Wednesday, September 18, 2013

Poligami Mampu Lanjut Usia????


Entry ini sekadar renungan bersama atau General Knowledge dan tiada kaitan dengan mana2 insan yang di takdirkan hidup berpoligami atau bakal berpoligami...


Hangat entry ni...kalau tanya aku...memang la aku xde pengalaman kan...
andai ada yang tanya aku...kalau aku la..sanggup ke berpoligami...
aku tetap akan jawab x sanggup...sebab aku x nak berkongsi..aku yakin x semua akan berlaku adil..
pengalaman kawan2 banyak mengajar aku tentang kebaikkan dan keburukkan poligami ni...kadang2 x adil sebelah pihak...kadang2 x adil jugak untuk ke dua2 pihak...serba x kena...dari ada masalah elok la aku x menceburkan diri dalam dunia poligami ni...kalau boleh elak aku elak...even sepupu aku pun hidup poligami dan makcik aku sendiri pun hidup poligami..
alahai..takut plak aku nak kawen..mana tau tetiba kan ditakdirkan berpoligami...aturan jodoh di tangan allah kan...siapa kita nak menolak qada dan qadar yang dah ditentukan..tp kalau boleh elak...aku elakkan aje..
Artikel kat atas tu aku x boleh nak confirmkan kebenarannya...hehehhe...
agak2 yang lelaki nak umur panjang..silalah berpoligami...hahahhaa...takut lepas berpoligami terus pendek umur melayan kerenah isteri2 masing2 kan...who knows kan...isteri2 ni macam2 ragam...

meh aku share syarat2 poligami dalam islam dari Wikipedia..

Antara syarat2 berpoligami dalam Islam

 Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT);
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.
Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.


b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.


Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)
i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya;

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21)
Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.
Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

Sharing is caring...


15 comments:

  1. tq for sharing yer kak.. kebanyakan lelaki skrg ni berpoligami tapi tak bersikap adil pon kan .. (sigh)

    ReplyDelete
  2. alaaa tak syuke! tak syuke! heheheeheh....

    ReplyDelete
  3. kalau Zaza sendiri pn mmg tak sanggup tp kalau dah tertulis nasib utk dpt madu, im willing to accept coz my sis pun isteri no 3 tau.. Alhamdulillah hidup dia bahagia.. as 3rd wives husband dia tak bagi dia kerja.. duduk rumah jaga anak.. kasi 1 rumah, kereta elaun secukupnya..

    ReplyDelete
  4. contoh buruk yg ada zaman skang bnyk buat perempuan takut dgn poligami..walopun sebenarnya poligami ni ada manisnya...

    ReplyDelete
  5. Kalau dah namanya lelaki, bukan mudah nak berlaku adil. Mesti ada pilih kasihnya. Kalau ditanya, memanglah tak sanggup tapi siapalah kita hendak menolak takdir kalau sudah begitu suratan hidupnya?

    ReplyDelete
  6. hurm.. xtau nak komen apa.. tp rasanya tak sanggup bila diri ini dimadui.. huhuhu...

    ReplyDelete
  7. wak nk cakep jeeer - kawen sonok tauuu.,harhar2

    ReplyDelete
  8. adehhh.. tak mampu nk ckp apa kak, tp cam tak boleh terima je bila baca tajuk tu..

    ReplyDelete
  9. jika brani buat kalau tak berani takut bahu senget sebelah jangan merana huhu

    ReplyDelete
  10. Poligami itu indah sbb ia syariat Allah... Tpi jadi sebliknya sbb diamalkan oleh org yg x faham syariat... Setiap apa yg Allah suruh ada kebaikannya... Mmg indah poligami...

    ReplyDelete
  11. Kalau farah mmg tak rela la dimadu.. tak snggup kot berkongsi kasih sayang.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. poligami satu ujian dan cabaran..hanya insan terpilih sahaja yang Allah ujikan tahap keimanannya..

    Entri terkini saya : Kaji Selidik Tentang Backlink Dengan Blogwalking

    ReplyDelete
  13. macam lagu.."aku tak rela jikalau aku di madu"..:p

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah