Thursday, February 20, 2014

Penjagaan Kuku Versi Suriaamanda


Hepppp....jangan ingat aku nak tayang jejari runcing yer.....dah kenapa ko ni kan..tetiba citer pasal jari plak ni....xde apa la...just nak citer pasal KUKU....Selain muka, badan dan kulit aku memang menitik beratkan penjagaan kuku ni....sebabnya kita buat kerja ngan tangan kan...makan ngan tangan...kuku kalau x dijaga semua benda kotor yang melekat kat kuku tu confirm masuk dalam badan...seminggu sekali aku akan pastikan kuku tangan dan kaki di potong...x pernah rasanya simpan kuku panjang...rimas aku...ada orang suka simpan kuku panjang kan..especially chinese...cantik memang cantik...tp pun memerlukan penjagaan yang rapi...kena pi salon pedicure manicure kan....oh sorry aku x pernah buat rawatan untuk kuku...cara aku jaga kuku senang je...basuh bersih2...tenyeh ngan kulit limau kasturi...bersih dan berkilat...janji kuku kita sihat kan....

Tips Penjagaan Kuku

Kuku merupakan salah satu bahagian yang memerlukan perhatian bagi seseorang individu itu kelihatan hebat dan menarik, seperti juga wajah yang perlu kelihatan cantik dan berseri. Kuku juga memerlukan penjagaan khusus agar sihat dan cantik tanpa gangguan penyakit seperti fungus.

Penjagaan kesihatan kuku sama pentingnya seperti pemeliharaan wajah yang memerlukan perhatian dan penjagaan seharian. Kami memberikan petua asas yang seharusnya dilakukan bagi mendapatkan kuku yang sihat sempurna. Kadang kala tabiat manusia boleh membawa kepada kerosakkan dan kecederaan kuku tanpa disedari dan kami akan memberikan petua dan cara-cara mengatasinya.

Bagi golongan wanita yang gemar mewarnakan kuku, disini juga disediakan tips menghias agar sentiasa tampak cantik menawan tanpa mengabaikan kebersihan dan kesihatan kuku itu sendiri. Selain itu tips penjagaan di rumah juga di sediakan dimana boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke pusat-pusat kecantikan, cara ini dapat menjimatkan wang dan masa terutamanya bagi golongan bekerjaya dan mempunyai waktu lapang yang terhad.

Peralatan penjagaan juga penting dalam memastikan penjagaan kuku dapat dilakukan dengan sempurna, kami turut menyenaraikan beberapa nama barang serta kegunaannya.

Amalan penjagaan kebersihan dapat membantu seseorang individu mendapat kualiti kesihatan yang baik disamping memelihara kecantikan diri. Keyakinan dalam diri dapat dipertingkatkan apabila diri kita dalam keadaan sempurna dan terpelihara.


9 comments:

  1. Samalah kakak pun tak pernah pub bermanicure pedicure semua tu.
    Dulu masa kecik kakak suka bersihkan guna belimbing buluh - maklumlah main tak hengat hihi...

    Sekarang ni bila lepas tolong abang menyiang ikan kakak pun guna limau bagi bersih kalau tak bau hamis susah hilang.. bukan sebab kuku nak kilat ke apa pun

    ReplyDelete
  2. Traditional, cepat, mudah dan murah.. X payah bazir duit mani & pedi..

    ReplyDelete
  3. Saya ni pun tak suka kuku panjang. Memanglah cantik, runcing aje nampak jari jemari tu. Tapi saya ada masalah lain. Bila teringin nak bela kuku panjang aje, kuku akan tukar color daripada putih ke kuning(macam kena tenyeh kunyit) So, baiklah saya potong pendek aje. Senang nak jaga. Tak kisahlah tangan nampak gebus sikit ;)

    ReplyDelete
  4. sambil2 jaga sendiri Lyn pergi jugak pedicure manicure..
    kuku panjang mmg tak lah kan. geli

    ReplyDelete
  5. Kuku sy mmg x cntik.dr.dulu dan mudh patah...

    ReplyDelete
  6. kuku saya bersegi.. bentuk cawan hehehe.. tak cantik kalo kuku panjang.. yea la..bukan bentuk runcing2..hehehe...

    ReplyDelete
  7. tak suka kuku panjang...rimas dan macam kotor je tengo kan....huhu

    ReplyDelete
  8. check kat kuku..alamak, kuku panjang ni..balik rumah kena potong..hehehe

    ReplyDelete
  9. Guna kuliy limau je boleh berkilat erk kak? Nak cuba lah. Teringin nak ada kuku berkilat juga ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......