Tuesday, September 17, 2013

Ciri-ciri wanita yang lelaki akan kahwini..

Sudah berpacaran bertahun namun si dia masih enggan menyarungkan cincin tanda? Apabila orang tanya bila mahu makan nasi minyak, rasa macam nak makan sahaja orang tersebut? Adakah anda sudah naik geram dengan reaksi si dia yang juga tidak membantu?

Jangan begitu. Jika anda menghadapi masalah di atas, mari kita lihat apa sebenarnya yang seorang jejaka mencari dalam memilih teman hidup.

Gadis yang miliki pegangan hidup


Ramai yang fikirkan perkahwinan perkara yang mudah, namun hakikatnya bukan setakat melaram dan duduk di atas pelamin. Anda berdua perlu mencapai tahap kompromi dan miliki pegangan hidup  dan hala tuju yang sama. Jika seorang nak A dan seorang nak B, tiada kata sepakat yang membuatkan mahligai perkahwinan rapuh dan senang sahaja untuk si dia mencari yang lain. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang sementara, kalau boleh mahukan sesuatu yang kekal selamanya, sebab itu si dia sedang melihat dan mengkaji persamaan anda berdua.

Gadis yang kelakar

Bosanlah kalau serius memanjang. Sudahlah tekanan di pejabat, balik rumah pula perlu menghadap isteri yang tidak pandai berjenaka. Semestinya si dia mahukan gadis yang boleh menceriakan dirinya ketika pulang dari pejabat.

Gadis yang pentingkan kesihatan

Bukanlah nak badan macam model Victoria’s Secret (namun kalau sama macam seorang model, lagi bagus), tetapi yang penting si dia mahukan gadis yang pandai menjaga kesihatan. Tidak semestinya extreme sampai bina badan, tetapi sedaplah mata memandang.

Gadis yang faham sukan

Masalah utama lelaki adalah apabila si gadis tidak faham apa penting sangat perlawanan bola sepak. Gadis yang turut minati sukan (dan bukan kerana pemain bola sepak tersebut sangat kacak) merupakan sesuatu yang sangat dihargai si dia. Namun jangan paksa diri. Kalau tidak minat sukan, fahamlah bahawa si dia perlukan boys night di kedai mamak atau Stadium Bukit Jalil untuk menonton perlawanan terhangat bersama teman-teman.

Gadis yang pandai masak

Lelaki seronok bab makan. Lelaki memang tidak peduli setakat naik 1-2 kg sebab terlebih tambah nasi. Jika dapat merasa air tangan gadis idaman, lagilah mereka bahagia. Kata orang tua, rahsia rumah tangga bahagia adalah suami yang makan makanan dimasak isteri tersayang.  Jadi kalau tidak reti masak, sekarang mungkin masa yang terbaik untuk belajar, agar si dia cepat sikit sarungkan cincin ke jari manis!

9 comments:

  1. ade kot ciri-ciri kat atas nie...hehee

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah pagi
    apa khabar hari ini

    ReplyDelete
  3. hihihi kena aada ciri2 kat atas eak.. nice share sis

    ReplyDelete
  4. Hurmmm..mungkin sbb mak memenuhi semua ciri2 di atas tu la yg membuatkan mak dah kawen ni kot..

    kan..kan..kan?

    Erk..Puiiii!!

    Ekeke

    ReplyDelete
  5. ....sbb dah kawen...agaknya akak adalah ciri ciri yg suami akak nak..hihhii

    ReplyDelete
  6. Tpi... Ada satu lagi...wanita yg disinari iman... :-)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah