Thursday, February 13, 2014

Elak Derita Di Hujung Usia

Paparan Sinar Harian Ahad lalu cukup menyentap emosi pembaca. Kita sebagai seorang wanita dan ibu mempunyai naluri kasih yang amat tinggi. Isteri yang paling setia disisi suaminya. Penasihat rumahtangga dan pendamai kepada jiwa anak-anaknya. Namun bila usia menjengah senja, walaupun mempunyai anak ramai dan keluarga bahagia terdapat juga kes hidup mereka melarat!

Kerap kita membaca kisah warga emas yang ditinggalkan anak-anak, hidup terbiar dan melarat. Dikalangan mereka ada juga yang mengalami ujian seperti kehilangan suami, ditinggalkan suami atau kerugian besar setelah menjalani kehidupan bahagia pada usia muda tanpa memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku pada usia tuanya.

Tidak ada wanita yang mahukan hidupnya berakhir dengan penderitaan, namun apa yang dirancang oleh kita tidak semestinya berlaku dengan sempurna.

Zaman kita tidak sama dengan zaman dahulu. Telah banyak contoh yang berlaku, jesteru itu bersedia dan lakukan perancangan awal, baik dari segi mental, emosi, kewangan dan sebagainya. Wanita perlu persiapkan diri, sumber kewangan dan tempat tinggal bagi menghadapi ketidaktentuan perjalanan hidup.

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada...

Jika apa yang dirancang tidak menjadi berbaliklah kepadaNya kerana manusia merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cintaNya!

Share from FB

Nothing to say....aku hanya mampu mengalirkan airmata bila baca artikel ni.....

4 comments:

  1. So truelah, SA! Tak tahu apa akan berlaku. Selepas jadi emak, barulah tahu betapa sukarnya menjadi seorang ibu. Kadang-kadang bila bersendirian terfikir juga apalah nasib bila dah tua nanti. Adakah anak-anak bila dewasa nanti akan menyayangi kita seperti mana kita menyayangi mereka ketika mereka kecil sekarang ini? Tak sanggup membayangkan segala kemungkinan!

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi dalam 10 orang anak belum tentu ada seorang pun yang boleh menjaga seorang ibu. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menjaga ibu saya.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  3. bila dah tak ada emak sok sok, baru tau macam mana rasanya, sedih baca artikel ni... sob sob sob...

    ReplyDelete
  4. orang kata biar tak ada bapak jangan tak ada emak.. emak lah segala2 nya..penasihat, tukang bebel, kawan baik kepada anak2 etc. bila dah jadi emak ni baru kita tau mcm mana perasaan emak kita dulu gigih nak mendidik anak2 (especially anak ppuan).. phewwww cobaan besau wehhh..

    Tapi lain pulak dengan bangsa cina.. diorang akan abaikan parents (some of them) dikala diorang dah ada family sendiri.. tu yang kita nampak ramai je warga emas bangsa cina dok kat rumah orang tua.. masa I pergi sepital haritu bawak my mom, I nampak couple husband&wife (bangsa cina) OMG!! sedih giler.. dalam hati ni dok berkata... mana lah anak2 diorang tak ada disisi diorang dikala diorang perlukan rawatan kat sepital.. just two of them terkontang kanteng turun taxi pegi sepital.. sedih oiii.. mintak dijauhkan lah anak2 kita perlakukan kita dimasa akan dtg..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......