Thursday, April 24, 2014

Ladang Alam Warisan Kuala Pilah

Jangan x percaya ye kat Kuala Pilah ada Ladang Alam Warisan yang sangat unik pada aku anak jati NS ni...aku pun baru tau kewujudan ladang ni dari adik aku si Kudut tuh...dah tentu2 dia kerja kat Jabatan Pelancongan kan..so mana2 homestay ke apa ke kat NS memang dia tau...semua dia dah rate dan dah pi, tu sebab aku jeles ngan dia...semua tempat dia terjah...huh...

Ladang Alam Warisan terletak di Seri Menanti Kuala Pilah (kampung aku) lebih mengekalkan budaya dan adat pepatih yang unik...banyak yang menarik ada di sini selain dari ladang rusa kan...ada Achery, camp dan macam2 lagi...memperkenalkan konsep Pelancongan Eko & Reakreasi Ladang serta berkeluasan 15 ekar. unik pada aku sebab satu2nya tempat di mana kita dapat merasa memakai pakaian tradisi seperti zaman dulu2, pekerja2 diwajibkan berpakaian seperti orang dulu2 bertanjak, berkeris dan macam2 lagi...tujuan utama pihak Ladang Alam Warisan adalah untuk memperkenalkan kembali adat2 tradisi melayu yang kalau x di kekalkan memang akan pupus ditelan zaman oleh itu usaha demi usaha mereka lakukan agar perkara seperti itu tidak terjadi...selain itu usaha mereka juga dapat membantu penduduk setempat menggalakkan aktiviti ekonomi malah turut memberi galakkan agar mereka membangunkan tanah2 pusaka yang telah lama terbiar..

jom jamu mata tengok gambar kejap

 senibina masih mengekalkan konsep minangkabau


 owner ladang
 burung unta dan angsa
 uish..geram plak aku...panggang pun sodap ni...eh...
 korang boleh merasai pengalaman memberi rusa makan 
 comel kan.....

 mereka beramah mesra ngan Rusa2 ni
 lawatan dari Jabatan Pelancongan

 rusa pun dah x takut orang dah..

 jinaknya...
 minah ni memang penakut ngan apa pun lagi2 nyamuk
acara memanah cara islam turut diperkenalkan...menarik kan....

Pada aku apa yang diketengahkan oleh pihak Ladang Alam Warisan ni adalah sesuatu yang menarik..sebabnya..anak2 yang lahir di zaman teknologi ni x pernah tahu maksud tersirat dalam keunikkan adat istiadat orang melayu...

Kalau nak merasai sendiri suasana yang aku maksudkan korang boleh la ke alamat berikut:

Ladang Alam Warisan 
Jalan Masjid, Kampung Tengah
Tanjung Ipoh, Seri Menanti,
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Atau boleh layari FB LADANG ALAM WARISAN  untuk korang dapatkan lebih banyak details aktiviti yang diperkenalkan oleh pihak mereka atau nak details samada ada homestay berdekatan atau sebaliknya. Selain itu boleh la panggil semula anak2 negeri yang dah lama tinggalkan kampung..tengok sendiri perubahan kampung2 kita...diorang baru aje lepas launching awal April lepas..memang dah banyak perubahan kampung2 sekitar kawasan itu..makin maju dah...aku sebagai anak jati Kuala Pilah memang bangga dengan usaha mereka..nasib baik aku xde tanah yang luas..kalau ada boleh buat macam ni jugak kan...

Jom Berkampung di Ladang Alam Warisan..

9 comments:

  1. berkenan tgk meja makan diorg tu
    lau letak kat umah..area halaman sure best
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. best jugak pergi tempat camni..suasana kampung.
    akak dah lama tak jejak NS..bila la nak pegi..

    ReplyDelete
  3. walla mmg menariklah kat sini SA

    ReplyDelete
  4. suka tengok meja makan kayu tu..cantik lah

    ReplyDelete
  5. ni bukan ke tempat yang diorang shoot utk Masterchef musim yang ada Azwan Ali tu ke??
    ehhh ke salah?? hahaha memandai je kannn
    nway ok gak tempat ni.. boleh pergi bawak anak2

    ReplyDelete
  6. Den baru taw......ahakz....

    Best tu...kalau dpt memanah...tp tang naik kuda jerk.....goyang sket

    ReplyDelete
  7. owhh akak orang kuala pilah ye..fiza selalu gak balik pilah sebab husband orang pilah jugak..selalu lalu je kat pintu gerbang tu..jrg masuk ke dalam..abg fiza pun pernah dtg alam warisan ni ade event busana melayu lama ke apa ntah baru² ni.cantik tempat ni..macam perkampungan melayu lama kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......