Friday, February 14, 2014

Masakan panggang lebih baik berbanding bergoreng?

Masakan panggang lebih baik berbanding bergoreng?



Kaedah memasak memberi kesan yang besar kepada kualiti dan kesihatan makanan yang anda makan. Bagi anda yang gemar memanggang, ini adalah berita baik...bahawa memanggang adalah salah satu kaedah penyediaan makanan yang sihat.

Masakan panggang

Kaedah memmanggang makanan sebenarnya boleh dijadikan inisiatif menggantikan kaedah menggoreng. Disamping rasanya yang sedap, ia mampu mengurangkan kandungan lemak, dan memanggang juga membantu memastikan anda mendapat lebih nilai daripada makanan anda. Ini kerana, makanan yang di panggang diletakkan di bawah atau di atas sumber haba yang kering, sekaligus dapat mengekalkan vitamin yang ada didalam makanan dan mengelakkan ia hilang semasa proses memasak.

Kaedah memasak kering dan masa memasak yang lebih pendek pula membantu mengekalkan kandungan nutrien yang ada didalam makanan. Proses memanggang juga dapat mengeluarkan lemak yang sedia ada dalam makanan. Jadi, makanan yang dipanggang sebagai contoh,ayam yang dipanggang mempunyai kandungan kalori yang lebih rendah daripada ayam yang digoreng. Ini membantu dalam pengurusan berat badan dan pengurangan kolestrol dalam darah.  Tahap kolesterol yang seimbang, mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular seseorang. Pelbagai keadaan kesihatan seperti kegemukan, strok, penyakit jantung, dan  tekanan darah tinggi secara langsung, dapat dielakkan.

Makanan bergoreng

Apabila sesuatu makanan digoreng, ia sebenarnya menyerap banyak lemak. Walaupun makanan itu makanan yang rendah lemak, ia berakhir dengan kandungan lemak yang tinggi selepas digoreng. Apabila dimakan, ia akan meningkatkan paras kolesterol didalam darah.
Paras kolesterol yang tinggi menimbulkan risiko yang lebih besar kepada kesihata seperti menyebabkan arteri tersumbat. Ini menghalang kelancaran darah dan seterusnya meningkatkan tekanan darah. Paras kolesterol yang tinggi juga meningkatkan risiko strok, penyakit kardiovaskular dan diabetes. Kandungan kalori yang tinggi dalam makanan yang digoreng juga lebih tinggi, dan ini menyebabkan kenaikan berat badan jika ia sering diambil.

Walaupun makanan goreng mungkin lazat dengan tekstur yang hebat, ia lebih sukar dicerna daripada makanan panggang. Ini kerana lemak yang banyak telah diserap oleh makanan sewaktu ia digoreng. Makanan dengan kandungan lemak yang tinggi memberi tekanan yang lebih kepada sistem pencernaan dan organ-organ. Ini menyumbang kepada gangguan saluran pencernaan. Keadaan bertambah buruk apabila ia mampu menyumbang kepada punca penyakit ulser dan batu karang.

Kesimpulannya, alternatif yang lebih sihat untuk menggoreng adalah memanggang. Memasak dengan cara yang sihat menyumbang kepada kesihatan yang baik dan kesejahteraan secara keseluruhan.

SUMBER MYLAUNCHPAD.COM.MY

Aku jarang mengambil makanan ala2 panggang ni...selalunya bergoreng, di reneh atau di kukus...ni dah tau buruk dan baik..kena la pelbagaikan cara penyediaan makanan...hari2 panggang tekak pun jadi apa plak nanti...x dinafikan tips yang dikongsi diatas memang baik untuk kesihatan...tp kalau nak buat perubahan x boleh secara drastik..kena slow and steady...am i right?

6 comments:

  1. begitu..ni mmg kena cari kuali ajaib ni..tak syak lagi. senang nak panggang memanggang. Ikan bakar tawar mcm kat atas tu, cicah kicap cili...adoii..bestnya

    ReplyDelete
  2. better panggang dari goreng..org skrg ni ni malas nak memanggang.. pi cari kat kedai je lah yg dah siap panggang pun.. ehehhe

    ReplyDelete
  3. Mmg panggang lagi baik sbb kurg lemka.. Org nk diet mmg digalakkn mkn mknn yg di stim atau dipanggang..

    ReplyDelete
  4. Mmg panggang lagi baik sbb kurg lemka.. Org nk diet mmg digalakkn mkn mknn yg di stim atau dipanggang..

    ReplyDelete
  5. Kerana over excited, pemanggang ajaib saya terus jadi tak ajaib selepas sebulan lebih digunakan. Apa ke tidaknya, hari-hari kami memanggang sampai muak dah tengok hasilnya. Pemanggan ajaib lagilah tak tahan kena dera, abis terus kena lanting masuk tong sampah. Ni nafsu memanggang dah start balik dah nih...

    ReplyDelete
  6. Makanan berpanggang bagus kak tp tak boleh amik selalu juga. Yg penting kalau mkn makanan berpanggang kena makan sayur yg ada anti oksidan mcm bawang dan timun. Betul tak kak?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah