Thursday, April 10, 2014

Kurus Itu Sihat? Betul Ke?


Tidak semestinya kurus itu sihat. “Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk,” kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan “peta gemuk” bagi mencari di mana lemak tersimpan. Menurut data yang diperolehi Bell, mereka yang mengekalkan diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.

Saintis percaya, tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak muncul pada bahagian lain seperti perut, lengan dan paha. Lemak yang mengelilingi organ dalaman penting seperti jantung, hati dan pankreas yang mana tidak boleh dilihat dengan mata kasar sama bahaya nya dengan lemak yang terbentuk pada individu yang gemuk. Lemak yang meyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ dalaman. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.

“Menjadi sesorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak akan berisiko pada serangan jantung,” kata Dr. Louis Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey. Beliau berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak tersimpan yang memeranjatkan! Kurus adalah bonus tetapi itu bukan matlamat utama dan yang penting adalah bebas kolestrol dan sihat. Pangambilan makanan yang seimbang, dan mungkin boleh diselitkan dengan senaman ringkas dapat membantu meningkatkan kecergasan kita.

Sesorang yang kurus berisiko dalam mengambil lebih daripada jumlah kalori yang diperlukan kerana mereka tidak nampak perubahan fizikal pada tubuh mereka. Disebabkan itu ramai di luar sana makan tanpa mengira kalori yang sepatutnya dan terkejut bila didiagnos menghidapi penyakit jantung, kencing manis, dan mungkin juga kandungan kolestrol yang tinggi. Sebaiknya ambil makanan yang hanya diperlukan badan, cukup vitamin nya, dan mampu memberi tenaga yang secukupnya. Bersederhana perlu ditekankan dalam kehidupan seharian.

Ada individu yang berat badan nya akan bertambah bukan kerana jisim lemak nya tetapi jisim otot yang dihasilkan daripada latihan bebanan. Oleh itu, jangan terpedaya dengan kilogram kerana tak semestinya makin bertambah berat, makin bertambah lemak. Ini semua akan berbalik kepada cara hidup kita seharian. Lebih kan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna. Peruntukkan beberapa jam dalam seminggu untuk beriadah bagi membantu lagi proses pembakaran kalori yang telah diambil oleh badan. Kegagalan pembakaran atau penggunaaan kalori akan menyebakan kalori teresebut bertukar kepada lemak yang gagal diproses.

Kesimpulan nya, kurus tidak menjadi garis pengukur bahawa seseorang itu sihat dan bukan juga menyatakan bahawa gemuk itu bebas daripada sebarang penyakit. Mendapat tubuh yang langsing dan kurus merupakan bonus tetapi lebih cantik sekiranya yang kurus itu juga sihat dalaman dan luaran. Individu yang bertubuh besar pula tidak perlu gusar kerana anda mungkin sihat tetapi hanya bertubuh besar dan mungkin boleh melakukan beberapa rutin senaman yang ringkas secara berterusan untuk mendapatkan ptongan badan yang ideal seperti yang dikehendaki. Semuanya terpulang kepada anda semua.


Setuju x dengan kenyataan yang aku highlight dan boldkan tu?

5 comments:

  1. kalau petite itu sihat ke kak??? bha ha ha...

    ReplyDelete
  2. tgk pada jenis kurus jg kannn.. kalau kurus tp berpenyakit dan mendatangkan penyakit baik jgn.. some of pple suka kurus tp nampak x sihat.. kannn

    ReplyDelete
  3. xkisah temok atau kurus yang pentignsihattt...

    ReplyDelete
  4. betul gak tu kak...orang hisap dadah tu kurus gak..tapi takde plak sihat..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. owhh saya pernah gemok, dan pernah jugak terlalu kurus. Both adalah tidak menyihatkan, bukan senang nak kekal cantik, eh kekal sihat ni tau.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......