Thursday, May 15, 2014

PESTA PERSUKUAN ADAT PERPATIH 2014


Kerajaan Negeri Sembilan melalui Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan mengadakan Pesta Persukuan Adat Perpatih 2014 pada 16, 17 dan 18 Mei 2014 (Jumaat, Sabtu dan Ahad), bertempat di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah. 

Pada tahun ini 2 acara akan digabungkan serentak iaitu Istiadat Ulangan Penghulu Luak Mengadap dan Pesta Persukuan Adat Perpatih 2014. Istiadat Ulangan Penghulu Luak Mengadap akan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti manakala Pesta Persukuan Adat Perpatih 2014 pula akan berlangsung di Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti.

Istiadat Ulangan Penghulu Luak Mengadap ini diadakan 3 tahun sekali sebagai tanda taat setia Penghulu-Penghulu Luak terhadap DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Acara dalam istiadat ini ialah menurunkan alat kebesaran, Istiadat Bersiram dan Istiadat Penghulu-Penghulu Luak Mengadap DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Majlis perasmian akan diadakan pada 16 Mei 2014 pada pukul 3.00 petang (Jumaat) di Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti dan akan disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Turut hadir sempena program tersebut adalah YTM Undang Yang Empat dan YTM Tunku Besar Tampin dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Gimik yang ditampilkan dalam majlis perasmian pada tahun ini adalah perarakan Panta Berkucung yang terdiri daripada 11 luak di Negeri Sembilan iaitu Luak Berundang yang terdiri daripada Luak Sungai Ujong, Luak Jelebu, Luak Johol dan Luak Rembau manakala Luak Tanah Mengandung pula terdiri daripada Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas. Panta Bekucung ini mengandungi 4 jenis kuih – muih tradisional dari luak-luak yang menonjolkan keunikan kuih–muih masing-masing.

Program yang bertemakan “Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lokang Dek Panas” pada tahun ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan Negeri Sembilan melalui Lembaga Muzium Negeri Sembilan sebagai satu pendekatan bagi memastikan keseluruhan budaya Adat Perpatih dapat dimartabatkan dan ditonjolkan.

Pelbagai pengisian turut diadakan sempena program ini. Berbeza dari tahun sebelumnya, pada tahun ini program Syarahan Negeri akan bertukar wajah kepada konsep Pentas Dakwah yang lebih memfokuskan kepada program keagamaan dengan kerjasama pihak TV Alhijrah dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Pentas Dakwah ini akan diadakan pada 16 Mei 2014 (Jumaat), jam 8.30 malam bertempat di Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti. Program selama 1 jam ini akan disiarkan secara langsung dari Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti dan akan turut dihadiri oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, YAM Tunku Besar Seri Menanti dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Persekutuan.

Pentas Dakwah ini bertemakan “Adat Bersendikan Syarak” yang akan disampaikan oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada YBhg. Ustaz Amin Idris sebagai moderator manakala barisan penceramah terdiri daripada YBhg. Ustaz Zulkifli Al Badri, YBhg. Ustaz Nor Azmir dan YBhg, Dato’ Muhammad Bin Haji Yassin.

Pelbagai pengisian menarik dapat disaksikan sepanjang 3 hari program ini berlangsung. Antaranya, Demonstrasi Masakan Luak-Luak yang bakal menonjolkan keunikan menu masakan di luak masing-masing. Selain dari Demonstrasi Masakan Luak-Luak, Persembahan Adat oleh Luak–Luak turut diadakan Adat Berkodin oleh Luak Ulu Muar, Adat Memulih Pusaka oleh Luak Johol, Adat Menjemput Dato’ Lembaga oleh Luak Inas, Istiadat Berzanji dan Berendoi oleh Luak Sungai Ujong dan Istiadat Semenda Menyemenda oleh Luak Jelebu.

Pameran Luak-Luak turut diadakan bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai sistem pentadbiran di luak-luak yang terdapat di Negeri Sembilan. Selain dari pameran luak-luak, Demostrasi Adat dari luak-luak turut diadakan di khemah masing-masing.

**So kepada korang yang nak explore Adat Pepatih di jemput beramai2 memeriahkan Pesta Persukuan Adat pepatih ni...aku x sure aku dapat pergi ke x memandangkan ada kerja nak kena buat dan tengah tak sihat sangat2 ni...tonsil bengkak dan demam...aduhai..kenapa la masa2 ni nak kena...ni semua gara2 orang sekeliling yang x sihat...korang tau jer la kan aku ni mana boleh dekat ngan orang sakit...doakan aku sihat eh korang...kang x pasal2 check in kat KPJ plak kang....

13 comments:

  1. eseyyy orang nogoghi...tapi takdapek poie...sodeh boto ghaso eh..huuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan..akak ni pun lom tontu laie dapek poie ko tak...

      Delete
  2. my brother patut pergi ni dah lama dia kat Soromban tu ha hehehe. u get well soon yer.

    ReplyDelete
  3. ado makan yang sodap2 tak kat pesta ni?

    ReplyDelete
  4. ada hidang lauk2 nogori ke ni? terliur plak membayangkan nye.. hehe..
    anyway, syafakillah.. get well soon.. byk2 minum air suam ye.. :D

    ReplyDelete
  5. tak faham loghat negeri ni...masakan pun pedas-pedas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je ngan percakapan biasa...just kena dengar betul2..

      Delete
  6. fuhhh sodap ni kalau dapek makan masakan NS.. lagi2 masak lomak daging salai.. bopoloh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu ghayo sok yo...zaza datang umah SA leh jamu gulai lomak daging salai..

      Delete
  7. Boleh poie ni nanti tengok apa yang patut :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......