Thursday, September 12, 2013

Gemuk Apabila Makan Malam?

Gemuk apabila makan malam?

       Image Credit: Wong Mei Teng/StockImage

Seringkali kita dinasihatkan agar jangan makan malam agar masalah kegemukan dapat dielakkan. Benar atau tidak. Mari kita lihat dan bincangkan berkenaan mitos yang seringkali dibangkitkan oleh ramai orang berkenaan dengan isu ini. Hal ini akan membuatkan segelintir daripada kita agar menahan lapar dan dahaga agar masalah kegemukan itu tidak timbul didalam diri dan tubuh badan mereka.

Selain daripada itu, ia juga mungkin dapat mengelakkan masalah kegemukan dan memberi kesan kepada individu tersebut ,atau mungkin tidak kepada yang lain. Oleh itu, apa yang sebenarnya berlaku jika kita boleh atau tidak mengamalkan makan ketika waktu malam.

"Berat berlebihan atau tidak adalah berdasarkan pengambilan kalori harian anda."

Jika anda amalkan pemakanan yang melebihi jumlah kalori harian anda, berat badan anda sudah tentu akan berlebihan dan akhirnya menyebabkan penyakit obesiti.

Berat bertambah jika makan waktu malam?

Oleh itu, kenapa makan malam boleh menjadikan anda mengalami berat badan berlebihan? Ia mungkin kerana kalori harian yang anda makan adalah melebihi jumlah yang diperlukan.

Berat berkurangan atau kekal jika makan waktu malam?

Begitu juga soalan yang berupa, kenapa sesetengah individu yang makan pada waktu malam akan tetapi berat kekal dan juga tidak bertambah atau mungkin mengalami pengurangan berat badan? Hal ini juga kerana, kalori yang dimakan tidak melebihi kalori harian mereka. Dan mereka mengawal jumlah pemakanan yang diperlukan oleh tubuh badan serta melakukan kalori defisit.

Pendek kata, makan malam menggemukkan atau tidak adalah bergantung kepada jumlah kalori yang diambil oleh tubuh badan anda.

Hakikat yang ingin disampaikan disini adalah makan pada waktu malam tidak akan membantutkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan anda. AKAN TETAPI, pastikan ianya tidak melebihi jumlah kalori harian yang anda makan.

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh amalkan jika ingin memakan pada waktu malam:

• Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan dari sumber karbohidrat

• Lakukan pilihan bijak dengan memilih hidangan dari sumber protein mahupun fiber

• Amalkan meminum susu rendah lemak sebelum tidur kerana ia amat baik diamalakan sebelum tidur

• Pastikan snek yang diambil pada waktu malam tidak melebihi 150 atau 200 kalori.

SUMBER

9 comments:

  1. Tip yg amat berguna,
    Tapi boleh saja makan diwaktu malam andainya malam itu anda berjaga atau bekerja, bukannya selepas makan tidur lena sampai ke pagi...

    ReplyDelete
  2. saya pon pantang makan malam kak. selalu klo makan time ptg pkol 6 tu tapi kadang2 cheat jugak ^_^

    ReplyDelete
  3. Makan lewat malam ni dah jadi lumrah bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Walaupun income kecik, keboroian perut masih terjaga akibat amalan makan lewat malam.

    ReplyDelete
  4. Bergantung la..ada yang mudah naik badan ada yang tak..hehe..yang penting jangan amalkan makan malam..

    ReplyDelete
  5. lyn dinner gak,
    tpi dlm seminggu tu sekali dua jer dinner

    ReplyDelete
  6. k.el kdg2 beringat jugak pasal mkn mlm ni
    kdg2..aahhhhhhhhhhhhhh lantok ler hehe

    ReplyDelete
  7. blogger boleh makan lewat malam kerana dia terpaksa berjaga hingga ke lewat pagi..

    ReplyDelete
  8. Akk x makan mlm. Tp x kurus pun..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......