Thursday, March 27, 2014
Kesan Diet Tinggi Protein
Protein adalah salah satu menu dalam makanan seimbang selain karbohidrat, lemak, fiber dan lain-lain. Pengambilan protein dicerna sama seperti makanan lain. Penghadaman dilakukan dan protein akan dipecahkan mengikut kepada zarah yang lebih kecil yang dipanggil asid amino. Diet tinggi protein amat popular dikalangan individu yang ingin mengurangkan berat badan kerana ia mungkin dapat membantu rasa kenyang yang lebih lama dan membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Walaupun begitu, ia juga terdapat kesan yang tidak elok jika mengambilnya secara berlebihan. Tubuh manusia tidak boleh menyimpan protein yang berlebihan. Hal ini mungkin boleh menyumbang kepada beberapa perkara seperti berikut:-
Masalah buah pinggang
Pengambilan protein yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah terhadap buah pinggang anda. Hal ini kerana apabila protein berubah menjadi asid amino, keton dilepaskan ke dalam sistem anda. Keton diproses oleh buah pinggang. Ia akan mengakibatkan peningkatan aktiviti di buah pinggang yang sekaligus membuatkan buah pinggang anda ‘bekerja lebih’ dan boleh memberi kesan yang tidak elok kepada buah pinggang anda seperti terjadinya batu karang. Selain daripada itu, ia boleh mengakibatkan buah pinggang anda tidak berupaya untuk memproses asid urik dengan cepat yang akhirnya boleh mengakibatkan penyakit gout, sejenis artritis. Asid urik yang berkumpul di sendi, dengan itu menyebabkan kesakitan dan ketegangan. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi dimana pengumpulan keton dalam darah yang dikenali sebagai ketosis akan membuat buah pinggang mengusir protein berlebihan bersama-sama dengan air, dan dengan itu membuat anda berasa lemah dan letih.
Peningkatan kolesterol
Seperti yang kita tahu,jenis makanan protein adalah seperti daging dan telur. Kebanyakannya adalah dari sumber haiwan yang sangat tinggi lemak yang boleh membawa risiko kepada peningkatan kolesterol dan jika lebih teruk boleh mengakibatkan penaykit jantung. Selain daripada itu, sumber lemak tepu tersebut juga berisiko untuk pertambahan berat badan.
Osteoporosis
Pengambilan protein berlebihan juga akan mengakibat jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan meningkat. Jika tulang anda kurang mendapat kalsium, ia akan membawa kepada osteoporosis di mana tulang cenderung untuk menjadi rapuh dan memutuskan mudah. Terdapat beberapa fakta yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti terjadinya kepada wanita yang mengambil protein berlebihan akan lebih cenderung untuk mempunyai pergelangan tangan patah, berbanding dengan wanita yang kurang makan protein.
Oleh itu, anda seharusnya mengimbangkan sumber makanan yang diambil didalam kalori harian anda kerana jika mengambil salah satu sumber dengan secara berlebihan boleh membawa kesan sampingan. Kesannya mungkin tidak terjadi sekaligus, ianya mungkin mengambil masa. Jadi, pengawalan pemakanan seimbang amat penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda.
SUMBER > MYLAUNCHPAD.COM.MY
Thanks for sharing....
ReplyDeleteYg penting bila makan jgn berlebihan....
suka info ni!
ReplyDeleteskun ni mmg selera xbape nak ok sgt
ReplyDeleteoklah kan dr mkn x hengat bagai
janji kita jaga pemakanan
bila makan yg sihat..badan pun sihat ye dok
nice!
ReplyDeleteGood info....so apa2 pun makan la secara sederhana kan :)
ReplyDeleteSaya sangat suka protein mungkin ini juga sebabnya ada masalah dengan sendi. Bila dah makan tu, nampak best aje memang tak mampu nak menolaknya. Dah kenyang nanti baru terfikir risiko-risiko yang akan menyusul ...
ReplyDeletetq kak SA share info ni.. ^_^
ReplyDelete