Cinta pandang pertama, rasanya apa yang kaum lelaki perhatikan pada seorang wanita lalu membuatkan beliau jatuh hati? Ramai yang akan mengagak punggung atau dada, namun menurut sebuah kajian UK, 70 peratus lelaki akan perhatikan mata seorang gadis terdahulu. Menarik bukan? Jadi mari kita lihat apa lagi yang menjadi tumpuan si dia setiap kali melihat anda!
Mata
Dari mata turun ke hati. Orang selalu berkata kita mudah pelajari sesuatu tentang seseorang apabila kita melihat mata mereka. Nak tahu seseorang menipu atau tidak, kena tengok mata.
Senyuman
Senyuman tanda orang yang ramah dan mudah didekati. Kalau muka berkerut, sudah tentu tidak menarik. Selain itu, ketika si dia perhatikan senyuman anda, si dia turut perhatikan bibir anda.
Buah dada
Kita ingat itulah perkara pertama yang diperhatikan lelaki! Rupanya perkara ketiga. Tiada beza pun, hakikatnya mereka masih perhatikan.
Rambut
Gaya rambut memainkan peranan rupanya. Nampaknya lawatan ke salon setiap bulan tidaklah membazir kerana pasti si dia tertawan.
Berat badan
Tidak bermakna lelaki sukakan wanita kurus sahaja. Malah menurut kajian, mereka lebih suka jika ada “isi”.
Kaki
Kaki panjang macam model memang menjadi pilihan kaum lelaki.
Gaya pakaian
Pakaian terdedah atau tertutup? Lelaki lebih suka gaya classy yang tidak terdedah, biar ada sedikit misteri di sebalik si pemakai.
Punggung
Jadi perlukah punggung macam Kim Kardashian? Mungkin jika anda inginkan lelaki seperti Kanye.
Tinggi
Berita gembira untuk gadis bersaiz kecil! Lelaki sukakan wanita yang rendah sedikit berbanding mereka.
Akhir sekali, mereka perhatikan kulit anda. Gebu ke berjerawat. Tetapi oleh kerana lain orang, lain citarasa, kadang kala perkara begini tidaklah mainkan peranan sangat dalam soal jatuh hati.Tak cantik pun kalau hati dah berkenan, siapa kita untuk persoalkan?
SUMBER MYLAUNCHPAD
selera cinta ni berbeza2..ada yg tak pandang fizikal tapi perangai..hehehe..
ReplyDeletesalam isnin
ReplyDeletedan selamat pagi
yupp memang betul..
ReplyDeletefirst memang diorg pndang mata knn..
dari mata turun kehati katanya..hihi
depends pada lelaki juga...kalau separuh yg gatal skit tue...punggung and buah dada yang first...
ReplyDeleteKemain org lelaki ni. Hahahah~
ReplyDeletebetul la tu SA
ReplyDeletedr mata turun ke hati
ReplyDeletekebanyakkan lelaki suka wanita ada 'isi'....haha.....
ReplyDeleteKim Kardashian??? Siapa tu??haha
ReplyDeleteats sebab tu juga wanita diperintah kan menutup aurat sebab bdan wanita mmg cntik Allah ciptakan..
ReplyDeleteKalau dah suka tu tak kira apa dah. Btw, Kim K tu cantik sangat ke?
ReplyDelete