Kisah ini berlaku di Ampang. Seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang jurujual kereta,
bercinta dengan seorang anak gadis jutawan di Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan
ini ditolak keluarga gadis hanya kerana pekerjaannya tidak setaraf keluarga jutawan itu.
Suatu malam, pasangan ini melarikan diri demi kelangsungan cinta mereka.
Tidak lama selepas itu, bapa gadis sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangannya.
Dia telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dengan
mengatakan dia akan menerima teman lelaki anak gadisnya itu jika dia balik ke rumah.
Bila mendengar berita ini, gadis itu pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa dan
keluarga pihak keluarga jutawan itu pun menerima teman lelaki gadis itu dengan seadanya.
Enam bulan kemudian, mereka bercadang untuk berkahwin.
Semasa persiapan untuk majis perkahwinan itu sedang disediakan, pasangan kekasih ini
keluar membeli ayam goreng KFC di Ampang Point. Ketika hendak pulang ke kereta, teman
lelaki gadis dilanggar lori. Ia berlaku betul-betul di hadapan gadis tersebut. Teman lelakinya
mati di tempat kejadian kerana kecederaan yang teruk di kepala.
Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana hanya tinggal beberapa hari
sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi; seorang nenek tua meminta untuk
membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu. Jika tidak, sesuatu yang
akan buruk akan berlaku. Tetapi ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.
Malam berikutnya, ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu
seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin
perempuan itu. Jika tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku. Tetapi, ayah perempuan
tersebut juga tidak megendahkannya.
Malam ketiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya
dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat
sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh sekalipun,
darahnya tetap ada.
Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa. Seorang nenek tua menyuruh dia
membasuh darah itu sehingga bersih dan jika tidak, malang akan menantinya. Perempuan
itu pun terus dan menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus. Akan tetapi,
darah itu tetap ada.
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya di ketuk
bertalu-talu dan muncul dihadapannya seorang nenek tua. Perempuan tersebut pengsan.
Setelah terbangun dari pengsan, nenek tua itu masih berada di hadapannya. Nenek itu
menghulurkan sebuah botol berwarna biru.
Perempuan itu terus bertanya kepada nenek tua itu, "Apakah ini?". "Inilah sabun basuh cap
Dynamo, letakkan sedikit dan kotoran akan hilang. Kalau tak percaya, pergi cuba, try, test,
uji..." jawab nenek sambil muka ada senyuman...
Masa aku dapat forwarded dari whatsaap group sekolah ni...aku terpanggil untuk baca habis citer ni tau...tp bila dah sampai akhir cerita...aku rasa nak tumbuk je sapa yang cipta citer ni...penat je aku baca...huh...x tau la nak sakit hati ke nak gelak ke...yang aku tau...memang hampeh sapa yang buat citer ni...hahahaha...kan dah gelak....
Hehehehe...sy dah pnh baca kisah ni kak dulu.
ReplyDeleteamboi sambung gelak nampak...ekekekekee... inilah gelak yang pertama untuk hari ini... tak taulah kot2 nanti ada gelak lain pulak kak... hew hew hew...
ReplyDeleteayyyooo...bukan main serius saya baca rupanya troll...hahahaha
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Hadoii... La... Hehehe
ReplyDeleteSaya pun dah terkena! Bukan main excited nak tahu penghujung cerita. Betul ke tidak malangnya. Rupanya alahai....dah tumbuk meja pun!
ReplyDeletecis. haha.
ReplyDeletehaishhh..suspen je..
ReplyDelete