Thursday, November 28, 2013
Petikan Dari Ustaz Don Daniyal
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.
Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu... pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di
kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien... tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat
kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.
Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa... bukan sebab Tuhan tak sayang.
Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri."
tazkirah paling baik yg perlu disebarkan dan diingatkan selalu bg yg bekerja
KEBERKATAN YG DICARI
Untuk renungan bersama !
Sharing is caring...
Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah
tq for sharing
ReplyDeletetrue!
ReplyDeleteperingatan yg berguna tuk kami2 along....moga segala rezeki adalah halal dan diberkati Allah taala....
ReplyDeletegreat info
ReplyDeleteHmm..nice sharing.. Semak diri sendiri :)) thnks
ReplyDeletenice sharing..done follow..jom follow sal http://smileysasa.blogspot.com
ReplyDeletetambahan....
ReplyDeletetipu2 sakit pi ambik MC...tapi duit gaji utk hari tu ambik juga.
nice..mmg kena difikirkan :)
ReplyDeleteAlamak takutnya bila rezeki tak berkat. Honestlylah kan, bw masa pejabat tu pun dah kira menipu nih...errrrhhhh...tapi bos relakan, macamana nih?
ReplyDeletemuhasabah untuk diri sendiri.......
ReplyDelete