Wednesday, March 26, 2014

Makan Malam - Kebaikkan dan Keburukkan


Pernahkah anda mendengar seseorang berkata atau menasihati anda untuk tidak makan pada waktu malam sekiranya anda ingin mengawal atau menurunkan berat badan? Banyak nasihat yang kita dengari tentang perkara ini dan kadangkala tidak dapat dikenal pasti yang mana satukah yang benar dan yang mana satu adalah mitos. Pada pemahaman atau pendapat anda, benarkah kita tidak boleh makan pada waktu malam? Perkara ini juga banyak diperdebatkan dan diutarakan pandangan dari kalangan pakar-pakar nutrisi juga kesihatan di seluruh dunia. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang makan pada waktu malam.

Waktu makan

Anda boleh makan malam tapi waktu yang terbaik adalah 3-4jam sebelum tidur. Jangan makan apabila anda hendak tidur. Ini akan menyebabkan gangguan yang mungkin boleh berlaku kepada sistem penghadaman dan juga waktu tidur anda. Seterusnya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kesihatan.

Jenis makanan

Kebanyakan pakar pemakanan menyarankan agar mengambil makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah ketika makan malam. Ini kerana, kajian mendapati meereka yang mengambil kandungan gula yang rendah pada waktu makan malam akan dapat mengawal kandungan gula dalam tubuh badan pada waktu sarapan keesokan harinya. Mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat juga dapat mengawal dan mengurangkan rasa lapar anda di tengah malam hari. Pengambilan protein yang secukupnya juga dapat membantu tubuh anda membina otot ketika anda sedang tidur.

Tabiat pemakanan

Kawal pengambilan makanan ringan selepas waktu makan malam. Ini kerana makanan ringan yang masuk ke perut anda kebanyakannya mengandungi kalori yang tinggi. Makanan ringan yang anda ambil sekiranya dalam kuantiti yang banyak terutama ketika anda sedang menonton televisyen, sehingga tidak sedar anda menghabiskan satu bekas atau plastik akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan anda selain menambahkan berat badan.

Kesimpulannya, makan pada waktu malam tidak mendatangkan masalah selagi anda tahu bila anda makan, apa yang anda makan dan kuantiti yang anda ambil!



5 comments:

  1. yang penting cara pemakanan kena betul kan kak long?

    ReplyDelete
  2. better makan nasi sebelum jam7.. =) elak mkn berat2 sebelom tido.. hehe

    ReplyDelete
  3. Selalunya makan malam sebelum Maghrib. Kalau Maghrib cepat, sebelum pukul 8 malam. Waktu tidur tak menentu antara 11-12 tengah malam. So, oklah kot...(saja nak sedapkan hati)

    ReplyDelete
  4. selalu makan sebelum jam 8 malam..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah