Tuesday, May 20, 2014
Isteri kepada pramugara MH370 selamat melahirkan anak..
Intan Maizura Othaman, isteri kepada krew kabin dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing, telah selamat melahirkan anak kedua beliau.
Sebelum ini ramai yang bersimpati dengan nasib Intan kerana sedang sarat mengandung ketika menerima khabar berita menyayat hati tentang pesawat tersebut namun dapat mengawal emosi dan ketenangan beliau.
Intan selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad pada Isnin malam di Hospital Putrajaya.
Intan telah memuat naik gambar tag namanya di laman Instagram dan turut memohon maaf kepada suaminya, Hazrin Mohamed Hasnan, pramugara pesawat penerbangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.
SUMBER
apa lah khabar pesawat tu kan
ReplyDeletelife must go on
kita doakan yg terbaik
sayu pulak menatap wajah si comel ini..lahir tanpa ayahnya di sisi..
ReplyDeletehati berkata penumpang mh370 selamat, semoga intan kuat dan tabah hadapi ujian ini
ReplyDeleteComel baby..=D
ReplyDeleteAlhamdulillah..selamat..semoga mereka tabah hidup tanpa orang yang tersayang..
ReplyDeletecomeinya..semoga membesar menjadi anak yg berguna..
ReplyDeletesedih je bila mengenangkan nasib baby nie kan?
congrats to her..
ReplyDeletekesian baby & mummy ni.. ini lah dugaan Allah namanya
Sedihnya.... Tak tau cemana nak describe perasaan dia. Tetibe je suami hilang tanpa kesan.
ReplyDeleteAllahu Akbar...alhamdulillah..
ReplyDelete