Friday, June 21, 2013

Belenggu Jenayah Cyber

Jenayah siber kian meningkat sehingga 88 peratus pada 2012, berbanding hanya 8,090 kes tahun sebelumnya. Ini hanya kes dilaporkan, namun masih ada banyak lagi kes jenayah siber belum dilaporkan kepada pihak berkuasa yang memantau kes ini.
Apabila isu jenayah siber semakin melarat, ibu bapa berasa bimbang dengan anak-anak yang setiap masa menggunakan Internet untuk mencari kenalan dan maklumat berkaitan sesuatu perkara. Malah menganggap Internet menjadi antara bahan rujukan utama dalam proses pembelajaran. 
Kebanyakan ibu bapa yang ditemui berkata, tidak mengetahui sebab dan dengan siapa anak-anak mereka berkawan di laman sosial dan berasa hairan kerana sentiasa menggunakan Internet pada setiap masa, malah menghabiskan masa berjam-jam sehingga melupakan masa rehat dan tidak mengulang kaji pelajaran. 

Isu jenayah siber ini mampu mengheret semua lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa ke kancah yang membimbangkan, sehingga membuatkan ibu bapa memantau pergerakan dan penggunaan Internet anak-anak supaya tiada perkara negatif berlaku.

Anggaran kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 18 tahun mudah terdedah dengan gejala negatif siber ini malah 94 peratus pengguna Internet di Malaysia adalah remaja.

Bayangkan setiap individu di Malaysia ini mempunyai akaun Facebook sendiri, dengan itu banyak jaringan perhubungan yang meluas ini di seluruh dunia terbentuk. 

Ada ketikanya pengguna Internet terlalu percaya kepada orang lain walaupun baru mengenali rakan yang menambah mereka di laman sosial. Sehinggakan berkongsi maklumat peribadi seperti nombor telefon, nama penuh dan kisah peribadi. Mereka ini tidak memikirkan kesan baik dan buruk berbuat demikian. 

Penggunaan Internet ini juga turut menggalakkan penyamaran seperti tidak memaparkan nama dan wajah sebenar. Namun pengguna Internet yang bijak akan memikirkan keburukan itu dan lebih berhati-hati untuk menerima mereka sebagai kenalan baru. 

Mereka ini akan menyebarkan maklumat lucah, imej pornografi, fail maklumat palsu, fakta yang tidak sahih dan berunsur fitnah. Sehinggakan individu itu berasa malu dan terasa diri diaibkan. Bahkan pengguna Internet juga seharusnya tidak terlalu memaparkan ketidakpuasan hati di laman sosial kerana ada pihak lain yang akan membacanya. 

Jenayah siber yang kerap kali mendapat aduan daripada pihak berkuasa seperti judi siber, pengintipan, skim cepat kaya, kecurian maklumat, penyebaran virus, penggodam dan menyalin perisian secara tidak sah. 

Ada juga yang mendedahkan maklumat diri seperti alamat rumah dan butir akaun bank, maklumat peribadi seperti ini seharusnya tidak dikongsikan dengan rakan di laman sosial tidak kira rakan yang kita kenal ataupun tidak. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. 

Antara langkah wajar yang boleh dilakukan adalah melindungi sistem komputer sendiri. Kita tidak boleh meminta atau mengharapkan bentuk lain untuk melindungi kita daripada ancaman jenayah siber ini. 

Namun, setiap pengguna Internet haruslah memantapkan diri dengan ilmu dan teknologi supaya tahu perisian komputer itu. Misalnya melindungi komputer sendiri dengan perisian seperti antivirus, firewall, pop-up blocker, antispyware dan perisian keselamatan komputer yang lain. 

Ibu bapa yang paling rapat dengan anak-anak haruslah memantau anak supaya kepelbagaian kemudahan itu dapat digunakan dengan sebaiknya, bukannya terjerat dengan keruntuhan akhlak akibat penggunaan laman sosial.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

5 comments:

  1. agree... cyber warrior dah banyak sangat dah sekarang ni... semua dah macam nak gi berperang... gunalah internet untuk kebaikan dan manfaat buat semua...he he he...

    ReplyDelete
  2. Terlalu byk mendedahkan info peribadi mmg merbahaya...Tak dedah langsung apa apa, hatta wajah, org kata kita tak tahu bersosial media pulak...:P

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang ni mmg merisaukan SA...budak budak dgn cyber ni mmg sangat biasa...kena pantau seboleh mungkin! Tak boleh dibiarkan!

    ReplyDelete
  4. biasa la.. zmn makin canggih skrg ni... mmg kna hati2 sentiasa..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......