Makanan atau jajan di pinggir jalan kadangkala menggiurkan, apatah lagi
ketika sedang berjalan-jalan atau melancong.
Harga setiap hidangan yang ditawarkan biasanya lebih murah berbanding di
restoran, sekali gus menjimatkan perbelanjaan ketika melancong.
Teruja dengan keenakan kulinari pinggir jalan, jangan lupa memerhatikan
kesesuaian serta kebersihan makanan demi kesihatan perut.
Jangan nanti,
anda terpaksa menghabiskan masa anda berehat di bilik dan bukannya berkunjung ke
lokasi pelancongan disebabkan sakit perut, cirit- birit dan muntah-muntah.
Namun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menikmati keenakan makanan
tempatan yang cukup istimewa dan me–nyelerakan.
Ia pasti menjadi satu kerugian jika tidak merasai masakan istimewa
sesuatu tempat yang dikunjungi terutama anda penggemar makanan.
Jom
semak tip minggu ini. Ia mungkin dapat membantu anda ketika mahu menikmati
keenakan makanan tempatan di destinasi pelancongan yang anda kunjungi.
Kebersihan makanan Jika boleh, intai setiap bahan
makanan yang disajikan. Apakah pembungkus makanannya bersih dan bahan mentah
yang belum dimasak disimpan di tempat yang sesuai.
Lihat juga peralatan
yang digunakan oleh si peniaga. Adakah ia dicuci selepas digunakan atau
sebaliknya.
Lihat makanan yang sedang dimasak
Biasanya penjual makanan di pinggir jalan akan memasak makanannya secara
terbuka. Sehingga anda sendiri boleh melihat bagaimana proses makanan itu
dimasak.
Bagaimana ia mengolah makanan yang berasal dariPADA daging
mentah atau minuman dengan ais. Dengan itu, anda boleh mempertimbangkan untuk
membelinya atau
sebaliknya.
Memilih makanan sihat
Tiada salah memilih makanan apa yang akan dibeli. Ini kerana, tidak
semua jajan yang dijual me–nyihatkan terutama makanan bergoreng.
Oleh
itu, jika membeli makanan di tepi jalan, cubalah membeli makanan daripada sumber
sayuran atau buah-buahan. selain menyihatkan, anda mungkin terhindar daripada
mengalami sakit perut.
Lihat kebersihan peniaga dan kawasan
sekitar Demi menjaga kesihatan perut, melihat kebersihan si peniaga
adalah perlu. Ini kerana, penjagaan kebersihan ketika menyediakan makanan juga
perlu di ambil kira.
Jika peniaga itu tidak menjaga kebersihan diri,
bagaimana pula dengan kebersihan makanan yang dijualnya.
Kebersihan
kawasan sekitar juga perlu dititikberatkan. Jangan hanya kerana terlalu terliur
dengan makanan yang dijual, anda mengambil enteng kebersihan kawasan sekitar
kedai atau warung tepi jalan itu.
Membawa peralatan makan
sendiri Kita tidak pernah tahu apakah sudu atau garpu yang digunakan
dicuci dengan bersih atau tidak. Justeru, bagi mengelak sebarang masalah, anda
mungkin boleh mempersiapkan diri dengan membawa alat makan sendiri untuk menjaga
kebersihan
Suriaamanda : Aku memang jarang beli makanan yang di tepi2 jalan..kalau melancong tempat orang tu for sure la kan...kadang2 xde pilihan...itupun beli buah jer...kat opis plak aku memang bawak bekal...even Dania pun bawak bekal pi sekolah..sesekali jer makan kat luar tp kena pastikan kebersihan tempat...sekarang mcm2 kan...ada pelaris la...pengasih la...x takut dosa agaknya..