Friday, May 16, 2014

Khasiat dan Keajaiban Acai Berry

Assalammualaikum..
Salam Jumaat penuh Barakah buat korang semua....aku masih lagi demam dan masih gagah pergi kerja...tp kan...jap lagi aku nak pi amik MC la...makin worst tekak aku ni...hehehehe.....sementara tu nak share ngan korang entry kesihatan ni...sumber dari Mylaunchpad.com.my section Health....sharing is caring kan...



Berasal dari Amerika Tengah dan Selatan, acai beri dikatakan sebagai salah satu buah yang memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan termasuk untuk menurunkan berat badan dan juga sebagai anti-penuaan. Banyak produk yang berasaskan acai beri telah dibangunkan dan dipromosikan kerana khasiatnya yang tersendiri. Kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa acai beri ini mempunyai 1001 manfaat terhadap kesihatan tubuh badan kita. 

1. Pencegah penyakit kanser

Menurut kajian yang telah diterbitkan pada Mac 2010 dalam "Pharmaceutical Research", penggunaan acai beri berjaya mengahalang pertumbuhan kanser esophagus pada tikus. Penyelidik telah menyifatkan acai beri sebagai sejenis buah yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi. Kajian ini juga telah dijalankan dengan menggunakan tujuh jenis buah beri yang berbeza dan kesemuanya telah terbukti berkesan untuk mencegah penyakit kanser. 

2. Sistem imun

Pada Oktober 2008, satu kajian dari Texas A&M University's "Agriculture Communications" mendapati bahawa anti-oksidan yang terdapat dalam jus acai beri berjaya diserap oleh tubuh badan manusia. Kebiasaannya, anti-oksidan ditemui dalam bentuk vitamin dan mineral yang berfungsi untuk melindungi sel-sel dalam tubuh badan daripada berlakunya radikal bebas.

3. Mencegah penyakit metabolism

Apakah penyakit metabolisme? Penyakit metabolisme termasuk penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis 2 yang sering dikatikan dengan obesiti. Dalam satu kajian yang diterbitkan pada Mei 2011 dalam "Nutrition Journal", pengambilan isi acai beri sebanyak 2 kali sehari mempunyai kesan positif dalam menurunkan kandungan glukosa dan insulin dalam badan serta dapat juga menurunkan tahap kolesterol dalam darah anda. Dengan oengambilan acai beri ini, anda juga boleh mengurangkan tekanan darah anda. 


**pernah makan sebekas sensorang masa aku balik dari Cold Storage KLCC beberapa bulan yang lepas...satu bekas tu harga dalam RM20 lebih la x ingat...sedap...buat jus pun sedap...biasa orang buat kek letak berry ni kan..makan ngan ice cream pun best...terus teringin plak ha...tp malas plak nak pi Cold Storage....banyak khasiat dan keajaiban Acai berry ni rupanya....bagus amalkan..tp harga yang agak...hurmmmmm....payah la nak beli selalu kan....**

5 comments:

  1. tak pernah lagi makan fresh camtu je..kebanyakkan produk kecantikan dan kesihatan ada acai berry kan..terbaik! masih tak okay lagi ke kak tekak tu? takpe,nanti amek MC akak rehat dulu bagi rehat secukupnya..get well soon kak

    ReplyDelete
  2. pernah satu ketika dulu kecoh kata acai berry bahaya utk diambil..
    lama2 terus senyap je issue tu..

    ReplyDelete
  3. acai bery bfungsi mbntu sistem imun ?? waaahhh

    ReplyDelete
  4. Salam jumaat dear....... banyak khasiat acai beri ni

    ReplyDelete
  5. Acai beri memg byk khasiat

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah