Image Credit: StockImage/Jonathan Werner
Membantu merangsang otak
Tertekan dalam menyiapkan sesuatu kerja ataupun menduduki peperiksaan? Coklat mampu membantu anda. Bukan semata-mata membantu daripada tekanan, malah ia juga merangsang otak anda. Flavonol yang terdapat di dalam coklat akan mendorong darah untuk mengalir ke otak, sekaligus membantu otak anda lebih aktif, fokus dan meningkatkan prestasi anda dalam masa 2 hingga ke 3 jam.
Memberi kekenyangan
Oleh kerana coklat kaya dengan zat besi, ia amat sesuai untuk dijadikan snek antara waktu makan utama. Contohnya ketika waktu sebelum makan tengahari, makanlah coklat dan anda akan dapati yang anda akan kurang berselera melihat makanan yang tinggi lemak, manis dan masin apabila tiba waktu makan utama. Ia amat bagus untuk diet anda kerana ia membantu anda mengawal pemakanan.Membantu kesihatan kulit
Kesihatan kulit bukan hanya bergantung kepada set penjagaan kulit dan krim yang banyak terdapat dalam pasaran. Pemakanan memainkan peranan penting juga. Coklat mempunyai anti oksidan yang boleh membantu mencegah kedutan. Coklat yang mengandungi flavonol yang tinggi juga mampu melembutkan dan juga melembapkan kulit di samping mengurangkan sensetiviti kulit terhadap cahaya UV.
Coklat sedap...terutama kalau kek coklat!
ReplyDeleteMemang sedap coklat
ReplyDeletebetollll tu akak ... ^_^
ReplyDeletehehe.. mmg suami sy hntu coklat.. ank pun dh terikut perangai dia.. hehe
ReplyDeleteSuka...suka...
ReplyDeleteSekarang anak no 1 dan no 2 mengikut perangai maknya yang hantu coklat.