Tuesday, September 17, 2013

5 Cara pujuk Teman Wanita yang kuat merajuk

Kepada followers yang lelaki...anda buntu dan xde tips nak pujuk awek2 anda yang merajuk??
jom kongsi 5 tips di bawah...

Teman wanita sakit hati dengan anda dan terus merajuk? Usah bimbang, di sini kami senaraikan beberapa langkah yang pasti membantu anda memujuk si dia tersayang.

Minta maaf


Tidak kisahlah samada anda rasa perkara tersebut merupakan perkara remeh ataupun anda tidak sedar pun apa kesalahan anda, namun perkara utama dalam memujuk hati si dia adalah dengan meringankan mulut dan minta maaf. Marah macam mana pun, perkataan maaf itu pasti melembutkan hati si dia.

Bagi hadiah

Ada perempuan yang sukakan bunga, ada yang sukakan cokelat. Cuba fikirkan apa yang teman wanita anda sukakan. Tidak semestinya beli sepatu tumit tinggi mewah daripada Christian Louboutin (tetapi kalau berbuat demikian, pasti si dia lupa terus tengah marah), yang penting hadiah itu datang tulus ikhlas dari hati.

Bawa bercuti

Bersiar di tepi pantai juga merupakan cara yang baik untuk menenangkan perasaan si dia. (Tambahan tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak!)

Ajak beli-belah

Wanita dan membeli-belah bagai aur dengan tebing. Ajak sahaja si dia ke pusat membeli-belah pasti hati si dia akan lembut. Tetapi bersedialah kad kredit, mana tahu si dia jenis yang degil dan hanya akan tersenyum jika anda janjikan dres baru.

Makan malam

Waktu malam merupakan masa yang afdhal untuk memujuk orang. Bagi tenang dahulu, baru mula berbicara tentang perkara yang digaduhkan. Kalau nak lagi bagus, bawa makan malam romantik. Tidak ada gadis yang sanggup tahan marah kalau dilayan seperti puteri!

SUMBER

11 comments:

  1. auwww bestnya kalau dapat betul2 kelima2 cara pujukan tu.. tapi klau dapat salah 1 darinya pun dah ok kottt

    ReplyDelete
  2. hehehehe kan best kalau ini yg en tunang buat..
    tpi mlngnya tudakk huwaaa

    ReplyDelete
  3. setuju.. tp yg paling penting minta maaf.. perempuan kan x suka lelaki ego..nk sebut perkataan maaf pun ssh.. huhu..

    ReplyDelete
  4. wow akak dah jadi pakar motivasi lak yer skrg hehehehe ^_^

    ReplyDelete
  5. ajak pergi beli belah tu paling suka...ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. wow.. nice tips ... kan bagus kalau "mereka" mamapu follow tips ni.. hihi

    # salam perkenalan dari mama... mama follow sini

    ReplyDelete
  7. Tapi sy kuat merajuk... Suami lagi kuat merajuk... Sma2 merajuk..last2 ank la pujuk... Hehe... Anak jadi posmen.. Hehe

    ReplyDelete
  8. nak bg hadiah tu bez..hehe
    cara paling cepat sejukkan hati kita
    bawak beli belah pun bez
    tp kalau merajuk sure rs nak balas dendam..ambik brg banyak2..hikhik

    ReplyDelete
  9. wahhh..terbauklah..boleh test nie..hihihi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah