Friday, March 15, 2013

Hidup dalam dunia ‘terbalik’

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.

Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.


Foto BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun

SUMBER

14 comments:

  1. alahai...
    mcm2 orang ada kan kat donia ni...

    ReplyDelete
  2. kalau naik fighter jet yg tgh terbang terbalik, dia rasa terbalik tak agak agaknya? :P

    ReplyDelete
  3. susah jugak macam ni...x tau nak cakap... anugerah ker atau kecacatan... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. Wah!! Ade jugak jenis yg mcm ni ya?? Dunia skg, yg tak terpk dek akal tu, sudah wujud di mana saja.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah