Thursday, January 16, 2014

Visit Malaysia Year 2014 > Muzium Di Raja Istana Lama Seri Menanti




Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Bandar DiRaja Seri Menanti ini menempatkan khazanah dan alat-alat kebesaran kerabat DiRaja Negeri Sembilan termasuklah pakaian, senjata, balai beradu serta dokumentasi berkenaan keluarga DiRaja sejak turun temurun.
Bangunan setinggi empat tingkat ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku oleh dua tukang melayu bernama Tukang Kahar dan Tukang Taib. Istana ini mempunyai 99 batang tiang pasak setinggi 65 kaki yang melambangkan 99 orang pahlawan yang bertugas mengawal istana tersebut satu masa dulu.
Muzium ini dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.



Untuk maklumat lanjut :



Muzium DiRaja Seri Menanti
71550 Seri Menanti
Kuala Pilah,Negeri Sembilan
Tel : 06-497 9653

3 comments:

  1. Dah pernah sampai sini masa belajar matrikulasi dulu, bertahun-tahun lalulah :) Best juga sesekali melawat tempat bersejarah ni.

    ReplyDelete
  2. oh yer ker..SA tgh plan nak pi teratak zaaba plak nanti..kat bahau...

    ReplyDelete
  3. Salah satu tempat yang mesti dilawati bila berkunjung ke sini..hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......