan Berkabung

Submitted by FatwaMalaysia on 21 August 2014 - 8:31am

Akidah

ISU:

Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

PENJELASAN:

Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidakl
ah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662
Wallahu a'lam.


** pelik tul la Ustazah dan Ustaz alam maya ni...ada je diorang ni nak jadikan isu...kalau x tau duduk diam2 xboleh ke...sendiri faham sudah la...ni mendabik dada x tentu hala...rujuk la pada yang lebih berilmu...harap kita semua faham dengan penjeladan diatas tu...


Mujibur Mari..Oh...Mujibur Mari.....

TARIKH : 26 OGOS 2014
LOKASI KEJADIAN : STESEN MINYAK BHP DAMANSARA JAYA

Cik abg singgah isi miyak kat sini...aku just jadi Queen Diva...duduk je tunggu dalam kereta...

Sambil tu perati je tgk staff BHP ni rajin2 belaka...

cuma kan bila aku tgok lelama....


Cashier = Bhaiya


Door Man = pun Bhaiya jugak....

Yang keluar jalan nk p lap cermin kereta = Punnnn Bhaiyya lagiiiii.....

Mana pegi Abg Ramli....Abg Ajis...Abg Sudin....

Tun Tuah pernah berkata:


Takkan Melayu Hilang di Dunia (baca dalam nada bergema)

 Ciss...dia tipu... sebab dia yang hilang dulu taawww

Mana erkk Melayu2 ni semua.....Jap aku cari....

v

v


v


v


v
mana adiks

v

v

mana abangs2

v

Yeayyyyyy....jumpa dah!!!!!!!!!!


AF Musim Baru ....Bhaiya tiada di sini..




Perhatian!!!
** Sila angkat tangan, siku paras dada dan pergelangan tangan berpusing macam nak tanggal mentol lampu sewaktu menghayati klip lagu ini**

Sumber > Google & Youtube

Wednesday, August 27, 2014

Collagen Cappuccino Plus Vitamin C

Hi korang...
Banyak plak product review aku bulan ni...Alhamdulillah rezeki...pg td dah up tentang produck Harum Malam...ni aku saje nak review bagi korang tengok product apa aku consume...dh 2 bulan dah aku consume dan dah nampak jugak kesannya...aku bertambah bertenaga dan insyaallah makin sihat....

Collagen Cappuccino Plus Vitamin C
Sangat sesuai diambil oleh wanita moden yang mementingkan aspek penjagaan kesihatan. Diformulasikan dari adunan herba2 terpilih dan bermutu tinggi diantaranya :

1. Collagen
  • Mengurangkan kedutan dan garis garis halus pada wajah
  • Mencantikkan Tisu kulit
2. Vitamin C
  • Sebagai antibiotik bagi mempertahankan sistem imunisasi
3. Guarana
  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Awet muda
4. Kayu Manis
  • Melancarkan Pengaliran darah
  • Mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol
5. Kacip Fatimah
  • Meningkatkan keindahan wajah
  • Melewatkan proses penuaan
  • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin
6. Manjakani
  • Melicinkan dan memelihara kulit
  • Mengecut dan mengetatkan rahim dan peranakkan wanita
7. Serapat
  • Memperbaiki dan menegangkan tisu
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit
  • Menguatkan otot dan sendi



Packaging...cantik kaler dia...


Di datangkan dalam bentuk sachet X 20 sachet

Cara hidangan :
Masukkan satu peket Collagen Cappuccino Plus Vitamin C kedalam secawan air panas,
Kacau dan minum


Aku tuang dalam mug


Masukkan air panas


Kacau dan minum....

Kandungan
  • Biji kopi terpilih
  • Krimer bukan tenusu
  • Gula
  • Collagen
  • Vitamin C
  • Ekstrak Guarana
  • Ekstrak Kayu Manis
  • Ekstrak Kacip Fatimah
  • Ekstrak Manjakani
  • Ekstrak Serapat
  • Ekstrak Mas Cotek
Berminat nak cuba?
Email me at 
suriaamanda@yahoo.com



Astro Mohon Maaf

Pelangan Astro yang dihargai,

Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.

Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.

Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.

Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.



Suriaamanda : yeayyyy boleh tgok HBO...

Review Product Harum Malam

Hi korang...

Pertama kali aku diberi peluang untuk review product Harum Malam yang dikeluarkan oleh Legacy Secret  yang mana ianya menjadi bualan hangat oleh mereka2 yang pernah dan sedang mencuba..Harum Malam yang ternyata berkesan dan memberi kepuasan kepada mereka yang mengamalkannya...

Jom kita tengok apa keistimewaan Harum Malam yang menjadi sebutan para gadis dan wanita di luar sana...

Harum Malam, supplemen dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa. Diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica yang dapat membantu mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh.
Hasilnya tubuh akan wangi semulajadi jika diamalkan berterusan. Ia mampu membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ianya juga dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberikan tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan aktiviti seharian.

Didatangkan dalam pek baru yang sungguh elegant dengan pemilihan warna yang mampu menarik perhatian pembeli, korang jangan terkejut pulak bila tengok pihak Legacy Secret keluarkan pek terbaru ni...kenapa?? sebabnya pihak Legacy Secret tak nak korang keliru dengan produk tiruan..so kena check betul2 botol Harum Mlam ni dan pastikan korang pilih yang ORIGINAL..eh...ada ke yang tiruan?ada uolls...so nak elakkan dari terbeli produk tiruan korang kena la beli dari Legacy Secret sendiri...

Kebaikkan produk Harum Malam
  1. Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual, bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering.
  2. Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  3. Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing.
  4. Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon.
  5. Mengurangkan tekanan
  6. membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan megurangkan kedutan
  7. membasmi masalah bau badan
Khasiat Lain Harum Malam
  1. Membantu menyegar & menyihatkan badan.
  2. Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
  3. Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
  4. Melegakan panas badan.
  5. Menegangkan payudara &mencantikkan payudara agar lebih sihat.
  6. Mengetat otot kewanitaan.
  7. Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  8. Menambah keharmonian suami isteri.
  9. Menyihatkan rahim.

Amalkan 2 kali sehari 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur, disarankan juga agar ini di consume oleh mereka2 yang sudah berumahtangga kerana  produk ini dapat merapatkan organ intim wanita, yang belum berkahwin boleh mengelakkan dari jangkitan keputihan dan membasmi masalah bau badan...

Ibu mengandung tidak dibenarkan untuk consume produk ini.

Jom kita tengok pulak Info- info Keselamatan Produk Legacy Secret

Pastikan logo sebenar Legacy Secret


Antara cara-cara mengenal pasti ciri-ciri keselamatan produk Legacy Secret
Mengenalpasti Label Asli Legacy Secret adalah penting bagi mengelakkan kesan sampingan ketika korang consume product Harum Malam ini.

Jom kita check betul2...mencegah adalah lebih baik dari mengubati kan?


1. Pengesahan melalui visual - Lihat perkataan "LS" dari sudut serong 15 darjah.



2. Pengesahan melalui sentuhan


Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari pada botol produk



3. Pengesahan melalui QR WeChat

Imbas kod product dan info yang diberikan



PERINGATAN!!!

1 QR kod hanya boleh diimbas 5 kali sahaja
Sekiranya melebihi had anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk
pastikan membeli produk yang ORIGINAL untuk mengelakkan kesan sampingan
WeChat ID  : harummalam

Video rujukkan :



SUMBER RUJUKAN







Tuesday, August 26, 2014

Saya Mau Semua Daging Itu!!!!

Hi korang....
Korang suka pergi supermarket? X kisah la mana2 supermarket pun....aku kalau masuk supermarket or bahagian grocery mana2 mall mmg ni ler tempat utama aku tuju...x tau la kenapa...apakah sebab faktor umur? Apakah sebab aku suka masak? Hihihi...ntah la...yangpenting aku suka..If muda2 dulu tempat kain baju yang dituju dulu kan...or tempat kasut and bag tangan...x pun tempat mekap....tp aku terima la hakikat umur aku memang la ke arah tempat2 cenggini....rambang mata dibuek eh....sayur2 dan buah2 semua fresh...geram wooo....

Macam2 jenis daging ada wey...apa je ko nak...just name it....sirloin steak..lamb chop...tenderloin.....yg ko x pernah tau pun ada...but harga....ermmmm.....dahsyat la....nama pun mall canggih.....

Jom kita tengok apa yang ada...


Ayam dan Itik...Row atas tu daging itik


Lamb...mcm2 potongan ada...


Lamb shank..lamb chop..Lamb leg steak...


Kepingan ayam yg dh di marinated...Uishhh..macam2 ado ha....


X sempat nk tgok betul2 amenda ni....


Marinated Ribeye and Striploin.....ermmm dapnya....itu bukan harga sekeping tau....itu harga per 100g....


Duduk sorang boleh la beli...cer aku 1 family ada 7-8 orang...mau terduduk nak bayar...
Tapi kalau dh teringin jugak...ah...ada aku kisah...aku beli je...janji dapat makan..janji puas hati...ari ni duk citer bab daging je...pagi tadi craving ribs...lama x pekena...
If buat bbq pun best kan...aduyaiii....semua nak buat...ko ada cuti ke Senah oiii.....

Sedey....plan ada je...tp cuti xde....

Apa pun....Saya Mau Semua Daging Itu!!!!! Tak kira....Nak jugak!!!



Survey Pemakaian Jam Tangan


Jom tengok korang yang mana satu jom...
Ini survey untuk suka2 je tau...bukan semestinya betul...kang ada plak yang kecam aku sebab x kena pun dengan diri dia...haaa...harus nak kena wachaaaa ngan aku kang...huhu...
Well...sapa2 yang pakai jam tangan kat tangan kiri eh gang aku...hihii...pernah cuba gunatangan kanan sebab Dato' Fadzillah Kamsah ajar dan bg tau buruk dan baiknya...tp kejap je la sebab aku x selesa...rasa macam janggal dan lain macam...so sejak dari itu aku pakai kat tangan kiri semula...sampai la sekarang....jam ni mainkan peranan penting tau...cer korang terlupa pakai untuk sehari...sure haru biru....kan?

Mata Kucing Kampung

Hi korang...
Pernah makan buah mata kucing kampung x? Mustahil x pernah kan...aku sebenarnya suka sgt dengan buah ni...tp x boleh nak mkn banyak...buah ni kawan opis yg bawak..dengan tangkai2 sekali dia bwk td...actually kat opis baru ni macam2 makanan diorang bawak tau..makan sama2 dah macam adik beradik dh..


Sedap....manis..Buah mata kucing kampung x sama dengan yg di jual yg kat pasar mlm or kedai2 buah tu ye...yg kampung ni buahnya kecik comel je....

Yang ni dh aku cerai2kan letak dlm bekas...basuh dulu baru makan...

Cuma aku memang x leh makan banyak buah ni...buah yg Longan tu pun x leh makan byk even aku suka sgt2...sebabnya nanti aku cepat batuk...bila dh batuk...aku akan semput...
Bila dh semput aku akan demam dan hospitalize...x nak la mc lg...aku nak sihat dan nak kekalkan reputasi....poyo je ayat...ye tak...
Nak berjaya semua kena jaga...ye x...


Craving Ribs Yang Seksi....

Gambar sumber Instagram

Lambat bersiaran hari ni...X sempat nak buat auto publish entry sebab aku sgt2 bz lately....
Masa untuk diri sendiri pun xde...dengan diserang migraine yang sgt2 hebat...rasa nak ku hantuk je kepala ke dinding...sib baik Iman kuat lg...ngeh..ngeh..ngeh.....

Semalam masa kat surau...aku belek2 Instagram...aku ada follow @bobrepublicburgerbakar pas tu ternampak plak gambo ribs ni....terus terbayang2 u olls...mengancam kalbuku betul la...nak pi Tony Romas xde yg nak banje mkn...hahaha.... 
X de la...boleh je if nk mkn kat Tony Romas...tp harga mencekik la kan...tup2 ternsmpak plak ribs ni kat insta tu...terus tgok harga...eh...eh....murah la.....tp kat Bangi la plak...ermmmm xde ke kat cawangan lagi dekat eh....banyak je kot branch Bobrepublicburgerbakar ni...bukan setakat burger bakar je dia jual...ribs.steak...amenda ntah lg byk just aku x explore abih...ater nak explore cemana...asal aku tgok gambar je aku terliur...

Sesapa nak mencuba or nak bg aku terliur boleh pi follow insta diorg....
Tapi if korang terliur jgn salahkan aku....hihihi......

Monday, August 25, 2014

Petua Ayah....


Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.

”Ada duit? Minta ayah sedikit…”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulillah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

”Emak, ayah asyik minta duit… Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit,” bisik saya kepada emak.

Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar di tebak reaksinya.

”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

”5 ringgit?”

Emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 RM…. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang ’permintaan’ ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan ’peruntukan’ khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ’ekonomi’ saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap permintaannya dan tetap senyum bila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ’ketajaman’ rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitu pun, setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap, buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

”Nanti, besarlah kereta kamu ni…” ujar ayah senyum.

Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

”Eh, tak payahlah ayah…” Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya… Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana ’kekurangan’ atau ’kelebihan’ kami. Tetapi dia memberi kerana Allah… Mencontohi Allah Al Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kita kongsi bersama:

”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu-ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenar mereka adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya…”

”Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. Keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa.”

Baiklah, anda pembaca bagaimana? Inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia ’perniagaan’ yang jarang diperkatakan oleh para korporat. Juga tidak ditulis dalam mana-mana buku perniagaan… Masih mempunyai ibu bapa? Memberilah kepada mereka. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja… Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


Sharing is caring.....

Astro Blackout.....


No wonder xde siaran...Ingat x bayar bil....rupanya ada gangguan...
Ada selected channel je bleh tgok...u know what...aku leh tgok channel 132 which masa tu kuar lagi citer CUN lakonan Remy Ishak...hadap je la even tgh migraine sgt2...
Kali ni aku migraine agak teruk...siap muntah2 lagi...
Satu hal Dania urut kepala...sayang kat mama la tu kan...
Sweet sgt kakak....

Terbaru Ikie & Dhia....

Rindu plak kat Ikie dan Dhia....dapat gambar dari group family whatsaap...terus abadikan dalam blog picisan ni ha....ntah bila nak pi Muar lagi jengok diorang...sekarang kena simpan duit sebab ada family vacation start 12hb -17hb kan...nasib baik dh 3 bulan awal apply cuti dan mmg boss lama dah luluskan...tp pening jugak ni if boss baru x bg cuti...harap2 berjalan lancar la program family kami bercuti...if x...terpaksa la aku undur diri....

Berbalik pada citer Ikie dan Dhia...mcm2 abg ikie ni..dengan Dhia pun dh kena buli dh...terpaksa main cikgu2 dengan abg ikie...


Nampak x muka terpaksa Dhia tu..


Dalam pada terpaksa Dhia senyum  jugak ni...Dhia dah nak masuk 5 bulan kot...lebih kurang Qhaira...dh pandai menyarap dan angkat bontot jugak....pipi dh makin labuh ni...
Dhia dah start transit kat umah baby sitter dan dia sgt2 happy..out of expected sbb ingat Dhia x nak ngan orang lain....good girl Dhia kan..so ibu boleh keja dengan tenang kan....

Mmuah kat Dhia dan Ikie....


Falsafah Buah Buahan....

Pengisian Isnin...

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Kongsilah dgn kawan2 yg lain utk manfaat kita bersama. ..


Sunday, August 24, 2014

Ketupat Rendang Keju..

Korang ada tengok x citer lakonan Remy Ishak ngan Siti Saleha kat Astro Warna? Aku tertengok masa tgh migraine...

Sweet sangat citer ni....suka sangat aku tengok Remy Ishak...lakonan dia mantap sangat2...x pernah x menjadi...



Dah kenapa citer pasal Remy Ishak kan...hihi..aku x suka dia di gandingkan dengan Maya Karin coz for me x sesuai...aku suka gandingan Remy dengan Nadiyaa Niesa...dalam citer aku x ingat tajuk...if x salah ada Diary dan hujung dia Sara...ala lakonan diorg sekali dengan Anzalna Nasir...ntah la x ingat tajuk dia...

Tak kisah la tu...janji aku suka lakonan Remy Ishak...bagi aku lakonan dia sikit pun xde cacat cela...memang menjadi ..dalan filem CUN pun menjadi just gandingan dgn Maya Karin tu x kena (pandai2 je aku kan) dengan Siti Saleha ni ok la..ni kang ada plak yg kritik aku lebih2 kang...ramai je peminat Maya Karin kot dlm blog ni...ahaks...

Sapa peminat REMY ISHAK??

posted from Bloggeroid


Friday, August 22, 2014

Udang Kara a.k.a Lobster.....



Hi korang...

Pernah makan Lobster x? 
For sure ada yang dah pernah makan...lobster ni antara soecies udang yang mahal ya rabbi kan? X terjangkau dek akal kenapa mahal giler...maybe sebab sukar untuk menangkap lobster...maybe sebab habitatnya yang jauh entah brrapa batu nautika kan....
If x salah aku lobster ni banyak di perairan sabah...correct me If im wrong...dan harga mmg la mahal...kan?

Kalau best kalau preggy kan...leh mintak nak makan lobster...hahahahaha....mati kena sepak ngan laki...eh...x kan nak sepak plak kan...orang mengidam bukan tentu...bukan specific item jer yang dia nak...ngeh..ngeh...ngeh....ntah ada peluang ke x preggy lagi....

Kan KL ni mahal kan Lobster...sekor jatuh beratus2.....

Betul x orang Sabah?

Yumida?

Mia Kassim?

Istiadat Penghormatan Terakhir MH17...

Hari ni semua seluruh rakyat Malaysia berkabung dan bersedih kan...kami pun bersedih...kami pun berkabung semua pakai hitam..aku je pakai hitam putih sbab xde baju kurung hitam plain...ada je sebenarnya sepasang kurung modern...tp kain chiffon agak jarang skit macam x sesuai kan...so belasah je la pakai baju hitam putih asalkan hitam...

kalau kat rumah boleh tengok depan tv...kami tgok thru internet aje...
sedih sebak...semua ada...
istiadat penerimaan jenazah....
mereka2 yang telah terkorban dan hanya tinggal kenangan...


memetik ayat2 sms terakhir pramugari kanan Mastura Mustafa kepada suami beliau

" sayang tak akan selamanya sentiasa ada bersama abang..suatu hari nanti sayang akan temui allah dan tak akan kembali lagi"

Sedih...pedih...sebak....aku x tau dan tak dapat bayangkan perasaan seluruh ahli keluarga mangsa MH17...dan aku x dapat bayangkan disaat mereka semua ketika berada di atas pesawat....ya allah...aku tak boleh nak membayangkan...bagaimana terseksanya mereka ketika itu...

Doa kami mengiringi kalian...Al Fatihah......


Petua Penawar Penyakit Lelah dan Semput..



Petua & penawar penyakit lelah dan semput. Agak keliru sedikit dengan nama penyakit2 ini. Sesak nafas + semput + lelah. Ada sedikit perbezaan sebutan namun penyakitnya lebih kurang sama. Tetapi semput + lelah dikatakan lebih bahaya dari sesak nafas.

Tanda2 diserang penyakit lelah dan semput
Gangguan pada saluran pernafasan yang amat ketara
Pernafasan menjadi sesak berulang kali
Diikuti pula oleh batuk dan bernafas termengah2
Dada pesakit akan merasa sebak atau sempit
Serangan yang lebih teruk membuatkan pesakit batuk2 hingga membawa kepada muntah2

Tanda2 awalnya
Selepas beberapa hari ditimpa penyakit ini, pesakit mula mengalami sesak nafas yang berulang2
Pernafasan mengeluarkan suara bunyi yang halus
Keadaan sedemikian boleh berlaku selama beberapa hari dan mungkin berbulan2
Kemungkinan mendapat penyakit ini tidak dapat dielakkan

Sebab2 utama penyakit lelah + semput
Alergi seperti keadaan seseorang itu yang sensitif kepada sesuatu bahan tertentu seperti habuk + bahan2 pencemaran didalam udara yang disedutkan. Sensitif kepada kekabu + bulu ayam + habuk + bulu kucing + air batu + udara sejuk dan lain2. Ada yang sensitif atau alah kepada air krim + beberapa jenis ikan + udang dan ubat.
Ubat2 seperti Aspirin boleh menyebabkan penyakit ini
Senaman yang berat boleh memburukkan keadaan penyakit

Penawar untuk penyakit ini

Petua pertama - Perah susu kambing asli atau dalam botol juga pun boleh dan minumlah secara mentah2 setiap pagi selepas makan atau belum pun boleh. InsyaAllah.. penyakit lelah akan beransur hilang.

Petua kedua - Ambil beberapa helai daun atau tangkai bunga kecubung dan lembutkan dengan menggosok2 daun dengan tapak tangan dengan perlahan hingga betul2 lembut. Jemur daun tersebut hingga kering dan dibuat sebagai rokok. Amalkan 2 kali seminggu dengan perlahan2. InsyaAllah.. khasiat bunga kecubung dapat memulihkan penyakit ini

Petua ketiga - Ambil daun pokok ekor kucing + sedikit kapur sirih = digumpal atau di gosok2 hingga keluar buih. Ambil buihnya dan dilumurkan atau ditampal di bahagian bawah tekak (dekat halkum). Biarkan kering untuk beberapa jam. Amalkan 3 kali seminggu atau ikut kesenangan diri.
Nota

Sebenarnya ada banyak petua yang boleh memulihkan penyakit lelah + semput namun petua ini sahaja yang benar2 sesuai digunakan dalam Islam. Mudah2an dengan cara ini dapat membantu. Setiap amalan dan perbuatan haruslah dimulakan dengan Bismillah + selawat shifa + Surah Al Fatihah. Niatkan dan yakin agar herba2 ini dapat memulihkan penyakit dgn izin-Nya...



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah