Thursday, May 30, 2013

Wajib...


Dua botol air ni harus dihabiskan ye...wajib habis..sebab aku ni jenis kulit kering dan payah nak minum air putih kalau dh leka buat kerja..
Nasib baik toilet dekat...kejap2 berlari ke toilet. ..hahaha... dah signal tu kena cepat...x pasal melambak plak nanti...haruuuu...

posted from Bloggeroid


Gula Anau/Gula Kabong

Assalamualaikum semua...

Just nak share dan nak inform..bulan puasa bakal tiba kan...so nak announcement kat sini...aku sekarang jual gula anau atau gula kabong..so sapa2 nak order boleh la inform kat aku..details kat bawah ye...





Siapa nak beli kena inform awal2..
Seketul tu dalam dia ada 5-6 keping gula.
Sesuai kalau nak buat kuih buah melaka, kuih talam dua muka..eh...hihihi...nk jadikan inti kelapa...atau nk buat kuih apa pun la..pandai2 korang la...

Harga seketul RM15
Postage RM10..
Siapa berminat sila sms/whatsaap 0123319641
Stok sentiasa ada ye...inform awal2 supaya senang aku arrangekan stok dan urusan pos..

posted from Bloggeroid


Sapo Punyo Kojo Ni???


Sapo yang sepatut eh kono penampar kok boto la jadi cenggini?
Mano nak masuk keto?
SAPO LA PUNYO KOJO NI KAN?

Sumber FB


Wednesday, May 29, 2013

Meleleh Air Liur..

Mak Jemah stress...terus masa lunch td dihidangkan mangga muda cicah ni kan...sumpah sedap...

Special thanks to mak rofi...
Pandai layan kerenah anak2nya yang macam2..mangga tu aku yg bwk..dari Isnin lepas lg...baru dpt mak rofi buatkan untuk anak2nya...huhu...bukan x leh buat sendiri..saja nak manja masing2...hihi...
Kau hado???? Hahaha...

posted from Bloggeroid


Ke Arah Hidup Sihat

Kenapa aku cakap mcm tu?







Tiap kali meeting besar akan disediakan buahan segar untuk semua committee. .meeting besar je tau...yang melibatkan bosses besar2...elok mcm ni..dari dihidangkan makanan yg boleh menyebabkan kegemukan atau mengundang masalah kesihatan. .

posted from Bloggeroid


Lawak Rabu Tanpa Kata


Lawak Tak? Lawak Tak?
hahahahaha...
Beghosih jalan kalau ado 10 macam ni kan?


Tuesday, May 28, 2013

Be Extra Carefull Peeps..


Lelaki ni selalu menipu pemandu kereta di laluan Lebuhraya Maharajelala, Federal Highway dan Jalan Syed Putra, modus operandi dia lelaki ini akan tuang minyak brek pada tayar kereta hadapan dan akan bgitau pemandu yg sedang memandu bahawa kereta mereka rosak. Dia akan offer utk baiki dan kite perlu bayar rm360 sedangkan kereta kita tidak rosak...hati2 dan sebarkan.




Ada Apa Dengan Peplum...

Gambar from pakcik Google
Kepelbagaian corak dan warna peplum menarik perhatian remaja wanita. Dengan kebanjiran fesyen peplum, mereka ‘gelap mata’ untuk memilih dan tidak terkejut permintaannya begitu tinggi.

Busana peplum ini juga tidak semahal mana malah ia boleh digayakan tidak kira masa dan tempat. Di majlis pertunangan atau kenduri misalnya, ramai yang menggayakan peplum dengan corak kain yang bersesuaian mengikut tema.
Penulis dapati remaja perempuan memang ‘gila’ fesyen ini, lebih-lebih lagi mudah di dapati baik di kedai mahupun belian terus menerusi Internet. 

Fesyen peplum ini dikatakan sudah digayakan berabad lalu, sejak kegemilangan seniwati Allahyarham Puan Sri Saloma.
Foto

Peplum adalah rekaan lama yang kembali menonjol dan mendapat tempat di hati golongan muda. Walaupun kini banyak fesyen pakaian yang lebih moden dan cantik, tetapi fesyen lama ini berkembang kembali.

Wanita muda pada zaman 60-an, ramai menggayakan peplum yang dikatakan amat sesuai digayakan di majlis-majlis tertentu. Peplum mempunyai pelbagai jenis termasuk berlengan panjang dan pendek. Ke pejabat juga boleh digayakan, tiada masalah. Kalau yang lebih kreatif, ia juga boleh digayakan dengan blazer, blouse dan jaket. 

Rata-rata peplum mempunyai bentuk kembang atau kelopak bunga di pinggang untuk memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh yang lekuk. Kini ramai selebriti terkenal sama ada antarabangsa dan dalam negara yang menggayakan busana ini seperti Kim Kardashian dan Kate Middleton. 

Busana ini juga boleh dipakai bersama ‘legging’, mini skirt, kain panjang dan ‘skinny jeans’. Wanita yang bertubuh gempal pula boleh memilih warna yang agak gelap untuk menimbulkan kesan ramping pada pinggang. 

Bagi mereka yang bertubuh sederhana, boleh memakai baju ini mengikut keselesaan sendiri dan elakkan daripada memakai yang terlalu kembang kerana ia akan menampakkan tubuh lebih besar. 

Peplum juga boleh digayakan dengan tali pinggang kecil untuk nampak lebih ringkas dan stailo. Baru nampak lebih remaja! 

Selalunya ia menggunakan jenis kain lycra yang mudah melekat pada badan, jadi untuk mengelak rasa tidak selesa, mereka boleh memilih saiz yang lebih besar, supaya tidak terlalu kelihatan bentuk tubuh badan. 

Christian Dior adalah perancang kepada busana peplum dengan rekaan pelbagai corak dan warna pada tahun 1947. Beliau ingin memperkenalkan peplum supaya kelihatan berbeza dengan jenama lain.


Tujuh kesalahan remaja dalam fesyen

1. Memakai pakaian dengan ukuran lebih kecil

Pemakaian baju yang ketat akan membuatkan penampilan seseorang itu kelihatan seksi. Tidak salah memakai baju ketat untuk mengikut bentuk tubuh badan, namun haruslah berwaspada dan tidak terlalu memaksa diri sehingga berasa tidak selesa. Silap-silap langkah, penampilan boleh nampak cacat.

2. Terlalu banyak corak

Hindari daripada memakai pakaian yang terlalu banyak corak. Contohnya memakai baju yang bercorak dan tudung juga bercorak, ini akan kelihatan serabut, macam dalam semak. Jangan marah kalau tiba-tiba orang ketawakan kita. Cuba padankan baju yang bercorak dengan tudung warna kosong agar anda lebih manis dipandang. Berikan kesan kontra kepada penampilan anda. 

3. Bijak dalam memilih warna pakaian

Bermain dengan warna dalam penampilan memang tidak mudah, namun itu tidak bererti kita perlu memakai warna dari atas sampai ke hujung kaki dengan warna yang sama. Dari situ penampilan anda akan nampak pelik dan aneh, seolah-olah ada objek bergerak bila anda berjalan. Seperti warna hitam, anda akan nampak lebih tua dari umur dan seolah baru pulang dari majlis kematian. Manakala warna merah pula kelihatan anda terlalu menyerlah berbanding orang lain. 

4. Pakaian dalam

Sesuaikan baju dengan pakaian dalam yang kita pakai. Contohnya memakai baju putih berkemeja dan mengenakan pakaian dalam warna hitam, ini akan menampakkan pakaian dalam anda lebih menonjol dan memberikan impak buruk kepada anda apabila dilihat oleh orang sekeliling. 

5. Kasut yang cantik dan bersih

Pemilihan kasut juga penting untuk dipadankan dengan pakaian. Apabila warna tidak sepadan, di antara pakaian dan kasut pasti anda akan kelihatan janggal dan aneh. Kesalahan paling besar apabila anda mengenakan kasut yang kotor dan berlumut. Ini akan merosakkan penampilan anda. 

6. Terlalu banyak memakai perhiasan

Memang benar pemakaian aksesori atau perhiasan adalah pelengkap kepada penampilan seorang remaja. Aksesori ini akan menonjolkan anda kelihatan lebih cantik dan bergaya manis. Namun jangan terlalu memakainya terlalu banyak. Seperti memakai cincin dan anting-anting, tetapi jangan pula menambah dengan memakai aksesori rantai leher dan lain-lain kerana itu akan merosakkan penampilan! 

7. Memakai fesyen yang sama berulang kali

Sebahagian daripada kita memang suka apabila menggayakan fesyen yang sama. Contohnya memakai jeans dan baju-T setiap waktu. Kadang-kadang akan memberikan kebosanan kepada seseorang tetapi cubalah dalam memberi pembaharuan kepada fesyen dan gaya anda supaya nampak lebih anggun dan kacak


Psstt..nak tanya la...kalau SA pakai Peplum lawa tak?pangg..sedas...hahahahaha...

SERUM KOLAGEN RUMPAI LAUT UNGU GRED AAA

Product baru yang hangat di Kawasan Perak dan akan masuk ke seluruh Semenanjung x lama lagi..
SERUM KOLAGEN INI EKSKLUSIF DIFORMULASIKAN DARI RUMPAI LAUT UNGU GRED AAA DAN BAHAN LAIN YANG BERKUALITI TINGGI. TIDAK MELAKIT DAN BERBAU HARUM. SESUAI DIPAKAI SETIAP HARI.

RM30 UNTUK 40 ML > POSTAGE RM10

KEISTIMEWAANNYA

KULIT LEBIH ANJAL , GEBU, LEMBAB
KELIHATAN LEBIH MUDA (ANTI PENUAAN )
MENCERAHKAN KULIT
BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI ASAS SOLEKAN
MENEGANG KULIT SERTA PAYUDARA
KULIT TERASA HALUS DAN LICIN
MENUTUP CELA DAN MEMUDARKAN PARUT
SESUAI LELAKI DAN WANITA
DIBUAT OLEH ORANG ISLAM
Berminat boleh email Suriaamanda@yahoo.com
SMS/Whatsaap > 0123319641

Happy Birthday Abah...


Selamat Hari Lahir Abah..
Hari ni genap abah berumur 59 tahun...semoga panjang umur..beroleh kesihatan yang berpanjangan, murah rezeki selalu dan bahagia bersama Mak, Anak2 dan cucu2 semua...amin...

Kisah Buat Suami


Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku 


makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran

 agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah,


kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak 

pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak


 Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk 

pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian 

setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk 


pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak 


uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri

 adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin 

suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri 


rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami 

bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha


memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan 

meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si 

isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami

 memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam


 rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak 


dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa 

beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai.

 Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la 

membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat 

dosa"

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya 


sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu 

kewajipan isteri. Naya betul....."


Wallahualam



Sumber FB

Monday, May 27, 2013

Wrislet Alfio Raldo - Open for Order


Antara Wrislet yang laris sekarang..
Interested?
email me at suriaamanda@yahoo.com
sms/whatsaap > 0123319641
Pre Order 1 week process.
Harga > RM49.90 + Free Postage for Semenanjung
RM55.90 + Please add RM10 postage for Sabah Sarawak

Bersempena ngan sambutan Hari lahir tuan rumah June nanti..setiap pembelian akan disertakan free gift Shiseido Mask..
cepat2...sapa nak  boleh order cepat..sementara stok masih ada,,

Cerita Ahad

Ahad di kampung seperti biasa...mengharapkan tido yang damai sambil menanti hujan...panas sangat2 sampai tido pun x selesa..terpaksa mandi lagi sekali walaupun malam kian larut..
alhamdulillah doa semua dimakbulkan..tepat pukul 11 pagi Ahad..hujan lebat turun mencurah2..seronok semua tanaman..paling seronok Mak Lang..x perlu siram segala tanaman....

air hujan di tadah untuk kegunaan harian...untuk menyiram tanaman...
seronok tgok air hujan...rasa nak lari ke laman macam masa kecik2 dulu...teringat kena kejar dengan arwah atuk sebab mandi hujan..takut demam katanya..


ni plak antara menu lunch..gulai ikan tenggiri campur peria katak...peria yer..bukan katak...nama jer pelik...


sayur pucuk masak lemak putih..campur petola...amboi...sedap betul makan di kala hujan...

Dah makan sure ngantuk kan...
semua terbaring mengantuk...tido di dalam suasana hujan yang mencurah2....
waktu aku update citer ni...terasa2 plak keenakkan ikan masin tenggiri jeruk....adeh...x per minggu depan pasti aku pulang semula...x bosan?
x ada yang bosan bila anak kampung pulang ke kampung halaman....

**pesal entry aku mcm jiwang syahdu eh....

Service Macam Siput

Dinner malam tadi di salah sebuah kedai makan di Ampangan Seremban..dulu sini la port kami if nk makan sedap..tp lepas ni xde la nk jejak sini..management vdh bertukar kot...service lambat..layanan failed...kitorang bayar kot kan...


Ni la tempatnya...

Abah dah start bosan dh..lapar kan..

Lisa and family

Adeliya yg somel kena simbah air ngan Aressa..sweet je bila dia ckp "abish ieya acah"

Ini budak Aressa yg nakal

One more gambar Aressa

Ini la last kami makan kat sini..service dh la lambat dan lembab..mahal plak tu...RM120 mkn yang x seberapa..x berbaloi...bukan nk condemn..ini kenyataan..kami boikot LARIS TOMYAM!!!

posted from Bloggeroid


Sessi Buka Hadiah Si Kembar

Dah macam pengantin plak si kembar ni siap ada sessi2 bukak hadiah..yang paling x sabar si kakak Dania
macam dia punya hadiah plak...si kembar berdua  tengah demam...meragam jer...

 hadiah nampak banyak sebab double...huhu...tgok la kakak Dania tu..
 monyok je muka Adeliya...

 banyak giler mainan..so x yah beli dah utk setahun
 ramai yang bagi princess barbie doll
 Aressa sgt2  behave, walau demam tp dia sgt excited bila sambut birthday


Apa mama dan kakak Dania bagi...kami belikan baju sorang selai...cantik..tp sayangnya ada dalam kamera..Uwan ngan Atuk pun beli baju sorang satu...
Raya x lama lagi kan...so x yah dah beli baju...hehehe...citer pasal raya..alahai..baju raya anak dara aku x bertempah lagi..acaner ni?tailor dah x ambik tempahan dah...


G***t Giler Mahal!!!

Sabtu lepas pi beli barang dapur untuk buat majlis si kembar...Giant memang mahal compare dengan Econsave..party pack yang aku beli tuh ngan kek butter tu total RM66...sikit je barang tapi mahal nak mati...tobat x nak beli kat Giant lagi dah..mak plak kena dalam RM60....giler mahal...rasanya kalau beli kat Econsave xde la cecah banyak macam tu... 

 barang banyak ni cost us around RM120++..Gilos..after this say no to Giant...

Bukan membebel or x beruntung..tp selagi boleh jimat..kita nak la jimat kan....aku memang prefer Econsave atau Tesco...memang banyak jimatnya..tp disebabkan baraang yang aku nak cari ada kat Giant..maka terpaksa la pi memandangkan dah dekat...aku bukan nak condemn Giant eh...tp itula hakikatnya...mahal giler...
Apa pendapat korang?

Monday Quotes..


Assalammualaikum...

Salam Isnin...no Monday2 blues okey...
happy working peeps...

Sunday, May 26, 2013

Nikah sekali lafaz

Kuala Terengganu: Personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman, 33, akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28, dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, semalam.
Kedua-dua pasangan berpakaian sedondon berwarna putih rekaan Zang Toi itu dinikahkan jam 3.30 petang oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan selepas mengikat tali pertunangan pada 20 Oktober tahun lalu.
Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM41,101 serta sembilan dulang hantaran seperti beg tangan jenama LV, baju, jam tangan, alat solek Chanel dan al-Quran kepada pengantin perempuan sementara pihak perempuan membalas dengan 11 dulang antaranya baju, beg silang, minyak wangi, al-Quran dan jam tangan Tag Heuer.

Majlis penuh meriah itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan rakan mempelai.
Foto
SAIFUL menyerahkan wang hantaran berupa cek RM41,101 kepada isterinya, Nik Suryani selepas ijab kabul.

Majlis resepsi pengantin perempuan berlangsung di Dewan Konvensyen TTI jam 8 malam semalam, sementara resepsi pengantin lelaki pula di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 2 Jun depan.


Saturday, May 25, 2013

Happy 2nd Birthday Si Kembar..

Happy birthday to you...happy birthday to you...happy birthday Adeliya n Aressa..happy birthday to you...


Kek kontroversi yang buat Dania tarik muka..terus request kek yang sama for her birthday on September


Macam kenduri kawen plak dapat banyak hadiah..apa x banyaknya..semua hadiah double...

Dugaan sambut birthday si kembar...xde air dari pagi..dah ramai orang datang..tetiba letrik xde..blackout...adeh...call tnb nk kena tunggu 6 org buat laporan dulu baru boleh buat tindakan..mcm tu ke? X paham betul aku la....

Apa pun...Happy Birthday Si Kembar..semoga membesar menjadi anak yang baik..jangan nakal2...mmmuah..

posted from Bloggeroid


Hujan Juga Akhirnya..


Alhamdulillah. .turun jugak hujan akhirnya..best betul dapat tido dengan nyenyak..kalau tak rasa macam kena rebus..

posted from Bloggeroid


Friday, May 24, 2013

Hukum Gantung Sampai Mati



Ini la balasan setimpal bagi semua pembunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya..family semua mangsa boleh menarik nafas lega setelah menunggu 3 tahun perbicaraan..

Sumber: Harian Metro

posted from Bloggeroid


Thursday, May 23, 2013

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakkan Otak..

1. Tidak mengambil sarapan pagi - apabila seseorang itu tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah.ini menyebabkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih Makan -ia akan membebankan pembuluh darah otak serta mengurangkan kuasa mental otak
3. Merokok - asap rokok akan menyebabkan sel2 otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer
4. Penggunaan gula yang berlebihan-mengganggu penyerapan protein dan nutrisi dan mengganggu perkembangan otak yang sihat
5. Pencemaran udara-boleh menyebabkan kekurangan bekalan oksigen ke otak.
6. Terlebih Tidur-masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel2 otak mati.
7. Menutup muka ketika tidur-otak akan menerima lebih byk kqrbin dioksida berbanding oksigen dan membawa kepada Kerosakkan otak.
8. Membiarkan otak kita bekerja ketika kurang sihat-bekerja semasa kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan membawa Kerosakkan pada sel2 otak.
9. Kurang Berimaginasi-berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita, kurang berfikir menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
10. Jarang berfikir - otak kurang aktif

Sumber www.myberita.net

posted from Bloggeroid


Result Ujian Arwah Suria

Baru2 ni korang ada baca kan kisah arwah Suria yang pergi menemui penciptanya..rupanya doktor dah dapat result keputusan semua ujian yang arwah jalani masa hayatnya...rupa2nya arwah menghidap TIBI, kuman tu dh menyerang buah pinggang, paru2 hingga naik ke otak...allahuakbar..kalau la dapat detect awal kan...
Semalam parent arwah ada datang rumah...bg tau pasal ni..doctor mintak diorang datang hospital buat ujian..diorang x nak..sebab diorang percaya keturunan diorang takde yang berpenyakit TIBI..penyakit sekarang x ikut keturunan..kalau allah dh tentukan dia akan pergi kerana penyakit tu...walau xde dalam sejarah ahli keluarga yang terkena...dia tetap akan pergi...Pak ngah aku pertikaikan kenapa x detect awal2.. kenapa arwah dah takde baru dapat berita ni..dah 21 hari arwah pergi...x payah la pertikaikan lagi kenapa lambat doktor tau keputusan nya...doctor hanya menjalankan tugas...kalau x nak buat ujian takkan nak paksa..doktor minta macam tu untuk elakkan dari terkena lagi...bukan suka2 dia nak suruh datang hospital...setau aku..TIBI adalah penyakit berjangkit...any doctor here? Daddy Ziyyad? Correct me if im wrong...
posted from Bloggeroid

Juling Dah Mataku....

Antara tugasan yang aku kena buat sebagai PA..key in semua client nyer biz card masuk dalam system...



Tinggal tu je nak key in lagi...naik mengantuk dah buat...boss masih meeting lagi...ni biz card dari awal tahun tau...masak nak key in satu2...

Selalu kalau bos ngantuk aku yang buatkan kopi..ni PA ngantuk leh x aku request kopi kat boss??

Haha...confirm kena terajang kan?

posted from Bloggeroid


Haaaa...Skodeng eh....

Aku memang xde musuh dalam blog ni...setakat anonymous tu memang bersepah la...pas tu email kutuk2 hina aku...
Tapi pelik ada plak suka skodeng2..aku ada buat salah ke...hihihi...curi follower or gambar tu memang dah biasa la kan...biadap kuat mencuri ni memang x faham bahasa...tapi ada aku kisah...orang blogging ni ikut kreativiti..xde nak meniru or curi bahan orang de...tapi best jugak kena skodeng ni...at least aku tau dia sentiasa mengikuti perkembangan aku yang DIVA ni...meluat nak muntah? X per..sila pi ke bahagian tepi belah kanan tu and klik X jgn nak muntah kat sini..haha ..aku ngaku komen aku dapat hari2 xde la cecah beratus2 sampai x leh nak publish...bullshit...apa susah..publish je la..ke nak belek satu2..ini mcm nyer orang pun ada....kata bagus sangat kan..
Pelik la...apa yang nak sebok sgt singkap kisah aku...bukan aku ada sibuk selak kain ko...kalau rasa ko bagus so buat entry sendiri...x yah refer blog aku...ni x..bila check bersepah link dia...semak betul....blogger poular pun x macam tu...x balas kunjungan pun traffic hit berpuluh ribu...cer skodeng dorang2 tu...skodeng aku apa ko dapat?
posted from Bloggeroid

Sarapan Pagi Ini

Korang dah sarap?

Sarapan penting tau...jangan x sarap plak...


Mee goreng +ayam...yummy..


Karipap gemuk 3 ketul


air nescafe..

Alhamdulillah kenyang dah...

Korang sarap apa pagi ni?

posted from Bloggeroid


Pure Marine Collagen Gred AAA Ungu

Assalamualaikum. ..

Kepada yang mencari PMC ungu..aku dh ada stok..details seperti kat bawah ni...

1 pek RM27 +postage RM8 for Semenanjung
Sabah Sarawak postage RM10
2 pek RM50 + Free Postage
5 pek RM130 +Free Postage

Nutrien bagi kaler ungu ni lagi tinggi sebab tu harga lebih tinggi dari gred AA yang kuning..sesuai untuk umur 40 ke atas..tapi gred ungu x sesuai untuk lelaki ye...yang lelaki cuma boleh makan yang kaler kuning.. kang x berfungsi plak kelakiannya kang...aku pulak yang di salahkan..jgn kata aku x bagi tau ye...

Cara2 masak sama cuma kena basuh berulang kali dan make sure rendam semalaman dan basuh lagi banyak kali baru di rebus..ada tu dapat2 je terus bukak dan basuh lebih kurang pas tu rebus..dh beku pastu bau hanyir..salahkan aku..xmo..x mo macam tu eh..ikut direction tau..

Dan seperti aku bg tau..pemakanan berterusan akan menghasilkan result yang luar biasa..badan jadi sihat dan kulit jadi cantik..aku sedang tunggu testimoni kat opis ni datang..nak amik gambar dia dan tepek kat sini..hasil 3 bukan dia makan PMC kuning...

Pada yang nak kaler kuning pun aku ada jual ye..

So kepada yang berminat sila email aku di
Suriaamanda@yahoo.com
Sms/whatsaap 0123319641

posted from Bloggeroid


Tahniah Shuib Dan Siti Sarah


ohartis-shuib-sarah-anak-kedua-1
Kami percaya, ketika Siti Sarah Raisuddin berada di dalam dunia penuh glamour, pastinya Shuib tak pernah termimpi akan menikahi gadis ini. Pejam celik pejam celik, masa terus berlalu dengan pantas yang kini Shuib telahpun bergelar ayah kepada dua orang cahaya mata. Cahaya mata kedua pasangan bahagia ini baru sahaja selamat dilahirkan petang tadi. Syukur Alhamdulillah ramai yang tumpang gembira.
ohartis-shuib-sarah-anak-kedua-2
Pasangan ini belum mengumumkan nama bayi yang baru dilahirkan ini secara rasmi tetapi dari hashtag yang ditulis Shuib, ada kemungkinan ini adalah nama anaknya, Dzakira Talita Zahra – #dzakiratalitazahra
Hebatnya bayi mereka ini, baru beberapa jam lahir ke dunia, dah pandai senyum!!
ohartis-shuib-sarah-anak-kedua-3
ohartis-shuib-sarah-anak-kedua-4
Shuib yang ketika ini tentu sibuk dalam rangka promosi filem Oh Mak Kau! yang sedang ditayangkan di pawagam, masih sempat memberi masa sepenuhnya kepada keluarga. Inilah dia Family Man!
Tahniah Shuib! Tahniah Sarah!

Comelnyaaaaa...geram aku tengok baby dorang ni....gambar last tu comel betul...

Wednesday, May 22, 2013

Panasnyeeeeee..

Hoh..dh 3 kali aku mandi ni...
Balik kerja..pas tu kuar mkn jap...pas tu naik condo balik....mandi jap ..kemas umah..kemas bilik...masak nasi untuk bekal..masak lauk..sotong goreng kunyit ..lepas masak mandi lagi...ni nak masuk tido dh...tapi pesal berbahang ni.....

Korang x panas ke?

Ini leh buat aku cepat naik marah ni..

Sure x leh tido...

Hish..terima je la..dh cuaca panas..

Kang ada plak mulut puaka cakap..

NERAKA NANTI LAGI PANAS

Macam ko pernah sampai plak kan...tau2

je panas camana....

Mulut orang sekarang semua laser...

Bila aku laser tau plak sentap...

Phuii....

Tentang Aku, Pada Yang Tak Tau..

Ramai follower x kenal aku lagi kan...ada yang sangat2 keliru..hehe..budget retis plak...
Ada aku kisah...yang penting x ramai follower aku kenal aku kan..ada yang main add untuk cukup syarat GA yg aku sponsor hadiah..ada yang add nak bagi ramai follower..tak kisah la kan..
Ni aku nak bg tau..aku adalah seperti berikut :

1. Mama kepada Ainnul Dania Huda
2. Kak Long pada adik2 aku
3. Mama Long pada Zikri, Adeliya &Aressa
4. Aku ibu tunggal
5. Single but not available..haha..
6. Sedang berusaha keras menjadi anak dan ibu yang terbaik
7. Sedang berjinak jinak dalam online shopping
8. Sapa nak kenal aku sila add FB search for Parizan Mohd Zain (please inform u oll dari blog mana)
9. Jangan lupa tgok album online shopping aku..
10. Seorang yang susah nak memulakan perbualan kalau first time face to face tapi suka ramai kawan..

Cukup la...kalau ada yang nak tanya..tanyalah..mana boleh aku jawab tu..insyaallah aku jawab..jangan tanya yang bebukan dh la eh..

Hilang Stress

Waaaa....bestnya ...lega rasa pekena latte...



Yang penting free...

Hihi...pas ni agak2 stress boleh je turun level 7 pekena latte..

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah