Kita semua sudah cukup dewasa untuk sedia maklum bahawa tiada kisah
cinta yang berakhir bahagia selama-lamanya. Lelaki semakin tua, semakin
naik ulat bulu.
Jadi bagaimana untuk selamatkan perkahwinan anda daripada masalah kecurangan suami? Ikuti tip berikut!
*Klausa pengecualian: Ini sekadar gurauan, jangan ambil hati dengan
penulis. Untuk tip serius, sebaiknya rujuk kepada pakar perkahwinan
Temani suami ke setiap acara pejabat
Contohi isteri-isteri pemimpin kita. Pernahkah anda lihat menteri
kesayangan kita ke mana-mana tanpa ditemani isteri tercinta? Semestinya
tidak, dan anda juga harus begitu. Apabila menemani suami ke majlis dan
acara pejabat atau sosial, suami tiada ruang untuk mengorat anak dara
lain. Biasalah lelaki, apabila isteri tidak di depan mata, mudah sahaja
mengaku bujang.
Jangan bagi suami kacak sangat
Ada lelaki yang semakin tua semakin buruk, dan ada juga yang semakin tua
semakin tampan. Contohnya George Clooney dan Robin Thicke. Biarpun usia
semakin menghampiri 40 tahun, wajah mereka masih menjadi igauan anak
gadis. Mudah nak elakkan suami curang, pastikan beliau tidak melaram
apabila keluar rumah. Awasi pemakaian cologne dan baju baru yang
membuatkan beliau kelihatan segak. Biarkan suami anda gendut sedikit
jadi orang lain tidak berkenan nak melayan kalau dia gatal pun.
Pastikan anda sentiasa kelihatan menarik
Apabila anda sentiasa kelihatan menarik, ini tidak memberi peluang
kepada suami untuk mencari alasan untuk menduakan anda. Kalau beliau
masih menggatal dan curang diluar, orang luar dan juga anda tahu bahawa
suami miliki masalah psikologi dan bukan salah anda kerana anda sudah
lakukan yang terbaik. Cari sahaja yang lain dan usah buang air mata
kerana beliau.
sumber
betul betul betul :)
ReplyDeleteKata suami saya, "Kalau suami nak beralih angin, tak semestinya sebab isteri tak lawa lagi" Maksudnya :- mereka mmg tak pernah fikir alasan yg munasabah mengapa perlu beralih angin!
ReplyDeleteTips yang last skali tu paling best kak. Ramai isteri2 yang dh leka dan terlampau sibok urus kan anak dan rumahtangga sampai kan diri sniri dah kusut masai ^_6
ReplyDeleteFuhhh..hot entry nie..hahaha..bini keja pandai jaga badan sendiri jangan dok kalut jaga badan suami ja..hehehe
ReplyDeletebetul2
ReplyDeletephewww.. harus contohi ni..
ReplyDeletebha ha ha...nama nak mengekor sana sini tu memang taklah...sebab lelaki ni kalau nak gatal bukan belakang kita jer, depan kita pun boleh buat sama ada perasan atau tidak... bab jangan bagi suami kacak sangat tu, tak in ngan adik diva lah kak...i love my husband when he's handsome and macho...wakakaka.... dan bab pastikan sentiasa kelihatan menarik tu, agree, takkan nak rupa mak lampir plak kot...ooopss...
ReplyDelete*lelaki ni tak boleh ikat sangat, kalau terlalu ikat lagi buas bila sekali dapat lepas... *_^
klu dia gatai kita kna lagi kna kuat goda... lagi seksi dan lagi menarik dari semua yg ada di luar sana... tapi pkra ni berkait gak dgn iman... jika yg beriman... agak mustahil lah nk mnggatai kan..
ReplyDeleteerm, yang pnting pndai jaga diri.. lelaki, depan kita pun kalau dh gtal, gtal juga. cuma kita yang akan makan hati. tpi kita pun kena bersiap sedia la untuk takle dia balik..hehe
ReplyDelete