Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Bandar DiRaja
Seri Menanti ini menempatkan khazanah dan alat-alat kebesaran kerabat
DiRaja Negeri Sembilan termasuklah pakaian, senjata, balai beradu serta
dokumentasi berkenaan keluarga DiRaja sejak turun temurun.
Bangunan
setinggi empat tingkat ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku oleh
dua tukang melayu bernama Tukang Kahar dan Tukang
Taib. Istana ini mempunyai 99 batang tiang pasak setinggi 65 kaki yang
melambangkan 99 orang pahlawan yang bertugas mengawal istana tersebut
satu masa dulu.
Muzium ini dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Untuk maklumat lanjut :
Muzium DiRaja Seri Menanti
71550 Seri Menanti
Kuala Pilah,Negeri Sembilan
Tel : 06-497 9653
Dah pernah sampai sini masa belajar matrikulasi dulu, bertahun-tahun lalulah :) Best juga sesekali melawat tempat bersejarah ni.
ReplyDeleteoh yer ker..SA tgh plan nak pi teratak zaaba plak nanti..kat bahau...
ReplyDeleteSalah satu tempat yang mesti dilawati bila berkunjung ke sini..hehe
ReplyDelete