Dah seminggu makan epal hijau....masa sarapan...masa buat kerja...masa petang...elok untuk lawas kan...last week aku mengalami kencing kotor...seminggu jugak minum air barli...so far alhamdulillah dah ok dah...kesan dari kencing kotor tu aku hilang berat badan banyak jugak...elehhhhh...2kg pun nak kecoh...berat badan aku 55kg, turun 2 kg dan sekarang dah 53kg....another 3kg to go...aku kena maintain 50kg at least...kalau terlebih ni aku senang jatuh sakit...so lebih kepad kesihatan bukan semata2 nak nampak santek kan....kurus sangat pun x cantik....melidi jer...biar sedang2 mcm tu....tp awas ye...sapa2 yang ada gastrik jangan amalkan sangat...maybe korang boleh guna buah lain....buah apa eh....korang google la sendiri...tp epal hijau yang aku beli xde la plak masam macam hape..masam2 manis lemak2 gitu....hari2 makan 2 biji...sebiji pagi sebiji petang....aku dah kurang amik nasi dah...tghari makan roti...petang tgok la...makan sup2 or makan benda2 light2...malam x makan dah....kalau makan pun amik buah je....so after this stok buah kena ada la dalam peti ais...lagi satu aku suka buat sup bayam...makan without nasi...heheheh....macam bagus je...xde la aku nak share sebenarnya....adik angkat aku si Farah Bubblynotes cakap aku dah kurus...so..semangat kena kasi tinggi lagi la....perut nak kasi kempis skit...sebelum ni x amik peduli...makan jer kan....ni umur dah 36 tahun kena la jaga....kang ada plak yang x jadi pinang aku...oppsss....choii mulut ko kan.....korang kalau nak ikut diet cara aku silakan la....aku x paksa...serius sejak amalkan makan epal hijau ni aku dah jarang mengalami sembelit...memang bagus sistem penghadaman aku...lawas jer.....
Meh kongsi sikit tentang khasiat epal hijau yang aku jumpa dalam internet...
Seringkali kita mendengar nasihat dari doktor atau membaca papan tanda kesihatan yang menyarankan 'an apple a day, keeps the doctor away'. Apakah yang berkhasiatnya dengan buah ini? Secara amnya, epal terbahagi kepada 2 jenis iaitu epal hijau dan epal merah. Ramai yang mengesyorkan memakan epal hijau untuk mengurangkan berat badan. Apakah kandungan yang terdapat di dalam epal hijau yang membuatkan ramai orang menyarankan agar memakan epal hijau dalam membantu mendapatkan bentuk badan yang langsing. Artikel kali ini akan membincangkan tentang khasiat epal hijau dan kandungannya.
Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal. Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrient tambahan serta mengandungi kalori yang rendah. Kalori bagi sebiji epal 154 g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.
Kelebihan Epal Hijau
• Makanan tinggi serat
Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.
• Mengandungi Karbohidrat
Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.
• Kaya dengan sumber mineral dan vitamin
Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.
Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah. Terdapat pelbagai lagi manfaat epal hijau yang boleh dikongsikan kepada anda. Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.
cicqah garam noks... pergghhh... telan airliorrrr
ReplyDeleteamboiii dapnyee
Deletesweet sour... :)
DeleteSedap..
DeleteBagusnyaa dah kurus tuh..nak kurus lagi yer.. hmm..sedap epal ijo..akak pun suka.. :)
ReplyDeleteepal hijau bagus gak untuk migraine :)
ReplyDeleteoh ye ke? good info
Deletegood info
Deleteterbaek la along...diet epal hijau yeak...bunyi mcm ohsem....
ReplyDeletehaa along diet2 ni ade ape2 ke...mane tau dah dekat tarikh special heheheeheh saje usik along pagi2 nieh...
bagusnye amalan makan epal hijau..kite malas nak kopek..huhu~
ReplyDeletesame here. minta tlg mak kopekkan haha
Deletebasuh bersih2 makan dengan dengan kulitnye kaya serat
Deletenak diet jugaklah...
ReplyDeletelemak dalam badan ni. dah tepu dah ni..hihii
same here. saturated fat hehe
Deleteuntuk kulit pon sesuai... nnt jd licin
Deletebetul tu..kedang2 pompuan dah melidi pun still nak kurus..kalau kurus sangat nanti nampak tak chantek...hahaha
ReplyDeleteRegards.
-Strider-
kurus cengkung tak lawa hhee
Deletemcm kc dah comel
Deletebuat jus sedap gak epal hijau ni kan kak :)
ReplyDeletesenang je buat jus epal hijau :)
Deletedapppp nyeee
DeleteAlahai, apa yang baik itulah paling tak suka. Saya epal hijau ni pandang sebelah mata aje. Lagi suka epal merah. Tapi memandangkan banyak pulak kebaikan yang tersenarai di sini, rasa macam should try ke nih.... stok apple memang no hal....sentiasa ada kat rumah.
ReplyDeletewow bagusnyaa sentiasa ade stok
Deleteterasa plk masam2 manis epal ijau tu kat anak tekak ni....
ReplyDeletekecuqq liuqq hehe
DeleteKalau senang lawas hidup pasti bahagia.. Lps yak yak lega je perut hahhha..
ReplyDeleteAll the best on ur diet kakak divas ;-)
yak yakkk heheheh
Deletehe he he
Deletesuka jugak epal hijau.. :)
ReplyDeleteCikna baru beli sebungkus epal hijau RM3.90 je hajat nk diet gak tp time2 hujan ni sllu ke laut .....;-/
ReplyDeletehahahah sy dah selalu ke laut afrika
DeleteWah lagi sedap epal hijau tue dicicah dengan sambal colek.
ReplyDeleteHehe.
Takjadi nak diet.
Paling penting epal hijau memang antioksida tinggi.
wahh sedapnyaaa bila kena cicah dgn sambal tu hehe
Deleteni yg terliuqqq sambal coleq
Deletenak amalkan jugaklah makan epal hijau ni :)
ReplyDeletejom kita amalkan :)
Deletelettsss gooo
Deleteca suka epal jugak
ReplyDelete... buah nye pon murah senang dapat kan!
Deletepenah gak buat...sampai tak lalu...huhuhuhu
ReplyDeletewow mesti dah muak tu
Deletewalaupun ni pos lama, nak comment jugak. jumpa masa tgh google fasal epal hijau. nak tgk pengalaman org yg pernah makan. skang tgh cuba minum jus dari sebiji epal setiap pagi selepas bgn tido. dari segi penurunan tu mmg ada ( tapi mkn control la). nak tgk inch loss lepas seminggu, ada ker tak.
ReplyDeletewow good sharingg
Deletegood info
Deleteskrg ni kc amalkan jugk makan epal hijau hehe
ReplyDeleteSemalam pon bonde makan semangkuk jugakkkkk
ReplyDeletemakan dengan asam boi.... hua hua hua
Dulu setiap hari ai makan epal hijau, la ni dah jemu.. huhuhu.. kena try alternatif lain pulak..
ReplyDeletekita tokleh makan gituje.kena buat air..hehe tanpa gula..
ReplyDelete. Apple hijau baru bli semalam .. Tb2 tekak rs nk wat jus apple hijau sendiri blend ngan ais....
ReplyDeleteNak wat utk my shuben la .. Utk diet.. Hahaha harap2 tk kelAut la.. Ke sungAi tk pe.. Hihih
Ana 2 minggu lepas kena kencing kotor. Sampai sakit belakang badan sbb doctor kata mungkin kuman dh naik sampai atas. Merana lah seminggu. Air barli, air kelapa semua dah minum. Seriau bila teringat.
ReplyDelete