Kisah dongeng mendidik kita, seandainya jelita bak Cinderella dan puteri diraja, pasti hidup berakhir dengan bahagia. Mungkin itu sebab kita membiasakan diri menyamakan bahawa cantik itu bererti bahagia.
Namun ini bukan kisah dongeng, malah reality hidup yang agak sinis. Orang cantik tidak semestinya hidup bahagia. Ada kalanya, dan juga kebanyakan masanya orang yang cantik juga sering kali musnah pelamin idaman. Lihat sahaja contoh di luar negara, selebriti Hollywood yang paras rupa jelita kalah anak patung yang bertukar-tukar suami seperti salinan baju.
Jadi persoalan kali ini, mengapa wanita jelita bisa diceraikan?
Taksub dengan diri sendiri
Bukan nak kata semua orang cantik miliki sifat vain, narcissist atau terlalu taksub dengan paras rupa sendiri tetapi kadang kala itu yang menjadi perkara pertama yang merapuhkan hubungan. Hubungan bukan berbentuk sehala malah perlu ada pertalian dan kerjasama. Kalau sibuk ke salun kecantikan dan tidak hiraukan si dia, tidak berguna juga.
Terlalu yakin
Teman saya pernah berkongsi bahawa beliau tidak gemar berpacaran dengan wanita yang terlalu cantik kerana biasanya mereka terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri sehingga tidak ada cubaan untuk baiki diri sendiri atau cubaan untuk selamatkan hubungan.
Tiada personality
Mula berkenalan dan berpacaran memang seronok, dapat lihat wanita jelita setiap hari dan menjadi bahan cemburu lelaki lain. Tetapi bagi jangka masa panjang, lelaki akan cepat bosan apabila tiada bahan lain yang boleh dibualkan. Kecantikan juga bisa pudar tetapi personality menarik pasti menyelamatkan keadaan.
Cemburu
Wanita cantik biasa menjadi perhatian di mana-mana. Tak semestinya perlu menjadi selebriti untuk mendapat perhatian orang. Seandainya si dia tidak dapat biasakan diri dengan perhatian yang wanita cantik terima setiap hari, mungkin cemburu membuta akan makan hubungan ini.
Pengajaran di sini, paras rupa bukanlah segalanya dalam suatu hubungan. Bukan paras rupa juga yang perlu disalahkan kerana berakhirnya suatu hubungan. Kadang kala sudah tertulis akan ketiadaan jodoh. Yang penting, jangan berhenti cuba mencari kebahagiaan.
SUMBER
salam. sy ingin mencari wanita beriman..bknnya wanita yg perasan bagus spt my ex...
ReplyDeletedeep meaning dia. kecantikan itu sementara sahaja
ReplyDeletemostly laki nak cr yg cantik.
ReplyDeletedah dapat yang cantik..adalah benda lain plk dicari.
cr yg leh kekal..
Kalau cari yang cantik, memang akan ada yang lebih cantik lagi. Bak kata my hubby, cantik bukan ukuran wanita bahagia dalam alam rumahtangga.
ReplyDeletesekarang paras rupa pun boleh diubah..itu kalau tak ada agamalah...jangan jadikan cantik sebagai ukuran...cantik akan hilang dimamah usia.
ReplyDeletejodoh pertemuan..perceraian..itu takdirnya
ReplyDeletecantik hati, in shaa Allah cantik rupa... jgn disalahkan wanita cantik.. nk buat mcm mana kalo jodoh x pjg.. huhu
ReplyDeleteinner beauty tu yg penting....
ReplyDeleteit's a bonus lah kalo appearance pun cantik kannnnn....
yang penting cantik budi perkerti :)
ReplyDeletecantik tu mula2 je org akan sanjung. last skali perangai dan karektor la yang kena baik.
ReplyDeleteSetuju dgn entri akak nie..apa yg penting kita terima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kita.. =D
ReplyDeletecantik itu anugerah terindah... siapa kita untuk melawan takdir tuhan... semoga kita bertemu suami yang membawa ke Jannah...
ReplyDeletenak merujuk kpd dot dot dot ke ni? hehe
ReplyDeleteIndeed! perkara yang utama sekali ada lah takdir.. bukan nak menyalahkan takdir, kadang2 sesebuah pasangan tu pun memainkan peranan jg utk mencari kebahagiaan.. kalau asek nak gaduh/ jeles pasal kecantikan pasangan, susah lah hidup gitu.. huhu
ReplyDeleteTerima la segala kekurangan dan kelebihan pasangan kite..
ReplyDeleteits subjective sebenarnya kak tapi setuju dengan semua2 point yang diberi..tapi sy nak sentuh skit pasal no 2 tu ..lelaki sebenarnya bukan hanya memandang kepada kecanntikkan jer tapi personality tu sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam menambat hati seorang lelaki..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
betul tu..paras rupa tak menjamin kebahagiaan..
ReplyDeleteCantik luaran bukan jaminan hubungan tu kekal lama.. kalau cantik itu bonus tapi biarlah seimbang dengan dalaman.. ;)
ReplyDelete