Tuesday, May 14, 2013

Jodoh Awal


Perkahwinan pada usia masih muda memang digalakkan terutama buat mereka yang tidak boleh mengawal nafsu. Darah tengah muda, nafsu pula membuak-buak.
Statistik tahun 2005 sehingga 2010 juga menunjukkan kes pembuangan bayi yang meningkat dan untuk mengelakkan isu ini berleluasa, perkahwinan pada usia muda digalakkan.
Namun harus diingatkan banyak cabaran yang harus mereka lalui apabila sudah mendirikan rumah tangga.

Seperti yang dapat kita lihat kini, apabila ramai golongan muda yang berkahwin awal, bahkan usia baru belasan tahun sudah mendirikan rumah tangga. Penulis tertanya-tanya adakah adik-adik di bawah usia 20 tahun ini sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan suami?

Mental, fizikal dan rohani haruslah disiapkan terlebih awal buat mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Isu perceraian yang banyak berlaku ini akibat tiada keseimbangan mental yang baik dan kurangnya ilmu perkahwinan. Mereka tahu nak kahwin saja!

Misalnya yang boleh kita lihat adalah isu yang berkaitan di mana isteri kelar tangan suami yang pulang lewat ke rumah kerana cemburu. Malu kalau berkelakuan begini, nampak sangat belum cukup matang!

Persediaan mental penting tidak kira kepada suami atau isteri bagi menjaga hubu­ngan yang dibina berkekalan selamanya tanpa perlu dibawa ke mahkamah sehingga berlaku perceraian.

Kadar perceraian antara pasangan yang berumur 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding mereka yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Ini disebabkan faktor kematangan yang berbeza-beza dan tahap pemikiran yang masih muda.

Apabila mendirikan rumah tangga, tanggungjawab semakin besar malah menurut Islam, dosa seorang isteri akan digalas oleh seorang suami. Bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda kerana banyak perkara yang harus mereka fikir dan jadikan sebagai panduan.

Bila masih muda, masing-masing akan cuba mempertahankan hak dan pandangan sendiri tanpa memikirkan emosi dan perasaan pasangan, lalu mula timbul perasaan curiga dan benci yang menebal.

Sebelum tangan digoncang dan digenggam oleh tok kadi, seseorang lelaki haruslah tingkatkan ilmunya untuk membimbing seorang isteri. Banyak isu perceraian yang kita lihat berlaku apabila masing-masing tegakkan dan berhujah sendiri lalu akan berlaku konflik dalam perkahwinan yang dibina.

Berlaku juga perubahan dalam hidup apabila berkahwin awal ini, bayangkan sebelum berkahwin sudah pasti tiada orang yang akan mencampuri kehidupan tetapi selepas berkahwin, pasti ada orang yang akan mengambil berat dan sebagainya.

Apabila tidak boleh menerima perubahan itu dan terasa diri seperti dikongkong, mulalah berlaku konflik dan akhirnya mencetuskan pergaduhan besar yang membawa kepada keretakan rumah tangga.

Sebelum mendirikan rumah tangga, fikirkan secara rasional dan matang supaya tidak menyesal di kemudian hari yang membawa satu gelaran baru kepada anda iaitu duda dan janda.

Ada juga suami atau isteri walaupun sudah mendirikan rumah tangga masih mengharapkan keluarga dan bergantung harap dengan keluarga sendiri lagi malah masih di bawah tanggungan ibu bapa. Sudah berkahwin, pandai-pandailah bawa diri, janganlah sehingga menyusahkan keluarga.

Sekiranya sudah bersedia menghadapi liku-liku kehidupan berumah tangga dan tiada masalah dalam cabaran itu, dapatlah anda untuk berfikir berkahwin seawal usia.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/10Sumber 

9 comments:

  1. org skrg dah mcm org dulu..kahwin awal..baguslah..muda2 lagi anak dah besar..

    ReplyDelete
  2. Kesimpulannye tepuk poket tanye duit, tepuk hati tanye iman ....jgn nanti yg sedapnye mase awal2 je...takut mcm tu.....

    ReplyDelete
  3. nak khwin kena letakkan matlamat... jika matlamat betul insha Allah, Allah berkati dan pelihara... :)

    ReplyDelete
  4. emm..memang kureng setuju dgn isu kawin muda nie..but kalau dah jodoh..nak buat mcm mana kan?

    ReplyDelete
  5. kahwin awal boleh...tapi konsep perkahwinan tu nak kena faham... bila x faham konsep perkahwinan tu,sok2 kalau jadi apa2...jangan nak dok tunding jari sana tunding jari sini...

    ReplyDelete
  6. Yg bagusnya kawin awal ni, cepat matang, cepat established...anak2 bila meningkat remaja, macam kawan2 kita aja

    ReplyDelete
  7. Saya khwin awal gak usia 21 tahun hubby 22, Alhamdulillah kami bahagia sampai sekarang dan anak2 pun dah besar. Apa yg penting kenalah bertolak ansur, paham antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  8. Kahwin awal boleh, x jd masalah pon..kna faham konsep 'berumahtangga' tuh dengan lebih mendalam..sbb bukan sehari dua kita nak hidup dgn pasangan kita..Kalo boleh sampai ke Jannah..
    & setiap pasangan harus tahu yg perkahwinan nih besar tanggungjawab nye..Lagi 1 ego..kna kurang kan..x jd ape pon kalo diturunkan ego tuh..

    Kna lah ade sikap sabar, tolak ansur & byk lagi..Mcm aiza sdri, kahwin umur 20 & hubby 21..Alhamdulillah..Harap & sering doa berkekalan hingga ke akhirnya serta ke Jannah..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......