Kalau membuka isu 'meniru identiti' ia bukan perkara asing dalam kehidupan masyarakat hari ini, mungkin mengaku dengan tidak sengaja. NOOR'JANNAH ABDULLAH SANI menyelongkar siapa mangsa identiti itu.
Apabila mengimbau zaman remaja penulis, memang tak dinafikan mencari identiti ketika usia itu adalah satu masalah besar, sebab banyak perkara mempengaruhi. Maklumlah baru ingin belajar mengenal erti kehidupan.
Malah segelintir merasa malu untuk mengaku menjadikan seseorang sebagai identiti contoh. Lebih-lebih lagi jika mereka yang sentiasa menjadi perhatian sama ada ketika berjalan, bercakap, berfikir, penampilan dan sebagainya.
Namun tiru atau tidak, kadang-kadang tanpa disedari ia membantu orang lain menyelesaikan kebuntuan masalah mencari identiti yang merumitkan sampaikan terdapat segelintir mereka tidak mempunyai keyakinan untuk mencampuri masyarakat.
Menjadikan orang sebagai inspirasi tertentu di awal pembentukan identiti mampu memberi tanggapan negatif mahupun positif. Kalau dilihat pandangan negatif, mungkin kita tak akan menjadi diri sendiri. Walau apapun pandangan, mereka masih boleh membaiki identiti dari masa ke semasa bertepatan dengan peredaran usia dan waktu.
Kebiasaan mereka yang memiliki kelebihan sebegini, mempunyai personaliti menarik hingga membuatkan dirinya mudah menjadi ikutan terutama dalam kalangan kumpulan tertentu. Kalau diikutkan tidak menjadi masalah atau kesalahan besar jika meniru perkara dirasakan baik malah digalakkan jika memberi manfaat buat si peniru.
Tetap diri sendiri
"Bagi saya tak salah jika kita menjadikan seseorang yang dirasakan menarik untuk menjadi seperti mereka, sebab manusia memang suka perkara cantik dan indah-indah. Saya turut menjadikan kakak dan wanita bertudung gaya ala-ala urban sebagai garis panduan dalam fesyen.
"Saya suka melihat gayanya sewaktu keluar, sebab dia pandai menyesuaikan pakaian mengikut tempat dan waktu. Kiranya bersesuaian dan sederhana untuk menjadi tatapan umum.
"Kami turut berkongsi pandangan mengenai pakaian sebab kami mempunyai cita rasa fesyen yang lebih kurang sama. Apabila saya menjadikan kakak sebagai sebahagian idola untuk fesyen, secara tak langsung apa dipakai olehnya menjadi ikutan saya yang memang rapat dengannya.
"Orang luar seperti rakan juga boleh kita jadikan contoh. Kadang-kadang bila tengok seseorang itu kita rasa macam dia bagus dan lebih kelihatan menarik daripada kita, lebih-lebih lagi jika berwibawa dan ada aura tersendiri. Jadi kita cuba untuk meniru gaya atau sikap mereka yang dirasakan baik.
"Walaupun ada beranggapan meniru ini tidak akan menjadikan diri kita sendiri tetapi kita meniru bukan bermakna hipokrit. Setiap orang ada daya tarikan tersendiri dan pengaruhnya. Mungkin dia mempunyai kelebihan membuatkan orang sekeliling ingin menjadi sepertinya," katanya.
Nama: Nurul Hidaayah Zakaria
Umur: 21 tahun
Lokasi: Perak
E-mail: nurulhidaayah.blogspot.com
Berubah lebih baik
"Tiada masalah jika seseorang itu memang mempunyai akhlak baik dan boleh dicontohi. Saya sendiri menjadikan beberapa rakan sebagai contoh, antaranya penampilan dan perwatakan. Sebab saya kagum melihat mereka yang mempunyai personaliti menarik walaupun hanya orang biasa.
"Saya turut memiliki rakan lelaki yang mempunyai pendirian tetap dan secara tak langsung menjadikan dirinya sebagai identiti yang boleh ditiru. Kalau kita lihat bukan senang nak mencari lelaki sebegini lebih-lebih lagi di zaman maju seperti sekarang. Saya sendiri tak sangka sebab perwatakan dirinya membuat saya terasa ingin berubah menjadi lebih baik.
"Melihat dirinya berpegang teguh pada agama, saya turut merasakan menjadi seperti dirinya terutama ketetapannya menjaga waktu solat. Saya hanya melihat dirinya dari sudut agama sebab merasakan perkara ini perlu ditekankan oleh orang muda.
"Bagi saya, orang yang mempunyai perwatakan menarik dan ikhlas mampu menjadikan dirinya sebagai contoh untuk diikuti sama ada penampilan dan akhlaknya, sebab bukan senang kita nak ikut orang sesuka hati lebih-lebih lagi tidak mempunyai nama besar.
"Tapi ia tidak bermakna saya tidak mempunyai identiti sendiri, bukan kita ikut dirinya seratus peratus, cuma perkara yang dirasakan menarik dan baik saja. Jadikan perkara yang baik sebagai contoh untuk kita menjadi terbaik.
"Kalau dilihat, kita boleh menjadikan seseorang sebagai idola untuk identiti, tapi perlulah mencari sasaran yang betul dan tak perlulah terlampau sangat hingga menimbul perasaan kurang selesa," katanya.
Nama: Nur Eliza Ibrahim
Umur: 20 tahun
Lokasi: Kuala Lumpur
E-mail: nurelizaibrahim@yahoo.com
Bukan mengintip
"Saya menjadikan kakak sebagai garis panduan untuk saya berpakaian kerana dia sangat pakar mengenai fesyen.
"Bagi saya tak salah jika kita menjadikan seseorang sebagai rujukan identiti, sebab dengan cara ini, kita lebih tahu mana yang sesuai atau tidak.
"Selalunya ramai orang yang takut untuk mencuba sesuatu yang baru, jadi kita tunggu orang lain pakai dulu dan kita lihat sesuai atau tidak dengan kita. Jadikan mereka kayu pengukur!
"Cuma orang yang mampu membuatkan dirinya sebagai contoh kepada orang lain, kadang-kadang tak sedar yang banyak mata melihat mereka.
"Kebetulan saya suka fesyen, jadi rujukan identiti saya lebih terarah kepada rekaan dan penampilan. Contohnya seorang senior di kampus saya, walaupun tak pernah menegur dirinya tapi saya suka melihat gaya dan solekannya yang digayakan di wajahnya. Kadang-kadang terlintas di hati untuk menjadi sepertinya. Sedikit sebanyak dirinya menjadi inspirasi buat saya yang masih belajar bersolek.
"Tapi tak bermakna saya 'pengintip' sehingga timbul kurang selesa dengan kehadiran saya, berpada-pada jika minat identiti orang lain. Jangan sampai kita tak ada identiti sendiri, sebab apa yang saya pegang, identiti orang lain adalah sebagai garis panduan semata," katanya.
Nama: Siti Suhaida Hazlan
Umur: 20 tahun
Lokasi: Perak
E-mail: suhada20@yahoo.com
Perkara asas untuk mengenali kekuatan dan potensi diri
1) Apa yang kita suka lakukan?
Apabila ada masa lapang, apakah perkara yang akan kita lakukan? Aktiviti ini biasanya adalah kekuatan diri yang kita tidak sedari kerana ia bersifat natural. Dalam psikologi manusia, kita jarang sedar mengenai perkara yang kita lakukan secara tidak sengaja.
Sebagai contoh, saya seorang yang suka menulis mengenai buku-buku atau artikel yang saya baca. Aktiviti menulis ini boleh dikatakan sebagai salah satu kekuatan dan potensi yang ada dalam diri. Setiap manusia mempunyai aktiviti yang berbeza ketika masa lapang. Ia boleh digunakan untuk mengetahui kekuatan diri kita yang tersembunyi.
2) Apa yang kita suka baca?
Lihat kembali modal bacaan kita. Adakah kita banyak melaburkan duit untuk membeli buku yang berkaitan dengan masakan? Menurut kajian, buku yang kita beli mencerminkan kemampuan diri kita. Pernahkah kita menghadapi situasi seronok membaca buku yang dibeli? Adakah ketika itu kita tidak rasa dipaksa untuk membeli buku itu?
Apabila situasi ini berlaku pada diri, maka itu adalah petunjuk di mana kita mempunyai kekuatan dalam buku yang kita baca. Contohnya, seorang yang membaca buku memasak, kekuatannya cenderung kepada masakan atau inovasi idea masakan mengikut acuan sendiri.
3) Keadaan sekeliling memotivasikan diri
Situasi ini berlaku pada diri saya sendiri. Apabila saya melihat paparan iklan, artikel atau apa-apa material yang berkaitan dengan tips penulisan (seminar atau bengkel), saya akan rasa seronok dan ingin menghadirinya. Situasi yang memotivasikan kita dapat menonjolkan kekuatan diri. Apabila kita berminat untuk menghadiri seminar penulisan, ini bermakna kita mempunyai kekuatan untuk menjadi seorang penulis.
SUMBER HARIAN METRO
ye.mencari identiti itu perlu..tapi kita harus menjadi diri sendiri kerana kita mempunyai keunikan yang tersendir dan tak perlu menjadi orang lain
ReplyDeleteinfo yang best...
ReplyDeletetq share
gojes and awesome entri ni...wakakakaka...gelak guling2 dah ni kakak manisss... seriously joke of the day... - erks...apakah? ada kena mengena? (janji kita dua tau apa yang kita cakapkan)
ReplyDeletesalam jumaat...
ReplyDeleteko dah sihat ke ni nok?
harap cepat sihat ye...
tu la, masa remaja selalunya susah nak cari identiti sendiri.. yang bestnya dulu ada orang tiru identiti iha.. mula2 rasa terharu, tapi bila timbulkan banyak fitnah, rasa terbeban pulak.. hehe..
ReplyDelete