Wednesday, July 31, 2013

Di tunggu Kad Raya...Yang Dapat.....


Lain yang ditunggu...lain yang dapat....yang di tunggu kad raya dari adik manis....
Yang sampai kad jemputan kahwin....
Minggu raya plak tu dia kahwin..

Kak Rizz @ The queen of GTI....hihihi.....tau pun....

Wedding Aslam dan Azna....nak kahwin dh Aslam....further study x lama lg then fly bwk bini sekali eh....belajar di tempat yg sama kan...

Sib baik jemput akak &family...

Boleh la angkut sekali family aku Ahad minggu depan..dh janji nak pegi kan...
Aslam adalah jejaka ensem yg kitorang sambut farewell ari tu sehari sebelum posa kat
Sooka Sentral...
Ish...kena pi cari hadiah ni.....


Special Gift from Boustead Travel


Dark Chocolate 
With best compliment...

Tgh sibuk2 buat keja td dapat call ckp ada org naK jumpa...
Pergi depan tgok la...travel agency yg aku selalu deal tu...
Datang htr buah tangan sempena raya...every year mmg dorang hantar....
Alhamdulillah....rezeki tahun ni...
Bertambah skit kuih raya aku...if sempat kang nk pi cari muruku plak....
Aku suka beli kat terminal 1 Seremban...mmg sedap dan selalu beli kat situ je...
Sapa lg nk bg kuih raya...meh....lai..lai....


Putih Telur Dan Kelebihannya..

Putih telur dan kelebihannya

Ramai yang suka menjadikan telur rebus atau telur goreng sebagai hidangan lauk untuk juadah makanan mereka. Tidak lupa juga bagi penggemar sarapan pagi digreai mamak dan sebagainya, telur separuh masak mesti menjadi pilihan hati.


Apa kelebihannya telur ini? 

Adakah ia memberi kesan buruk untuk jangka panjang atau sebagainya.
Keburukan memakan telur secara berlebihan seringkali diperdebatkan. Perkara paling utama dan hangat dikatakan adalah ianya dapat meningkatkan kadar kolesterol tubuh badan anda.


Komposisi sebiji telur rebus

Kajian menunjukkan bahawa manusia hanya memerlukan 300mg kolesterol dlm tubuh badan. Oleh itu, kita harus tahu jumlah anggaran sebiji telur dan komposisinya. Untuk pengetahuan ramai, sebiji telur mengandungi anggaran 210mg kolesterol.

Banyak bukan?
Akan tetapi jika dibuang kuning telur, dan hanya makan putih telur ia dapat mengurangkan kadar koleterol dan hypertension kerana putih telur hanya mengandungi kolesterol yang sedikit dan tinggi dengan nilai protein. Jumlah anggaran protein putih telur adalah lebih kurang 7g dan ia mengandungi protein yang tulen dan tidak mempunyai lemak.  Dan ini hanya jika telur itu direbus. Akan tetapi jika dimasak dengan minyak atau butter, jumlah kalori nya akan berbeza kerana telah dimasak dengan minyak yang kita tahu mempunyai kalori juga.


Dapat mengurangkan jumlah kalori

Ya, dengan mengasingkan putih telur dengan kuning telur, anda dapat mengurangkan jumlah kalori harian. Anggaran kalori bagi telur rebus adalah 90 kalori. Dan apabila anda memakan putih telur sahaja, anda telah membuang lebih kurang 70 kalori daripada telur tersebut. Hal ini kerana, putih telur hanya mengandungi 20 kalori. Selain daripada itu, putih telur amat tinggi dengan nilai protein yang tulen malah ianya kurang berlemak.

Selain daripada itu, putih telur juga kaya dengan folat, thiamine, fosforus, B6, zink, asid panthothenic, kalsium, dan B12. Anda juga mendapat vitamin penuh seperti A, E, D dan K dari putih telur. Putih telur adalah sumber rendah lemak, sama ada ia adalah politaktepu, monotaktepu, atau tepu.

Selain daripada itu, ia juga dapat mempercepatkan proses regenerasi pada kulit wajah anda dimana anda boleh sapukan putih telur di muka anda selama 30 minit, dan basuh dengan air hangat. Oleh itu, selain dengan khasiat yang elok untuk mengurangkan berat badan, putih telur juga dapat membantu dalam mencantikkan kulit wajah anda. Protein dalam putih telur dapat membantu melembabkan kulit wajah anda. 

SUMBER 

Iftar ke 21- Bukan Menu Aku


Semalam xde menu iftar dari aku...semalam berbuka kat luar dengan cik abg
Makan makanan nyonya cuisine kat Jusco Kepong...x sempat amik gambar sebab makanan sampai ngam2 buka posa...segan plak ngan cik abg kan...well aku makan simple je...mee Singapore, up cendawan goreng krispy and cik abg makan kuew tiau apa ntah served dlm kuali kecik ngan amik set chicken wing goreng krispy...air plak aku amik apple jus and cik abg fresh orange...total semua RM40...murah kan????

Blog aku x lengkap if x citer pasal menu...meh aku up citer menu umah adik aku...ibu si kembar ngan umah adik ipar kat Muar..

Nasi lemak untuk iftar  Ke 20
Bahan penyeri nadi lemak...ayam goreng tu gebu mcm tuannya...hahaha

Ni menu semalam..kuew tiau goreng....ada kerang ngan udang nampaknya


Ok...kita tgok plak menu adik Ipar aku kat Muar

Ayam masak lemak cili api....

Cempedak goreng....waaa...best...tp aku x leh mkn
Semput kang...

Sandwich sardine...  hurmmm...dapnya...

Itu la menu iftar adik2 aku.....masing2 lepas je masak sure whatsaap kat group....
Hari2 pun mcm tu...cuma semalam xde pun menu dr umah mak...hihihi...
Hari ni cadangnya nk balik umah mak if brg customer order sampai....
Tp mcm kemalasan plak....x sure lg la nampaknya....



WW -7 Cardinal Rules In Life


Agree?
Any comment?


Tuesday, July 30, 2013

Doyannnnnn....


Dapat gambar ni last week...ohoooo....Ikie dengki ngan mama eh...sajer jer kan...Ikie tau mama posa...Ikie tunjuk makan doyan kan...sedihnya mama..kat Seremban x musim doyan...
bestnya if ada dusun sendiri kan...if mama ni banyak duit..xde commitment loan..dah lama pinjam bank beli tanah tau...tanam pokok2 buah banyak2..satu keturunan boleh makan nanti..

Cantik Lagi Ke Tanpa Mekap?

Cantik-lagi-ke-tanpa-Mekap/
Wanita dan solekan seiring sejalan, tanpa salah satu pasti tidak lengkap. Namun ada kalanya wanita terlalu bergantung kepada solekan, sehingga takut sekiranya dilihat wajah asli tanpa solekan.

Ada kajian Inggeris pernah menunjukkan, ada wanita yang sanggup bangun lebih awal daripada pasangan agar si suami tidak akan lihat wajah asli mereka tanpa solekan.

Mengapa begitu? Hodoh sangat ke wajah asli kurniaan Ilahi? Atau keyakinan diri yang menjadi persoalan disini.

Mari kita lihat beberapa selebriti kesayangan tanpa topeng solekan mereka. Adakah anda rasa bahawa mereka masih jelita?

Lady Gaga
Fazura 

Neelofa

Menu Iftar ke 20

Assalamualaikum u olls.....
Haaaaa.....ini bukan menu org pemalas ye....if mls megi kosong je...
Ntah sapa ntah update makan megi smlm buat aku terliur....terus nk buat megi...

Maggi Sotong Special Suriaamanda...


Tajuk menu nak kelas....ko dah kenapa Jemah....setakat megi...budak 7 tahun pun boleh buat.. hHuhuhuhu. ..
Macam biasa aku if masak megi mesti tumis bawang ngan cili api potong...campak2 je semua bahan ...yg special nya...sotong aku letak sekor2..ada 4 ekor sotong yg gemuk2 dan ada telur.. huiii...ni terliur balik...ish.....sebenarnya semalam aku nk buat maggi ketam...
Tp tu la...xde plak ketam kat kedai bawah tu....terus beli sotong...pilih yg betul2 gemok...
Hahaha....aku mmg masak megi campur macam2..
Korang masak megi macam mana? Jom share....

Monday, July 29, 2013

Menu Iftar Hari ke 19

Semalam sempat pergi pasar tani Tanjung Ipoh Kuala Pilah...
Beli ikan tilapia hitam besar...pas tu beli burung puyuh salai 10 ekor....
Huii...boleh tahan besar burung puyuh tu...

Meh tgok menu iftar semalam....

Burung puyuh salai...gambaran sebelum..

Ni yang dh jadi rendang..campur daun puding...rendang org Nismilan...

Ayam goreng masak merah...kesukaan dania...

Ikan tilapia hitam bakar...sedap...besar..dan lemak....

Kuah kicap untuk ikan tilapia bakar.....bahan nya kicap..bwg besar cili api, tomato ngan limau kasturi...campur semua sekali....


Alhamdulillah semalam iftar ke 19...hari ni dh iftar ke 20
Menghitung hari dah ni..lg 9 hari je posa...yg x sabar of coz Dania...
Hari2 tanya...lama lg ke nak posa...sejak posa ni dia nampak kurus skit...
Alhamdulillah masih teguh lg puasa penuh....doa mama semoga kekal puasa penuh sampai tahun2 akan datang...amin...


Menu Iftar 18 Ramadhan



Iftar hari ke 18 aku dan keluarga berbuka kat kampung...kesian kat Mak Lang..berbuka berdua jer ngan Pak Lang...kalau ada pun anak lelaki dia..bertiga jer..dah la last week x balik kampung kan...
meh kita tgok apa menu yang ada...

daging cincang masak lemak cili api..
kobis masak lemak putih
sambal gesek
tom yam ayam 

kuih sepang
kuih koci...

Percaya x if aku ckp kuih sepang dan kuih koci tu harganya 30 sen seketul?
kat kamppung ni masih murah rupanya kuih2  mcm ni...kat KL or kat mana2 Param xde rega macam ni de kan...sedap pun sedap....cukup santan..cukup rasa intinya...
next time boleh la order siap2..bukan orang lain buat pun...adik Pak Lang jugak...maybe sebab tu murah kot...tp memang murah weh....


Daun Kunyit Mak Lang


Balik kg tgok kat tepi rumah Mak Lang makin gemuk daun kunyit dia...geram jer nak ambik...
hihi..tanam x nak..pungut hasil bukan main lagi..

 sure ibu kunyit dia dah besar2 
if korang tengok pun sure geram...

Mak aku amik dua tiga helai daun kunyit ni...boleh campur dalam gulai...
if buat ikan bakar balut ngan daun kunyit pun sedap....
korang suka letak daun kunyit dalam masakan?


Dah bertunas dah...


Tadaaaaa....dh besar dah pokok bunga ong aku....dah bertunas dan dh besar...
Mak ckp ada ong tuh...x tau nama pokok ni...aku juz panggil pokok ong...

Nampak x?

Aku close up...nampak kan...

Seronok betul tgok dia dh bertunas...yg kat opis pun dh byk anak dia dh...
Nak bawak balik boss aku bising..acaner??


Selamat Pagi...


Assalammualaikum....

Salam Isnin u olls...lama aku bercuti dari Jumaat...sebab tu senyap jer...balik kampung...berbuka kat kampung...seronok memang seronok...tp tu la...dalam pada seronok tu..
hati x tenteram jugak...ada personal insiden sebelum2 ni...memandangkan personal..x perlu la aku share kat sini..
macam mana persediaan raya korang?
dah settle dah...aku macam biasa la..ala kadar jer...xde apa yang hebat pun...
yang penting untuk anak dara aku tu je...
cuti pun x lama...sampai Rabu je...Khamis baru masuk kerja balik...
after this nak concentrate untuk cuti bulan 11 plak..nak pi Sarawak..
Convo si kudut tu...



Sunday, July 28, 2013

Menu Iftar Ramadhan ke 17


Jumaat...aku cuti...macam biasa balik Seremban...Khamis petang tu aku dah balik dah...lambt gerak maka berbuka dalam Train...first time tau berbuka dalam train..sib baik sebelum naik train dah beli sandwich ngan jus laici...
biasa la orang kerja di perantauan kan...hahaha...ayat x leh belah...

meh tgok menu Iftar ke 17 

 gulai kacang buncis campur kerang
 gulai Ikan Patin
 telur dadar campur tomato
cucur udang ..

Aku berjaya diet nasi ..makan cucur udang je...pas tu meratah lauk...
entah kenapa tekak x nak nasi plak...tp sahur tu layan jugak nasi..hahaha..xde makna nak mendiet..
berat badan pun x berapa nak turun bulan posa ni...sama jer lebih kurang...timbang ari tu ada la turun 1kg...pas tu maleh aku nak timbang lagi...korang cane?
makin kurang berat badan ke or sama je?


Saturday, July 27, 2013

Risiko Panaskan Makanan

Risiko panaskan makanan





Makanan yang tidak habis akan disimpan di dalm peti ais, kemudian dipanaskan semula untuk hidangan akan datang. Mungkin juga anda suka makanan bersantan yang dipanaskan berulang kali. 

Bagi anda yang suka panaskan makanan, mereka menganggap semakin lama dipanaskan semakin sedap dan kena dengan selera. 

Namun sebenarnya kesan makanan bersantan yang dipanaskan berulangkali akan membentuk aseton, radikal bebas yang boleh membahayakan kesihatan.

Radikal bebas ini akan menempel pada pembuluh darah yang akan menyebabkan ia menjadi sempit dan tersumbat. Jadi, elak memanaskan makanan berulangkali. 


Friday, July 26, 2013

Telur ikan tidak pecah

Telur Ikan Tidak Pecah


 
Telur ikan jika digoreng kunyit, sangat sedap. Tetapi kadang kala sewaktu anda menggoreng, telur ikan itu pecah. Pasti anda kecewa dan segan pula untuk dijamu kepada tetamu. 

Jadi bagi penggemar telur ikan, anda pasti tercari-cari kaedah untuk mengelakkan telur ikan daripada pecah.

Atasinya dengan memasukkan telur ikan ke dalam plastik.  Rebus lebih kurang lima minit kemudian keluarkan dari plastik dan masak seperti biasa


Thursday, July 25, 2013

Majalah EH keluaran Ogos....

Aku suka je baca majalah....x baca kang x ikut perkembangan zaman plak...
Kang orang duk bercerita...aku melopong...
Actually sebagai reference aku untuk if nk cari barang2 or fashion2 baju...
Tips...
Majalah EH ni x sesuai ngan aku....eh.....sukati la....aku yg nak baca..aku punyer sokaaaa...
Hihihi...sukati je budak opis ni ckp aku dh 30's so x sesuai....
Dengki ko x pat beli kan...
Nabila Huda penghias muka depan...cantik betul dia

Yg aku suka dapat sample ni...Lactacyd...aku mmg guna pun pencuci ni...

Dapat 2 pack....

Tp yg aku beli kaler biru tu....belum habis pun lg....
Ingat nk beli yg travel pack...
Miss v pun kena jaga jugak kan....
Aku ada soalan ni...

1. Korang suka baca majalah apa?
2. Korang guna pencuci apa untuk miss v korang?

Yang lelaki jgn sibuk nk jawab eh...soalan khas utk wanita je.....


Iftar ke 15 as orang bujang


Hi korang...ini la menu aku semalam....boring kan...sambal sardin ngan kacang buncis goreng je....
Bertambah2 makan u olls....

Sambal sardine pedas sikit....masih berbaki...reheat je...ptg ni lyn lagi....
Esok dh berbuka kat Seremban kan...

Kacang buncis goreng....

So stok dlm peti ais dh abis dah...xde apa tinggal kecuali ayam...
Kena habiskan jugak tu  lama sgt nanti x sedap kan....


Oh Tidak! Kakak lagi cantik daripada Saya!



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah