Bahan-bahan :
 
3 biji kentang
3 sudu susu segar, kalau tak de pakai susu cair pun boleh...
garam secukup rasa
1 sudu teh lada hitam
 
Cara Menyediakannya:
 
  • Kentang dipotong kecil atau dadu.
  • Rebus kentang dalam separa air.
  • Tambahkan sedikit garam.
  • Apabila sudah empuk, masakkan sehingga air kering dan terus dilecek hingga halus.
  • Masukkan susu dan lada hitam.
  • Sesuaikan rasa dan sedia dihidang.
  
Bahan sos:
 
2 sudu mentega
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh lada hitam
1/2 kiub pati ayam
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu sos tiram
Sedikit kicap
3 cawan air
  
Cara Menyediakannya:
 
  • Panaskan mentega dan tepung gandum, masak sehingga kekuningan. Api perlu sentiasa kecil.
  • Bawang dimesin halus.
  • Masukkan bawang, air dan bahan-bahan lain. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan kicap sehingga mendapat warna yang anda suka.
  • Masak sehingga pekat, tambahkan air jika masih berketul dan sentiasa kacau.

Selamat mencuba!