Definisi
Clean eating yang sering kita dengar bukanlah sejenis diet. Ia sebenarnya adalah satu pilihan gaya hidup yang sihat. Clean eating ini juga bukanlah satu konsep baru, hakikatnya pemakanan cara ini telah lama diamalkan oleh sesetengah orang yang mementingkan kesihatan, kecantikan dan kecergasan tubuh badan sejak dulu lagi.
Ianya sebuah konsep pemakanan yang sederhana, dan hidangannya terdiri dari makanan yang masih tidak dicampur dengan bahan-bahan lain seperti bagan pengawet, perasa, atau pewarna tiruan. Apabila seseorang membuat pilihan untuk makan secara clean eating, ia bermaksud seseorang itu memilih untuk tidak makan makanan yang diproses.
Jenis makanan
Asas-asas makanan clean eating termasuk - makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, bijirin penuh, serta bijirin yang masih lengkap. Contohnya seperti beras perang, gandum dan bijirin yang lain. Makanan yang masih belum diproses juga dikatakan sebagai makanan bersih atau clean eating.
Kebaikan
Terdapat pelbagai kebaikan apabila memilih clean eating; antaranya ialah
I. Mengurangkan berat badan
II. Meningkatkan tenaga
III. Mengurangkan lemak
IV. Kulit yang lebih cantik dan halus
V. Rambut yang lebih sihat
4 prinsip clean eating
I. Pilih makanan yang segar, iaitu makanan yang masih belum dicampur dengna bahan- bahan yang memberi kesan sampingan pada kesihatan. Elakkan juga makan makanan yang telah pun diproses.
II. Pada setiap hidangan yang diambil, pastikan mempunyai protein, karbohidrat dan sedikit lemak Kebanyakan hidangan yang kita makan biasanya hanya mempunyai karbohidrat dan lemak, tetapi kekurangan protein. Protein adalah penting dan ia juga boleh membantu membendung selera anda.
III. Kawal pengambilan lemak,gula dan garam. Apabila mengamalkan clean eating, makanan-makanan yang dimakan secara asasnya mengandungi kadar lemak,gula, dan garam yang rendah.
IV. Lakukan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal yang kerap dapat membantu memberi kesan yangBukan lebih biak untuk pengamal clean eating. Ia bukan sahaja mengurangkan lemak, menguatkan serta membina otot, malah ia juga dapat memastikan jantung, paru-paru, dan tulang yang lebih sihat dan kuat.