Source from google
Buah lemon merupakan buah yang sangat kaya dengan zat anti bacteria, anti-virus, kalsium, magnesium, vitamin C, pectin dan limonene yang mampu untuk mengekalkan kekebalan tubuh dan juga untuk melawan infeksi. Tahukah anda bahawa buah lemon sangat baik untuk menurunkan berat badan? Sebenarnya buah lemon mempunyai manfaat yang dapat menurunkan berat badan kerana jus lemon dapat melancarkan sistem pencernaan kita serta bertindak sebagai pembersih hati. Berikut adalah antara kebaikan dan manfaat buah lemon:
Melancarkan sistem pencernaan
Sebenarnya, jus buah lemon yang hangat kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang mampu untuk mengeluarkan racun dalam badan melalui sistem pencernaan badan kita. Selain daripada itu, ia mampu untuk mencegah daripada kembung perut dan bagus untuk pesakit kanser mengamalkan jus lemon ini untuk membantu kelancaran sistem pencernaan dalam badan.
Sebagai diuretic
Buah lemon kaya dengan kandungan asam sitrat. Asam sitrat yang terkandung dalam buah lemon mampu untk memaksimumkan fungsi enzim yang merangsangorgan hati untuk melakukanproses detoks secara keseluruhan melalui air kencing.
Meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan
Seperti yang anda ketahui, lemon kaya dengan vitamin C yang sangat bagus untuk mencegah dan merawat jangkitan kuman, selain daripada itu, lemon kaya dengan kalium yang mampu merangsang fungsi otak dan saraf-saraf dalam tubuh badan serta berperanan mengawal tekanan darah. Selain kaya dengan vitamin C, buah lemon mempercepatkan kemampuan tubuh badan untuk menyerap zat besi di mana zat besi sangat penting untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan kita.
Mempercepatkan proses penyembuhan
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam sebiji lemon sebenarnya mampu untuk membantu proses pemulihan pada tubuh badan kita terutamanya mempercepatkan penyembuhan luka, memelihara kesihatan tulang, otot dan sebagainya.
SUMBER >
MYLAUNCHPAD.COM.MY
memang banyak manfaat..tq for sharing , nak kurus perahkan je lemon atas setiap makanan kita..sikit pun ok
ReplyDeletelemon dengan bunga cengkih boleh halau nyamuk..hehe
ReplyDeleteklo gini kena kerap minum lemonade la kak kan :)
ReplyDeleteBuah lemon bersifat alkalikan...jadi sesuai juga utk pesakit gastrik. Masukkan hirisan lemon kedalam air suam dan minum, baik untuk kesihatan.
ReplyDeleteByk kebaikan Buah lemon ni kan :)
ReplyDeletedulu before peknen
ReplyDeleteiols ada beli lemon ni wat stok
sllu pagi2 mnm perahan lemon ngan madu
tuk buang toksid dan perut kempis
alhlamdulilah mmg membantu :)
Thanks for sharing :-)
ReplyDeleteBuah lemon seperti mana buah-buahan lain memang banyak manfaat dan khasiatnya.
good info..
ReplyDeletepcl minum air lemon suam tanpa gula tiap2 pagi ; alhamdulillah ...memang banyak khasiatnya.
ReplyDeleteakk ni tak suka masam2... pas ni kena masukkan dlm diet gaklah lemon ni
ReplyDeleteByk juga msnfaat lemon nie...(^_^)
ReplyDeletewahh..byk juga manfaat buah lemon ni ye.. good info SA. Thank you.
ReplyDeletekalau nak kurus boleh saya cuba ini bagus untuk perkongsian
ReplyDeleteyeyy tengah amalkan minum jus lemon...
ReplyDelete